Bab 49

552 94 10
                                    


   " Kau main-main kan?"

    Izzi tersenyum kecil mendengar bicara Mustafa yang sudah banyak kali dilontarkan olehnya. Semua ini terjadi apabila Mustafa memasang telinga, terdengar perbualan antara Izzi dan Cikgu Saiful sewaktu dia mencari lelaki pemalas itu dibilik guru.

    " Fikirlah apa yang kau nak fikir, aku nak rehat dulu-"

    " Jawablah pertanyaan aku ni, Izzi!"

    " Kalau aku cakap aku tak main-main, kau nak buat apa?" Masih bertopengkan senyuman di wajah, Izzi lantas bangun dari duduknya. " Baliklah, Mus."

    " Kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau seksa diri kau sendiri?"

    " I did not."

    " Yes, you did!" Jeritan Mustafa sedikti sebanyak membuatkan bahu Izzi terhinjut kecil. Sesekali membuatkan dia tertanya...

    Mengapa Mustafa perlu marah dengan keputusan yang dia pilih?

    Malas hendak melayan, Izzi kini mengambil keputusan untuk meninggalkan Mustafa. Jika dia hendak balik, tahulah dia bagaimana untuk keluar, tidak perlu untuk Izzi menunjukkan pintu keluar untuknya. " Good night..."

    " In the end... You still prefer Farish kan?"

    " Apa yang kau-"

    " Kalau Farish yang tanya kau, kalau Farish halang kau buat benda yang kau nak buat ni, mesti kau bagitahu dia, mesti kau akan ikut je cakap dia kan?"

    " Stop talking nonsense."

    " Ni bukan mengarut, Izzi. Dunia kau berputar dikelilingi oleh Farish. Semuanya berkaitan dengan Farish! Padahal kau boleh je bagitau dia apa yang kau rasa tapi kau pilih untuk diam! Aku-!" Mustafa tidak dapat mengawal amarahnya lagi, ini kali pertama dia meletus sehingga begini sekali di hadapan Izzi. Nafasnya turun naik menahan marah. Darahnya berderau, membuatkan tangannya tidak dapat berhenti menggigil. " Kalau Farish boleh tolong kau, aku akan buat apa saja." Tanpa berlengah, segala barangnya dicapai. Dia tidak betah lagi melihat kawanya hidup berpandukan seseorang.

    Dia yakin, Selama ini, apa yang Izzi buat semuanya adalah untuk Farish.

    Dia memenangi Persembahan Tahunan pada tahun lepas agar dia dapat satu kelas bersama Farish. Dia sertai Sukan Tahunan kerana Farish ikut serta.

  Melihat kesungguhan yang terpampang di wajah Mustafa, Izzi mengetap bibirnya, meninggikan suaranya, cuba untuk menghentikan kawan lamanya itu dari apa saja yang bakal dia lakukan. " Don't you dare to do anything, Mustafa!"

    " Heh..." Langkahnya terhenti sambil badannya dipusingkan sedikit, memandang wajah Izzi yang diulit kerisauan dengan anak matanya. " I'm sick of playing games with you. I'm gonna end all of this."

*****

    " Lepas character tu mati, aku devastated gila weyh. I was like, gila lah weyh! Aku tak expect langsung perempuan tu nak mati!"

    " So... Dia datang sini sebab nak bincang pasal Izzi kan?"

    Syafiq ingin mengangguk, dia sangat positif bahawa perjumpaan mereka adalah untuk tujuan itu namun kini, dia berasa ragu manakala Farish masih kekal dengan wajah batunya, cuba untuk tidak menghiraukan apa yang sedang terjadi. 

    Jangan salah faham ya. Dia bukannya tidak mahu ambil tahu tentang Izzi, namun lihat sajahlah apa yang Mustafa sedang borakkan dengan Dani dan Danish.

    " Aku menangis, kau tahu tak? Aku expect yang dia sempat tengok persembahan lelaki tu. Mana tahu in the end dia mati sebaik je lelaki tu habis perform!"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now