Bab 29

1K 112 8
                                    


    " Baiklah.. sampai sini saja kelas kita pada hari ni. Saya-" Bulu roma tengkuknya terasa meremang tatkala suasana di dalam kelas ini terasa berat. Susah bagi cikgu ini hendak meneruskan ayatnya jika setiap kali, dia dapat merasakan aura yang tidak menyenangkan, datangnya dari satu sudut di bekalang kelas. " Izzi, Cikgu Saiful pesan dekat saya, dia minta kamu jumpa dia nanti selepas sekolah."

    Tanpa menunggu jawapan Izzi, cikgu tersebut segera mengangkat kaki, meninggal kelas 5-A tanpa lengah. Tidak betah dia hendak berada di dalam kelas itu lama-lama. Terasa tidak selesa.

    Ini baru cikgu yang berada di dalam kelas mereka selama satu jam. Belum lagi dengan pelajar-pelajar lain yang berada di dalam kelas itu dari pagi hingga hampir tamatnya waktu sekolah.

    Dan semuanya ini terjadi apabila Cikgu Saiful menentukan tempat duduk Syafiq untuk berda betul-betul di sebelah Ariffin.

    " Ahh, I'm too tired... Dani, Danish, tolong suruh diorang berhenti." Ujaran Izzi membuatkan kedua kembar itu memandang sesama sendiri, seraya menggelengkan kepala mereka. 

    Apa yang membuatkan dia fikir bahawa mereka dengan sukarelanya akan mengorbankan diri mereka, semata-mata untuk menghentikan pergaduhan di antara mereka? Memang tidaklah. " Ask Far, we dont want to."

    " Not my problem."

    Dengan tidak ada sesiapa dari kumpulan mereka yang rela membantu, seluruh kelas kini kehilangan jalan penyelesaian. Lihat sajalah aura yang mengelilingi Ariffin dan Syafiq.

    Rasanya hanya Cikgu Saiful saja yang dapat menghentikan mereka.

    " Asal aku kene duduk sebelah kau?!" Jeritan Syafiq membuatkan Ariffin menggengam penumbuknya. Jika bukan kerana badan besar lelaki ini, pasti sudah lama tangannya naik ke muka.

    Korang kene ingat ya. Tak kira betapa marah pun Ariffin, penakut tetap penakut.

    " Kau ingat aku nak duduk sebelah kau ke? Aku yang duduk sini dulu, patutnya kau tu duduk lantai je yang sesuai."

    " Ehh tolonglah, tak de siapa nak tukar tempat duduk dengan aku ke?!"

    " Kau ingat ada orang yang sanggu duduk dengan kau? Badan je besar, otak tak ada."

   " Kau-! Mat bunga, aku nak duduk sebelah kau!"

   " Na ah, aku nak duduk dengan Farish." Jawab Izzi selamba sambil membenamkan wajahnya di dalam lengan. Sudah banyak kali dia menjawab soalan yang sama. Dengar mereka bergaduh sahaja pun sudah untuk untuk membuatkan dia penat. " Jangan libatkan aku. Aku penat..."

    " Then, kau! Tukar tempat duduk dengan aku. Mat jambu ni kawan kau kan?! Mesti kau-" 

    Bicara Syafiq mati tatkala melihat Farish yang sedikit pun tidak menoleh memandangnya, membuatkan dia seolah-olah tidak wujud kerana dengan selambanya dia membuka sekotak jejari coklat Pocky, lalu disumbatkan satu ke dalam mulut.

    " Kau memang sengaja kan?! Aku tengah cakap-"

    'Krup krap.'

    Belum sempat Syafiq menghabiskan bicaranya, sengaja Farish menguyah kuat jejari coklat yang tidak berhenti masuk ke dalam mulutnya. Selepas satu batang, ke satu batang. Bahkan Izzi yang berada di sebelahnya turut sama menjamah Pocky setelah dihulurkan oleh Farish.

    Dani dan Danish yang memerhati kini tergelak kecil. Nampak biasa, namun ini merupakan salah satu cara Farish untuk tidak mengendahkan seseorang. Farish mempunyai etika makan yang tinggi kerana dididik sejak kecil lagi, jadi tidak mungkin dia akan memakan sesuatu dan mengeluarkan suara yang begitu kuat.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now