Special : Isi Hati Farish ( Duke Eugene )

136 22 3
                                    


    This is the worst...

    Jujur aku cakap, niat aku untuk ke taman bunga istana tu sebab aku nak tunjukkan dekat Izzi je.

    Sumpah aku tak sangka yang aku akan jumpa dia dekat situ.

    Orang yang mommy panggil sebagai ayah...

    Orang yang aku patut panggil sebagai atok...

    I never met him before tapi dari air muka dia saja aku dah dapat tahu dia siapa. 

    Seseorang yang mempunyai personaliti dan aura kuat seperti Duke Eugene memang sangat mudah untuk dikenal pasti.

    Don't get me wrong, I don't have any reasons to hate him but...

    Aku rasa dia yang benci dekat aku.

    Aku tahu kenapa. Semuanya berpunca dari ayah aku.

    Bukan sebab daddy punca mommy meninggal walaupun itu sebenarnya menjadi salah satu punca kenapa dia benci betul dengan ayah aku tapi sebab...

    Duke Eugene tak pernah restui hubungan mommy dengan daddy.

    This was what I heard from mommy tapi mommy sepatutnya kahwin dengan orang lain, bukannya daddy.

    Dengan siapa, itu aku tak pasti. Tapi yang semestinya, Duke Eugene dah ada pilihan untuk teman hidup mommy, sampailah anak kesayangan dia tu memberontak dan lari ke Malaysia dan dekat situlah dia jumpa dengan daddy.

    Long story short, mommy bawak daddy balik untuk jumpa Duke Eugene, dia tak setuju, mommy tak puas hati then lari balik Malaysia. Kahwin dengan daddy, they have me, lived happily for awhile then bam...

    Seorang meninggal, seorang entah kemana...

    Not trying to be funny but itulah yang jadi.

    Life sure is full of surprises, huh?

    Aku kerling ke arah Izzi yang berada dekat sebelah aku, aku tahu dia agak keliru dengan apa yang jadi tapi sedaya upaya dia cuba untuk tak cakap apa-apa.

    Now you understand why I prefer to be with him?

    Because he knows how to read the mood. Bila masanya untuk bertanya, bila masa untuk berdiam.

    But of course, kalau boleh, aku tak nak simpan apa-apa rahsia lagi dari dia.

    " Hey-"

    " That was intense as heck. I can feel the tension just now and man... That was no kidding. Kalau bukan sebab kau ada dengan aku, aku rasa aku dah lama cabut dah tadi."

    Kalau aku boleh gelak, aku gelak.

    Bayangkan, Izzi yang selama ni berwajah tenang dan lembut kini pucat dan gementar. Terserlah sangat riak wajah dia lepas terpaksa berhadapan dengan situasi tegang tadi. 

    But still, aku tak rasa situasi tadi sebagai 'situasi tegang'. Mungkin disebabkan wajah bengis Duke Eugene dan wajah batu aku yang membuatkan situasi tersebut kelihatan seperti perang bakal tercetus bila-bila masa sahaja.

    Rather than intense... I would say that situation just now was kindda...

    Nostalgic.

    Aku tak tahu kenapa tapi perasaan nostalgik tiba-tiba muncul waktu aku dengan Duke Eugene bertentangan mata. Rasa macam...

    Aku dah lama damparkan pandangan dia untuk lihat ke arah aku. Sampaikan satu masa tu aku rasa... Kalau aku tak dapat kawal diri aku tadi...

    Aku mungkin dah belari ke arah dia...

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now