Special : Isi Hati Ariffin

1K 137 8
                                    


    " Seriously, diorang lepak sama-sama? Tapi seingat aku... Bukan diorang selalu bergaduh ke?"

    " Aku pun kurang pasti. But kau tengoklah, Izzi yang pemalas tu pun ada sekali dengan diorang. Selalunya dia terperap dalam rumah hijau je."

    " Yeah! Dani dengan Dani lepak dengan Farish, itu benda biasa. Dioarang memang belangkas tapi dengan Ariffin sekali, like what?!"

    " Come on! Who cares about that? By the way, weyhh tak rasa ke group diorang tu semuanya handsome handsome belaka?! OMG weyhh, tiap-tiap hari macam ni kan best?!"

    " Weyh, ini first time aku tengok Izzi dekat-dekat. Handsome gila muka dia weyhh. Soft sangat, air muka dia lembut je weyh. Campur dengan sifat malas dia tu OH MY GAD!"

    Sejak kitaorang jejakkan kaki dekat kantin ni, tak ada sekali pun aku tak dengar diorang bisik pasal kitaorang.

    Terutama sekali tentang aku dan mamat batu ni, Farish.

    Ahh, dan juga Izzi. Boleh jadi berita tergempar dibuatnya kalau Izzi ini kelihatan lepak dan berada di tempat yang sring dipenuhi orang ini.

    Okay, berbalik pada aku dan Farish.

    Aku tak bencikan dia, aku cuma tak suka perangai dia. Kalau dia tersenyum macam orang lain, act normal, aku rasa kitaorang boleh jadi kawan baik sejak kali pertama kitaorang jumpa lagi.

    Believe it or not, aku dengan dia actually kongsi banyak persamaan. Dah hampir sebulan aku berbaik dengan dia, mula lepak dengan dia, makin banyak persamaan kitaorang yang aku nampak.

     Dia suka baca buku, terumata sekali genre thriller dan fantasi, sama macam aku. Kitaorang pun sebenarnya kongsi citarasa yang sama dalam fesyen. Dia pun suka muzik macam aku like duhh, mestilah, kitaorang pelajar sekolah seni dan muzik, tak kan tak minat muzik?

    And surprisingly, dia sangat berbakat dan pandai main piano. I thought dia mungkin biasa-biasa je because yeah...

    Dia selalu ponteng kelas kot, mana aku nak expect dia ni sebenarnya pandai dan berbakat.

    Kadang-kadang menyampah jugak aku tengok betapa perfect nya dia ni.

    Dia datang dari keluarga yang sangat berada. Kaya raya. Senang cerita, ayah dia merupakan salah satu usahawan terkaya di peringkat antarabangsa. Bahkan dia juga mempunyai darah campuran kerabat diraja, bangsawan Perancis yang diwarisi dari arwah ibunya.

    Dia kacak, sungguh kacak sehingga aku berani cakap bahawa selama aku hidup, aku tak pernah jumpa lelaki sekacak ni lagi. Dia sangat pandai, dia juga atlet harapan sekolah walaupun kelihatan sangat pemalas seperti Izzi.

    Dia selalu berjaya kawal emosi dia dengan baik walau dalam apajua keadaan. Dia tak pernah biarkan kata-kata orang lain mempengaruhi diri dia, bahkan dia menggunakan kekuatan tu untuk membuatkan orang memandang tinggi terhadap dirinya.

    He keep his circle small. Dia tak bergaul dengan orang. Aura high and mighty milik dia buatkan orang sukar untuk dekat dengan dia. Dia tidak kesah tentang orang yang tiada kene mengena dalam hidup dia.

    Dalam erti kata lain, dia sangat sempurna, sehinggakan tak nampak di mana terletaknya kelemahan dia.

    Tapi itu apa yang aku nampak dulu.

    Sebelum aku kenal dia, lebih dalam.

    Sumpah, sampai bila-bila pun aku, aku tak akan lupa hari yang aku luangkan masa dengar cerita dia waktu di bilik kesihatan tempoh hari.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now