Bab 50

592 94 14
                                    


    Penantiannya kini berakhir tatkala sebuah kereta mewah berwarna merah terang kini memasuki perkarangan rumahnya.

    Disebalik kelegaan yang dia rasai, terselit juga perasaan menyampah melihat Farish bergaya dengan kereta barunya. " Geramnya, aku nak rasa menyampah but on the same time aku jealous kau dapat bawak kereta Ferarri."

   Kunci keretanya diselukkan kedalam poket seluarnya, manakala lengan baju sweatshirt hitamnya disinsing naik ke paras siku. " Heh, looks like we have rich boy here."

    Bunglo yang tersergam di hadapan matanya dipandang sekilas. Besar dan cantik, walaupun tidak sebesar rumahnya, namun dia tahu bahawa Mustafa datang dari keluarga yang senang.

    Mulutnya mencebik kecil sambil matanya menjeling memandang Farish setelah mendengar statement yang dilontarkan oleh lelaki batu itu. " Siapa yang rich boy sebenarnya? Kau ke aku?"

    Tidak membalas provokasi kosong Mustafa, Farish melangkah mendekatinya, membuatkan lelaki pengecut itu melangkah kebelakang dengan sendirinya tanpa dia sedari. Hairan melihat tindak balas Mustafa, Farish mengambil keputusan untuk berhenti. " Serving a hot drink to visitors might not be a harm, right?"

    " Oh- ohhh! Ma-masuk lah, aku buatkan air." Sedar akan tindakannya, kepala yang tidak gatal segera digaru sambil menunjukkan jalan buat Farish untuk masuk. " So-sorry..."

    Sumpah, dia berasa kecut perut. Dia sepatutnya mengajak Dani dan Danish sekali datang kesini untuk menemaninya.

    " Duduklah dulu, I'll come back with your drink. Erm.. Coffee-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, telefon bimbit yang berada di dalam poketnya bergetar, menunjukkan ada panggilan yang masuk. " Hello?"

    " Walau apa pun yang jadi, jangan buat air kopi untuk dia!"

    " Dani? But why-"

    " Jangan banyak tanya kalau kau nak hidup lama."

    " Roger." Tanpa banyak soal, Mutsafa akur dengan butiran peluh sejuk mula membasahi dahinya. ' Aku dah agak, aku patut ajak diorang datang sekali.'

    " I'll have hot milk please."

    " O-okay, copy that! Kau tunggu kejap, nanti aku datang balik." Tanpa menunggu respon dari Farish, Mustafa segera melangkah ke dapur, meninggalkan Farish yang kini duduk dengan selesanya di ruang tamu sambil menyilang kaki.

    Matanya memandang sekeliling. Tidak seperti rumahnya, rumah Mustafa dipenuhi dengan gambar mereka sekeluarga. Setiap sudut, setiap ruang, pasti akan ada gambar keluarga mereka yang terpampang.

    Menunjukkan betapa bahagianya keluarga mereka, tidak seperti dirinya.

    Jika ayahnya bukan pembunuh dan ibunya masih ada, sudah pasti rumahnya juga akan jadi seperti ini.

    Tapi yang membuatkan dia berasa sedikit hairan...

    " Aku tak ada sixth sense macam kau tapi aku tahu apa yang kau nak tanya." Mustafa yang muncul bersama dua cawan air di tanganya kini tersenyum kecil sambil menghulurkan minuman buat Farish. " Aku... bukan anak kandung diorang."

    " Wow, thats heavy..." Susu panasnya dihirup perlahan. Tidak ada niat untuk sakarstik, tapi memang benar topik yang dibincangkan kini agak berat. 

    " I'm sorry, tapi tu hakikatnya. Thats why tak ada gambar aku waktu baby dekat sini." Melihat dari gaya Farish yang sepertinya tidak cuba untuk berkata apa-apa, Mustafa mengambil keputusan untuk membuka cerita.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now