Bab 32

915 117 6
                                    


    " Saya dah tak tahu nak cakap apa dengan awak semua. Dah lah berani ponteng kelas, berani pulak lagi nak bergaduh!"

    Sebaik saja pergaduhan sebentar tadi tercetus, Cikgu Saiful dan Pengetua Anwar hadir setelah diberitahu oleh pelajar bahawa mereka terdengar bunyi jeritan di bilik kesihatan di bangunan lama.

    Dan kini, mereka berada di bilik pengetua. Menunggu kehadiran ibu bapa masing-masing untuk hadir setelah Cikgu Saiful mendapat kebenaran untuk memeriksa data peribadi murid-murid untuk menelefon penjaga mereka.

    Memandangkan sekolah ini amat mementingkan privasi, segala maklumat berkenaan pelajar adalah sulit. Hanya dengan izin pengetua sahaja, maklumat tersebut dapat dilihat oleh guru.

    " Kenapa kau buat macam tu?" Bisik Ariffin sambil menundukkan sedikit wajahnya agar sama paras dengan wajah Dani dan Danish yang berada di sisinya. " Kenapa kau tipu dia?"

    " Kau tahu kan Farish macam mana dengan parents dia?"

    " Aku tak rasa yang Farish nak sesiapa tahu pasal mak ayah dia selain dari kita." 

    Jawapan yang diberikan oleh pasangan kembar tersebut ada betulnya. Farish bukan jenis yang terbuka dan akan menceritakan apa saja pada orang yang tdiak dikenalinya.

    " Tapi yang kau cakap tu tipu je kan? Kenapa Farish sampai nak humban budak tu tadi?"

    " Err, pasal tu..."

    " Knock knock."

    " Masuk." Suara lantang Cikgu Saiful memecah suasana sepi tatkala pintu pejabat diketuk. Beberapa ketika kemudian, pintu ditarik perlahan lalu wajah seseorang muncul di sebalik pintu. " Ahh, nampaknya semua serentak sampai. Silakan masuk, Tuan Johan, Puan Zakiah, Datin Siti, Dato Jamal."

    Hanya anggukan kepala yang dapat dibalas oleh pasangan ibu bapa yang hadir. Sesekali, mata ayah mereka berdua memandang tajam ke arah Ariffin dan Syafiq, seolah-olah memberi amaran pada anak mereka.

    " Izzi, Dani, Danish, saya tak dapat telefon penjaga kamu, nampaknya mereka dah tak gunakan nombor yang kamu berikan masa pendaftaran dulu. Boleh bagi saya nombor baru mereka?"

    " Cikgu, sebenarnya saya dengan Dani-"

    " Maafkan saya sebab lambat." 

    Belum sempat Dani dan Danish memberikan penjelasan mereka, mata mereka hampir terjegil keluar apabila melihat wajah yang baru saja tiba di muka pintu.

    Susuk tubuh yang amat mereka kenali. Wajah tampan yang kelihatan tegas namun mempuyai kelembutan. Pandangan dan renungan mata yang persis mirip seperti seseorang.

    Ya, inilah seseorang yang idak sepatutnya muncul di hadapan mereka, terutama sekali Farish.

    " Tak mungkin... Kenapa dia ada dekat sini?" Tangan Dani meraba-raba, mencari tangan adiknya untuk digenggam. Mengapa perlu hari ini? Mengapa dia perlu muncul di saat Farish sudah semakin pulih dari kegelapan masa silamnya? " Nish, we... We need to help Far..."

    Bisikan perlahan Dani dan Danish membuatkan Ariffin yang berada sebelahnya mengangkat kening. Warna pucat yang menwarnai wajah mereka menambahkan lagi rasa risau di hati. Perlahan-lahan, dia menoleh, memandang Farish yang sepatutnya sedang tidur disebelahnya.  " Far, kenapa dengan diorang ni-"

    Tidak sempat Ariffin menghabiskan ayatnya, tubuhnya secara automatik berganjak kebelakang, menjauhi Farish. Izzi yang berada di sebelah pasangan kembar tersebut turut sama terkedu sambil melarikan pandangan matanya ke arah lain.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now