Bab 51

630 91 23
                                    


   " Aku... Tak dapat nak call Izzi.."

    Ariffin dan Syafiq menoleh memandang Mustafa, begitu juga dengan Dani dan Danish. Manakala Farish pula hanya mendiamkan diri, teruskan termenung memandang luar tingkap tanpa menoleh memandang wajah Mustafa.

    " Farish, you need to do something." Sekali lagi, rayuan Mustafa tidak diendahkan oleh Farish. Masih lagi termenung. Cuma kini, tangannya mula mencapai sebatang pokcy dari bawah mejanya.

    Pocky yang sepatutnya dikongsi bersama Izzi.

    " Kau jangan nak-!"

    Belum sempat kolar baju Farish ditarik, Syafiq  dengan tangkas berjaya menghalang tangan Mustafa dan pada waktu yang sama Ariffin sudah pun berada di sebelah Farish, manakala Dani dan Danish bangun dari tempat duduk mereka, merenung tajam memandang Mustafa.

    " Kalau kau nak gaduh, dipersilakan."

     Nada yang berbaur ugutan yang dilontarkan oleh Syafiq membuatkan Mustafa menelan air liur kelat. Dia berasa sangat takut, namun risaunya terhadap Izzi lebih besar dari perasaan takutnya kini. " Tolong lah, Farish! Kau je yang boleh tolong Izzi-"

    " Kenapa aku, bukannya kau?"

    " Apa yang kau-"

    " Kau punca trauma dia berlaku. Kenapa bukan kau je yang tolong dia?" Bicara selamba Farish membuatkan Mustafa tergamam. Lelaki itu masih lagi memandang ke luar tingkap, namun percakapannya seolah-olah bernada lain berbanding biasa.

    Dan yang pasti, ini kali pertama dia mendengar Farish berbicara dalam bahasa Melayu.

    " Dan... You think...?"

    Dani mengangguk kecil memandang Danish. Jarang berlaku namun...

    Nada Farish kini kedengaran seperti sedang marah.

    Tidak kuasa hendak membazirkan masanya berbalah, Farish lantas bangun dari tempat duduknya, mencapai bungkusan Pocky yang baru dimakan sebatang lalu beredar dari kelas, meninggalkan mereka yang lain terpinga-pinga memandang sesama sendiri.

    " Tahniah, Mustafa! Anda berjaya menjadi orang pertama yang buat Farish marah sampai macam ni sekali!"

    " Ka-kau diamlah, Finn! Syafiq pun pernah buat dia marah juga kan?!"

    " At least dia humban aku untuk lepaskan geram dia. Kau? Dia belah macam tu je." Sengih Syafiq sambil menjawab provokan Mustafa. Bukanlah hendak bangga, niatnya cuma hendak beritahu bahawa tidak pernah Farish marah terhadapnya dan berlalu pergi begitu saja.

   Sedang yang lain gelak mentertawakan Mustafa, Dani dan Danish menerima pesanan ringkas dari Farish yang membuatkan mereka mengeluh nafas panjang. " Geng, Farish bagi kerja kita buat." Ujar mereka serentak sambil menayangkan skrin telefon mereka  pada yang lain.

    ' Settlekan Cikgu Saiful kalau dia cari aku.'

*****

    Dari malam sehingga pagi, tidak ada masa sedetik pun Izzi menutup matanya untuk tidur. Fikirannya kusut memikirkan tentang semua yang terjadi. 

    " Apa aku nak buat..." Dari semalam juga, dia menyelubungkan dirinya di dalam selimut. Dia tidak terasa hendak ke sekolah. Dia tidak mahu berhadapan dengan Farish.

   Pandangan apa yang bakal dilontarkan oleh lelaki berwajah serious itu sebaik saja mereka berjumpa kelak?

    Di dalam otak Izzi, dia dapat membayangkan seribu satu cara Farish akan menjauhinya, begitu juga dengan yang lain.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now