Bab 21

932 122 16
                                    


    " Mempersilakan perserta terakhir, Faizil Raihan Bin Abdullah untuk persembahankan karyanya pada tahun ini yang bertemakan ' Aura'! Dipersilakan!"

    Sebuah tepukan yang gemuruh diberikan buat Izzi yang kini berada di atas pentas, tersenyum malas sambil memandang sekeliling. 

    Farish juga turut sama menyumbang tepukan, malah, hanya persembahan Izzi saja yang menerima tepukan dari Farish manakala yang lain tidak sama sekali.

    " Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada..."

    Satu hembusan nafas ditarik perlahan. Sepi. Tiada sebarang suara kedengaran walaupun Izzi menghentikan ucapannya separuh jalan sambil matanya lemah memandang sekeliling. 

    Tidak lama selepas itu, satu hembusan lemah dilepaskan.

    " Maafkan saya sebab saya sebenarnya malas nak cakap banyak-banyak."

    Seraya, gelak terletus tatkala lelaki bersifat malas itu menunduk memohon maaf sambil tersenyum kecil. Ya, perkara ini terjadi pasa setiap tahun jadi ianya tidak asing lagi bagi pengunjung yang hadir.

    " Hahahaha! Seriously, lawak mamat ni boleh pergi jauh sia!" Gelak tawa Dani disambut oleh Danish yang turut sama ketawa di sebelahnya. 

    " Jadi..." Sesekali, Izzi melarikan pandangan matanya ke arah Farish. Hatinya tersenyum kecil melihat Farish bersungguh mahu melihat karyanya dengan memilih tempat duduk yang betul-betul hampir dengan pentas.  "Seperti yang diberitahu,  tema lukisan saya pada hari ini adalah..." 

    Perlahan-lahan, tangan Izzi mula menarik kain putih yang menutupi kanvas lukisanya. Sorakan terpegun dari para hadirin mula kedengaran. " Aura."

    " Whoaaa!" Dani dan Dani ternganga kecil manakala mata Ariffin membulat. Sungguh, mereka tidak sangka bahawa Izzi dapat menghasilakn lukisan ini dengan jangka masa yang singkat.

    Lukisan ladang bunga matahari yang terbentang luas, namun terdapat sebatang bunga matahari yang warna lebih menyerlah dari yang lain, seolah-olah mempunyai tarikan yang tersendiri walaupun ianya merupakan bunga yang sama seperti yang lain namun dengan aura berbeza.

    " Saya rasa, dari lukisan ini saja para tetamu yang dihormati dapat agak apa yang cuba saya sampaikan. Ya, kita semua adalah manusia, spesis yang sama namun berlainan. Berlainan rupa, berlainan personaliti, berlainan latar belakang, dan juga... Berlainan aura."

    Sekali lagi, tepukan gemuruh diberikan buat Izzi sebaik saja tajuk temanya sekali lagi disebut.

   " Aura merupakan satu perkara yang berubah mengikut personaliti dan emosi seseorang. Ada yang auranya bersifat neutral, yang membuatkan kita berasa selesa dengannya. Ada juga yang bersifat agresif, yang membuatkan kita berasa takut apabila dekat dengannya. Namun... Aura yang cuba saya sampaikan pada hari ini adalah sebuah aura yang tidak semua orang miliki. Auranya bersifat neutral namun agresif pada masa yang sama. Aura yang membuatkan orang kagum dengan dirinya namun sukar untuk didekati. Aura yang membuatkan semua memandnag tinggi terhadapnya dan hormat dengannya."

    " Untuk kali pertama dalam hidup saya, saya terkesima bila kali pertama saya berjumpa dengan orang yang mempunyai aura sebegini. Dan jujur juga bagi saya, saya tertarik dengan auranya sejak kali pertama saya berjumpa dengan dia. Dia bagaikan bunga matahari yang berdiri teguh, bersinar lebih dari matahari sendiri. Warnanya yang terang, seakan-akan pendirian dan sifatnya yang tidak akan berubah walau dalam apa keadaan sekali pun. Itu yang membuatkan saya terfikir, 'ahh, bunga matahari memang sesuai dengan diri dia."

    Kini, mata Izzi dan Farish bertentangan. Senyuma kecil terukir di bibir Izzi tatkala Farish membalas renunangan matanya dengan pandangan yang redup.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now