Bab 11

1K 125 21
                                    


    Dua bulan telah berlalu dan kini hanya tinggal sebulan saja lagi sebelum hari Persembahan Tahunan tiba.

    Masing-masing yang mengambil bahagian bertungkus lumus menyiapkan persiapan terakhir agar semuanya berjalan dengan lancar.

    Izzi juga tidak terkecuali walaupun progress lukisannya agak lambat memandangkan kemalasan mula menguasai dirinya.

   " Ahhh, nak lepak kat rumah hijau..." Ariffin mengeliat malas sambil memandang kosong langit dari celahan daunan pohon rendang.

    Ini merupakan lagi satu tempat lepak rasmi Farish. Pohon rendang yang terletaknya di belakang rumah hijau ini sering kali menjadi tumpuan Farish kerana suasananya yang tenang dan sunyi.

    Best spot untuk dia tidur dengan aman.

    Memandangkan deadline untuk menyertai Persembahan Tahunan sudah hampir, mereka mengambil keputusan untuk tidak menganggu Izzi dan cuba untuk memberinya ruang untuk bersendirian.

    Farish tidak pernah mengacau Izzi. Yang mengacau lelaki pemalas itu cuma Ariffin dan kembar monyet itu saja.

    Tidak melayan keluhan Ariffin, mata Farish masih lagi fokus membaca buku yang dipegang kini. Jujur, dia juga sama seperti Ariffin.

    Dia juga mahu duduk di dalam rumah hijau. Dia mahukan tempat tidur di bahagian tingkapnya itu.

    Dia tidak mahu waktu rehatnya dikacau oleh orang yang tidak diundang.

    Seperti seseorang yang sedang memerhatikan mereka, tidak jauh dari tempat mereka pada ketika ini.

    " Come out."

    Ujaran tiba-tiba Farish membuatkan kening Ariffin terangkat sebelah. Hairan, dengan siapa lelaki ini bercakap. Namun apabila Mustafa keluar dari satu arah bertentangan, lantas Ariffin mencebik kuat. " Kau nak apa?"

    Perlahan-lahan, Mustafa mengambil langkah mendekati mereka. Air liur kelat ditelan laju. Jujur, dia sememangnya takut.

    Farish dan Ariffin, duo popular dari jurusan muzik ini sememangnya digeruni dan sukar untuk didekati oleh sembarangan orang.

    Terutama sekali Farish. Renungan tajamnya saja sudah cukup mebuatkan dirinya terasa hendak melarikan diri.

    " A-aku tak nak korang kacau Izzi lagi!"

    " Kau siapa? Mak dia?" Sengihan sinis Ariffin berjaya membuat Mustafa menggenggam penumbuk, geram dengan ujaran selamba lelaki itu. " He's our friend. Suka hatilah kitaorang nak lepak sama ke tak."

    Helaian buku masih diselak lembut. Farish menyerahkan perbalahan budak-budak ini untuk Ariffin selesaikan. Dia tidak ada masa untuk semua ini.

    " Kau tak perasan ke, semenja dua menjak ni Izzi makin berubah? Kau kata kau kawan dia, tak akan kau tak perasan? Dia makin jauh. Selalunya, masa macam ni dia dah siap dah-"

    " Wow, you guys talking about me?" Seraya, Mustafa memaling kebelakang. Kelihatan Izzi yang sedang tersenyum kecil melambai tangan ke arah mereka. " Kenapa kau datang sini, Mus? Ni bukan tempat kau selalu lepak."

    " Aku..." Biacaranya terhenti. Tidak tahu mengapa, dia tidak mampu untuk memberitahu sebab kehadirannya di sini.

    " Asal diam? Tadi banyak sangat benda kau nak cakap." Celah Ariffin selamba sambil menguap kecil. Dia masih lagi berada di posisi yang sama. Masih lagi terbaring di sisi Farish di bawah pohon rendang.

    " Iz, aku tahu apa yang kau rasa! Aku tahu yang kau sebenarnya-"

    " Shut up."

    Bunyi daunan kering yang gugur dek tiupan angin kuat kedengaran jelas tatkala suasana sekeliling serta merta bertukar sepi. 

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now