Bab 53

738 106 10
                                    


    Suasana berubah sepi tatkala Izzi mula membuka cerita tentang dirinya. Setiap butir bicaranya, setiap kata-katanya membuatkan Farish percaya bahawa banyak yang telah dilalui oleh Izzi namun dia dia cuba untuk memendam semua itu...

    Cuba berlagak seperti semuanya tidak pernah terjadi agar dia dapat lalui kehidupan sehariannya dengan tenang walaupun trauma menghimpit diri.

    Senyuman tidak lekang dari bibirnya namun Farish tahu bahwa semua itu hanya helah supaya dia tidak begitu terkesan dan tidak dikawal oleh emosinya.

    " I'm suppose to have a great time waktu aku first datang dekat rumah anak yatim tu. Lepas je mak aku meninggal sebab overdose dadah, instead of sedih, aku rasa lega. Lega sebab tak akan ada siapa lagi yang akan dera aku. Tak akan ada siapa lagi yang akan layan aku macam sampah."

    Mereka yang baru selesai menghabiskan makanan mereka dikini bersandar pada dinding sambil masing-masing memegang cawan minuman mereka. Farish yang duduk di sebelah Izzi hanya mampu memandang ke depan manakala Izzi pula kekal menundukkan wajahnya kebawah.

    Jujur, Farish masih terkesan dengan apa yang diceritakan oleh Izzi.

    Dia dapat mengagak bahawa Mustafa menjadi salah satu punca trauma waktu kecilnya namun dia tidak sesekali menjangkakan bahawa Izzi merupakan anak luar nikah dan ibunya meninggalkan akibat dos dadah berlebihan.

    " Aku bagitahu Mustafa tentang aku, tapi waktu tu aku kecil lagi. Aku tak pernah ada kawan rapat jadi aku percayakan Mustafa, unconditionally but in the end, siapa sangka? Disebabkan dia curios nak tahu GRO tu apa, dia ceritakan rahsia aku dengan orang, then start dari situ, semua orang buli aku, hina aku, pandang rendah dekat aku... Aku tak tahan dengan semua itu... Jadi aku ambil keputusan untuk..."

    " Larikan diri dari rumah anak yatim tu..."

    Perlahan-lahan, Izzi menoleh memadang Farish disebelahnya. Senyuman sekali lagi terukir. Pandai Farish meneka. " Yeah, aku lari, dan tak kembali. Aku habiskan masa aku berseroang dekat satu taman ni, and guess what?"

    Sekali lagi, mata mereka berdua bertentangan. Tidak tahu mengapa, cahaya di mata Izzi hilang tatkala dia bercerita tentang dirinya. Pandangan matanya seolah-olah seperti sudah hilang harapan terhadap semua perkara yang ada dekat dunia ini.

    " Tak ada seorang pun yang datang tegur aku. Tak ada seorang pun yang nak tanya apa jadi dekat aku sepanjang lima hari aku dekat taman tu. And that time, I realized... Wow, so ini rupanya realiti dunia yang sebenar."

    " World indeed is a cruel place..."

    " True..." Kedua kakinya kini dipeluk, separuh dari wajahnya dibenamkan ke dalam lengan. " I lost hope on everything, to be honest, tadi bukannya kali pertama aku terfikir untuk tamatkan riwayat aku sendiri. Dah banyak kali aku terfikir benda yang sama dulu lepas aku lari dari rumah anak yatim tu. Tapi..."

    Sekali lagi, Farish terdengar Izzi menarik nafas dalam. Suaranya seolah-olah tersekat, seakan-akan menahan dirinya dari menangis.

    Ahhh... Melihat kawan yang selalunya kelihatan malas, santai dan selalu tersenyum dalam keadaan yang sebegini membuatkan hati Farish sedikit sebanyak terasa sakit.

    Terasa seolah-olah tangan Farish kini berada di datangnnya sambil mengusap lembut kepalanya, Izzi kembali tenang. Jika dengan lelaki ini, menceritakan perkara sedih dan memeritkan pun terasa lebih mudah dan ringan buat dirinya.

    " Kalau bukan sebab Tok Daus... Mungkin aku dah tak ada dekat dunia ni sekarang ni."

*****

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian BertemuWhere stories live. Discover now