Bab 47

635 105 29
                                    


    " Silakan masuk, Tuan. Saya akan sediakan minuman untuk tuan sementara tuan menunggu."

    Farish hanya mengangguk kecil sambil jalan menerusi pintu yang telah pun dibuka buatnya. Izzi yang terpinga-pinga mengekor dari belakang hanya mampu mendiamkan diri sambil matanya memandang sekeliling. " Wh-what are we doing here?"

    " Hmm..?" Tidak berbicara banyak, Farish lantas duduk diatas sofa yang disediakan sambil menyilangkan kakinya. Seakan-akan sudah biasa dengan kedaan sebegini. " Hot tea, please."

    " Baiklah. Tuan pula?"

    " Coffee?"

    " Baiklah." 

    Hilang saja kelibat pelayan tersebut, Izzi kembali menumpukan perhatianya ke arah Farish. " Far, kita nak buat apa dekat sini?"

    " You think?"

    Izzi berfikir sejenak. Selalunya jika orang datang ke galeri kereta, sudah pastinya untuk membeli kereta. Tidak mungkin hendak membeli barang dapur pula. " Beli kereta?"

    Mendengar jawapan yang keluar dari mulut Izzi, Farish memberi isyarat tangan, seolah-olah mengatakan bahawa itulah jawapan yang tepat.

    " Siapa punya?"

    " Mine."

    " Kereta apa?"

    " Cherry Horse."

    " Hah?" Sebaik saja Izzi hendak bertanya lebih lanjut, kehadiran seorang lelaki berumur separuh abad memasuki bilik menunggu sambil tersenyum lebar memandang ke arah mereka membuatkan bicara Izzi mati.

    " Good to see you again, Farish!" Tubuh Farish dirangkul ke dalam pelukannya. Seolah-olah sudah lama berkenalan dengannya. " Roslan tak ikut sekali ke?"

    " At his cafe. Im going to his place after this."

    " By riding your new Cherry Horse, huh? Make sure you have your licesence, kid."

    " Of course." Seraya, sekeping kad dikeluarkan lalu dihalakan pada lelaki tersenyum. Mata Farish seakan-akan bersinar, seolah-olah bangga menunjuk kad lesen memandunya. " When can I take my horse?"

    " In a while, son." Lelaki dihadapannya tersenyum kecil. Nampaknya Farish sudah tidak sabar hendak menaiki kereta barunya. 

    Dia masih ingat lagi bagaimana kali pertama Farish datang ke sini bersama kenalannya, Roslan. ataupun lebih mesra disapan Pak Cik Roslan oleh Farish yang juga sebenarnya merupakan pemilik galeri kereta mewah ini.

    Sebaik saja Farish mendaratkan matanya ke sebuah kereta Ferrrari yang terletak di satu bucu, terus dia menginginkan kereta itu. Habis segala cadangan mereka ditolak mentah-mentah.

    Izzi yang masih terpinga-pinga hanya mampu memerhati dan meneliti keadaan.

    Farish mengajaknya keluar, namun sebaik saja mereka keluar dari sekolah, mereka singgah di rumah Farish untuk menyalin pakaian lalu terus datang ke sini.

    ' Get on a ride and grab some drinks'

    Itu yang dikatakan oleh Farish siang tadi.

    Jadi sekarang ni...

    " Dia nak ajak aku naik kuda sambil minum air cherry ke?" Bisiknya sambil memandang ke arah Farish.

*****

    " THIS. IS. THE. COOLEST. HORSE. EVER!"

    Farish yang berada di sisi hanya mampu mendiamkan diri namun di dalam hati, dia terasa senang melihat kawannya gembira.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now