Bab 61

426 88 25
                                    


     " Baiklah, sampai sini saja kelas kita pada hari ini..." Sesekali, Cikgu Saiful memandang ke arah meja di mana kumpulan murid bermasalah kegemarannya duduk.

    Dani dan Danish lagaknya seperti biasa, begitu juga dengan Syafiq dan Ariffin yang masih tidak pudar keberanian mereka untuk tidur di dalam kelasnya.

    Manakala Izzi masih lagi pemalas seperti selalu... Masih lagi setia duduk di meja bersebelahan dengan meja milik Farish yang sudah tiga hari tidak berpenghuni.

    Tidak tahu apa yang telah terjadi namun sedikit sebanyak, Cikgu Saiful dapat merasakan bahawa ini mesti ada kaitan dengan masalah yang dibincangkan dengan Farish tempoh hari.

    Masalah di mana dia tidak dapat menghayati dan bergembira apabila bermain muzik bersama seseorang.

    " Gentle reminder, Persembahan Tahunan akan diadakan dalam masa sebulan saja lagi. This will be your last year untuk enjoy these kind of festival so instead of asking you guys to do your best, saya nak awak semua enjoy fenstival ni. Make some happy memories together, okay?"

   " Baik, cikgu!"

    Sebaik saja keluar dari kelas, Cikgu Saiful menghela nafas panjang. Apa yang dia boleh lakukan untuk membantu Farish?

    Jujur dia katakan, sepanjang bertahun kerjayaan sebagai cikgu, tidak pernah dia berjumpa pelajar seperti Farish.

    Pelajar yang rapat namun sebenarnya jauh darinya, walaupun pada hakikatnya Cikgu Saiful tidak pernah mempunyai pelajar yang rapat dengannya namun...

    Farish dan rakan-rakannya... Lain.

    Tak sama seperti pelajar lain.

    " Tak de apa ke yang aku boleh buat untuk tolong dia?"

    " Maksud cikgu, tolong Farish?" Tersentak dek bicara Ariffin yang tiba-tiba berada di sebelahnya, Cikgu Saiful mengurut perlahan dadanya.  " Ehehe, sorry."

    " Kenapa dia tak datang?"

    " Ermm... Tak sihat?" Jawab Ariffin  bersahaja sambil melambaikan tangannya ke arah Syafiq, Dani, Danish dan Izzi. " Korang keluar dulu, nanti aku datang." Hilang saja kelibat mereka, Ariffin kembalikan fokusnya ke arah Cikgu Saiful. Jelas baginya bahawa cikgu ini risau akan Farish namun tidak tahu bagaimana hendak bertanyakan khabar mamat batu tersebut.  " Cikgu risaukan Farish?"

    " Saya cikgu kamu semua, mestilah-"

    " I asked as person to a person, not as student to a teacher."

    Seraya, Cikgu Saiful mencebik lalu tersengih. Ahh,  begini rupanya jika Ariffin berubah serius. " Saya risaukan dia. Saya risaukan Farish, bukan sebagai anak murid, tapi sebagai seseorang yang saya kenal dan rapat."

    Senyuman kecil terbit di hujung bibir Ariffin, seolah-olah berasa lega mendengar jawapan cikgunya. Jujur dia katakan, tidak pernah dia berjumpa cikgu yang benar-benar ambil berat tentang anak muridnya, apatah lagi yang menganggap mereka sebagai kawan.

    " Farish sihat je sebenarnya. Cuma... Something happend the other day that made him lock himself in his house. " Kerusi berhampiran ditarik lalu didudukinya. Ariffin menghembus nafas panjang sebelum menoleh memandang Cikgu Saiful dan menyambung bicaranya. " Sorry... Mesti kitaorang banyak susahkan cikgu kan? Especially Farish."

    " Bosan lah hidup cikgu kalau tak de kamu semua yang menyusahkan cikgu." Serentak, mereka ketawa kecil. " Kalau saya nak jumpa Farish... Kamu rasa dia marah?"

    " Instead of marah, saya rasa cikgu akan kene palau. Dia akan ignore cikgu, sampailah cikgu sendiri yang rela hati angkat kaki, keluar dari situ."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now