Bab 30

854 110 0
                                    


      " Hari ni saya mungkin balik lambat sikit. Saya ada hal nak dibincangkan dengan mak ayah anak-anak murid saya."

    " Hmm?" Kening Pengetua Anwar terangkat kecil walaupun matanya masih memandang dokumen yang berada di tangannya. " Anak murid kamu yang mana? Macam banyak je ibu bapa yang kamu nak jumpa hari ni."

    " Banyak. Syafiq, Ariffin, Dani, Danish, Izzi dan Farish."

    Dengar saja nama murid-murid ini disebut, dokumen yang dipegang lantas diletak tepi. Matanya memandang tepat ke mata Cikgu Saiful, kelihatan seperti banyak persoalan yang bermain di fikirkannya. " Kamu... Tahu siapa ibu bapa mereka?"

    " Saya tak pasti. Mereka cuba untuk halang saya dari berjumpa dengan ibu bapa mereka tapi tak semudah itu. Walau dengan apa cara sekali pun, saya nak berjumpa jugak dengan ibu bapa mereka."

    " You think thats a good idea?"

    " Apa maksud tuan?"

    Sebuah nafas dihembus perlahan sebelum dia memusingkan badannya, sepenuhnya menghadap Cikgu Saiful yang berada di sisi. " Ya betul, saya pun tak kenal siapa ibu bapa mereka melainkan Ariffin dan Syafiq tapi... Kamu tak rasa ke macam... Pelik?"

    Masih tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh pengetua sepenuhnya, namun dia dapat mengangkap apa yag cuba disampaikan olehnya dengan mengatakan bahawa ianya pelik. 

    Ya, memang pelik. Kebanyakan anak murid pastinya akan membawa ibu bapa mereka hadir ke anugerah kecermerlangan, terutama sekali Farish, Izzi dan pasangan kembar tersebut. Namun sekali pun mereka tidak pernah hadir, bahkan penjaga juga tidak pernah dia temui.

    Anak mana yang tidak mahu menyambut kejayaan mereka bersama ibu bapa? Selama empat tahun berturut-turut pula tu.

   Hairan jugalah dia mengapa mereka beriya-iya tidak mahunya berjumpa dengan ibu bapa mereka. 

    Melainkan Farish.

    Dari riak wajah anak murid poker itu saja, Cikgu Saiful sudah dapat mengagak bahawa Farish tidak mahu ambil peduli pun tentang perkara ini, memandangkan ini bukan kali pertama cikgu berkeras hendak berjumpa dengan ibu bapa atau penjaganya.

    Disebabkan oleh kehadiran sekolahnya yang membimbangkan dan juga sikap suka ponteng kelasnya, kerap kali juga ibu bapanya dipanggil namun tidak pernah sekali pun Farish hadir bersama mereka.

    Bila ditanya, dia hanya mendiamkan diri.

    Seolah-olah, cuba untuk menyorokkan sesuatu dari pengetahuannya.

    " Saya tak kesah memandangkan kamu buat semua ini untuk kebaikan mereka, tapi kamu kene ingat, jangan terlalu memaksa. Saya takut kalau-kalau kamu terpecah masuk dalam safe line mereka. Sempadan yang membuatkan mereka berasa selamat jika tidak menceritakan  apa-apa namun akan berasa sangat tidak selamat jika rahsia mereka cuba dicerobohi atau dibongkar oleh seseorang secara tidak rela."

    Cikgu Saiful hanya mempu mengangguk kecil mendengar nasihat pengetua. Ya, dia tahu. Dia tahu akan semua itu. Dia tahu bahawa anak muridnya banyak berahsia dengannya.

    Niatnya hanya mahu membantu. Hanya mahu menolong.

    Sudah lama dia mengenali mereka, lebih-lebih lagi Farish, Dani, Danish dan Izzi. Mereka berempat merupakan diantara murid yang rapat dengannya namun tidak pernah sekalipun mereka menceritakan tentang diri mereka padanya, tidak seperti murid yang lain.

    Dia dapat merasakan bebanan besar yang ditanggung oleh mereka setiap kali mereka tersenyum ataupun berbicara denganya.

    Jika dia dapat membantu mereka meringankan beban tersebut, itu sudah menjadi satu kejayaan yang amat besar baginya.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now