Bab 43

687 115 6
                                    


    Kicauan burung-burung di pagi hari sering kali membuatkan Izzi tenang. Bauan haruman bunga yang berada di sekelilingnya membuatkan Izzi gembira.

    Dia cuba untuk menenangkan dirinya, seperti selalu sambil memerhati bunga-bunga jagaannya yang semakin sihat membesar namun semua itu terasa mustahil dengan adanya Syafiq di sini, memerhati segala gerak gerinya tidak kira ke ceruk mana pun dia berjalan di dalam rumah hijau ini.

    Yang membuatkan keadaan bertambah sukar untuk Izzi apabila Syafiq hanya duduk di atas meja, tidak ada sebarang suara pun yang keluar dari mulutnya melainkan suara sedutan air yang disedut dari kotak air buah-buahan yang sedang diminumnya.

    " Cara dia pandang aku buatkan aku terasa penat." Ujarnya sendirian sambil mengeluh kecil. Tak penatkah Syafiq memerhatinya sampai begitu sekali untuk jangka masa yang lama? " Butterfly Weed."

    Ya, Butterfly Weed, atau dalam bahasa bunganya yang bermaksud...

    ' Tolong tinggalkan aku.'

    " Aku nak tanya."

    " Finally! Speak up! Don't just stare at me without any words, geez!"

    Mata Syafiq membulat sambil bibirnya terukir senyuman kecil. Tidak tahu pula pandangannya membuatkan Izzi terbeban sehingga membuatkan lelaki pemalas ini meninggikan suara, dimana perkara sebegini amat jarang terjadi.

    " Sorry, sorry. Ni, aku nak tanya. Kau dah lama kawan dengan Farish?"

    " Masuk tahun ni, tiga tahun."

    " Wow, lama... Antara kita semua, kau orang kedua yang paling lama kenal Farish selepas pasangan kembar tu."

    " Bukan orang ketiga?"

    " Nah, orang kedua. Dani dan Danish tu satu. Tak boleh pisahkan jadi dua." Selamba, Syafiq menafikan kata-kata Izzi sambil melambai-lambaikan tangannya. " So... kawan dengan dia... best?"

    Tanpa teragak-agak, Izzi mengangguk. Wajahnya serious menandakan bahawa dia benar-benar seronok berkawan dengan Farish.

    Jika dia dan Farish tidak berkawan, mungkin saja sudah lama dia berhenti dari sekolah.

    Apa motifnya memenatkan diri untuk datang ke sekolah jika dia tidak mempunyai kawan seperti Farish yang menjadi sebab utama mengapa dia hadir ke sekolah?

    " But.. Kau tahu kan.. Yang kau-"

    " Aku tak tahu apa-apa pun pasal dia? Yeah, aku tahu." Sekali lagi, Syafiq terkesima dengan betapa selambanya Izzi menjawab pertanyaannya sambil mempamerkan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. " I don't mind tho. Tak semestinya aku kene tahu semua benda baru aku boleh berkawan dengan dia."

    " Serious lah kau memang tak kesah langsung? Like aku yang baru kenal dengan dia pun aku tahu apa yang jadi dekat-"

    Oh, shoot...

    Perlahan-lahan, Syafiq menutup mulutnya rapat, namun di dalam hati tidak berhenti menyumpah kebodohan sendiri kerana telah menyebut sesuatu yang mungkin bakal membuatkan Izzi kecil hati. " Weyh, sorry duh..."

    " Hahaha, no sweat." Selamba, Izzi tertawa kecil. " Aku seriously tak kesah pun sebab kalau nak kata pasal kenal tak kenal ni... Farish pun tak kenal aku sangat. Kitaorang berkawan because... Kitaorang selesa antara satu sama lain. Aku selasa bila ada dengan dia, and dia pun selesa bila ada dengan aku. Lagipun... Aku dah cukup bersyukur yang ada orang nak kawan dengan aku... Lagipun kalau dia tahu siapa aku sebenarnya..."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now