Bab 28

973 102 6
                                    


    Sekali lagi, pada tahun yang baru, Farish terpaksa menempuh pagi yang dipenuhi oleh manusia di perkarangan sekolah. Jam sudah pun menunjukkan jam 7:30 pagi, waktu yang sepatutnya loceng kelas berbunyi menandakan bermulanya kelas pertama pada pagi ini namun ianya tidak seperti biasa memandangkan hari ini merupakan hari pertama persekolahan.

    " Too noisy..." Bisikan Farish diselangi dengan keluhan kecil sambil matanya mula dilemparkan ke satu arah. Tatkala matanya terpandang kawasan parkir kereta yang berada tidak jauh dari pintu pagar sekolah, otaknya mula memikirkan sesuatu yang sebelum ini pernah dia fikirkan juga. " Maybe I should consider driving." Bisiknya lagi.

    " Pagi..." Satu nguapan kecil kedengaran disebalik ujarannya sambil mata digosok perlahan. Air mata yang mengalir dek ngaupa dihujung matanya dihakis perlahan sebelum senyuman malas kembali menghiasi bibir Izzi. " Awal kau sampai."

    " Morning!" Dan seperti biasa, Dani dan Danish dipenuhi tenaga pagi yang tidak terhingga pada hari pertama persekolahan, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tidak disangkal lagi oleh Farish dan Izzi bahawa dengan melihat saja semangat Dani dan Danish pada pagi ini, mereka sendiri pula yang terasa penatnya.

    " I wanna go home." 

    Tanpa mereka sedari,  bberapa orang pelajar perempuan yang berada berhampiran mereka terasa berbunga dihati apabila melihat semangat Dani dan Danish, keluhan Farish dan senyuman kecil Izzi.

    Bahagia rasanya dapat menatap wajah-wajah kacak di pagi hari yang sebelum ini menghilangkan semangat mereka.

     Namun ada sesuatu yang tidak lengkap... Seseorang yang sepatutnya selalu bersama mereka namun tidak pada pagi ini.

    " Mana Finn?"

    " Sini..." 

    Tidak lengkap pagi mereka jika tidak melihat Ariffin yang datang ke sekolah pada waktu pagi dengan wajahnya yang jelas kelihatan seperti baru bangun tidur, rambutnya yang tidak disikat dan masih mempunyai rambut tidurnya ataupun bed-haired, dan juga nguapan besar dan suara kasarnya.

    " Okay, ini baru betul awal kau datang ni." Tanpa disuruh, Danish yang berjalan dihadapannya kini memusingkan badannya, membetulkan tali leher Ariffin manakala Dani menguruskan rambut kusut masainya. 

    " Yeah, awal pula kau bangun hari ni? Dari pukul berapa mak kau cuba kejutkan kau bangun ni?" Tambah Dani lagi sambil tertawa nakal.

    " Dari pukul 5..." Sekali lagi, nguapan Ariffin kedengaran. " Ahhh... kadang aku terfikir jugak, sumpahan apa yang terkena dekat aku ni sampai susah sangat aku nak bangun tidur."

    " Stop being stupid, sleeping idiot."

    " Kauu...!" Seolah-olah tidak mempunyai tenaga untuk melawan mulut untuk Farish, Ariffin hanya mampu mencebik kuat sambil membiarkan Farish yang kini sedang berjalan di sebelahnya, bersama Izzi di sisi.

    Dia tidak dapat menafikan bahawa apayang dikatakan oleh Farish itu benar. Bukan tentang 'idiot' itu, namun kenyataan bahawa dia semamangnya kaki tidur dan amat susak untuk dikejutkan dari tidur.

     " Ahh.. aku betul-betul terasa tak ada tenaga pagi ni. Aku mengantuk. Aku nak tidur. Aku nak balik..."

    " Nak join aku ponteng dekat rumah hijau?" Tangan Izzi pantas menyelok disetiap poket beg sekolahnya, mencari-cari kunci rumah hijau yang sepatutnya ada bersamanya. " Kita skip perhimpunan pagi, then lepak dekat rumah hijau."

    " Count me in." Tanpa perlu dipelawa, Farish mengangkat kecil tanganya, ingin turut serta dalam sesi memonteng Izzi dan Ariffin.

    " Baru hari pertama sekolah dah mula nak ponteng?!"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now