Bunyi peralatan dapur bergesel antara satu sama lain memenuhi ruang di dapur itu. Kesemuanya dilihat berjalan ke sana sini untuk menyiapkan makanan.
"Riyan, Fina. Hantar ke bilik 3."
Riyan dan Fina selaku pembantu chef mengangkat 4 jenis makanan lalu dibawa ke bilik 3 iaitu bilik khas yang mempunyai privacy. Sesuailah untuk pasangan bercinta, nak bincang hal kerja dan sebagainya.
Tengku Darweena bertungkus lumus menyiapkan sentuhan terakhir puding caramel sebagai dessert pada malam itu. Dia mengukir senyuman apabila berjaya menyiapkannya. Perfecto.
"Haikal. Hantar bilik 3." laungnya.
"Okey."
Darweena mencuci tangannya pada singki. Tamat kerjanya hari ni. Banyak betul tempahan makan malam hari ni. Rasa macam tak cukup tangan.
"Hai Aween. Macam mana lah bos tak suka. Buat kerja laju je siap. Kami yang lain ternganga tengok Aween." kata salah seorang chef di situ. Tapi dia di bahagian makanan buffet.
"Biasa je lah uncle. Aween dulu pun slow juga. Lama-lama jadi biasa. Semua dah ada dalam kepala, laju je lah." balas Darweena bersama tawa kecil.
"Ya laju. Sedap pula tu masak. Termimpi-mimpi makan masakan Aween. Sedap sangat."
"Jangan lah uncle, kembang dah Aween ni."
Ketawa mereka bersatu. Darweena mengelap tangannya yang sudah dibasuh.
"Uncle. Aween balik dulu lah."
"Okey. Jaga diri."
Darweena mengukir senyuman manis. Dia berjalan ke bilik persalinan untuk menukar baju chefnya kepada baju biasa. Setelah itu dia duduk di bangku yang disediakan di bilik itu.
Telefon pintarnya dibuka lalu mencari contact ibunya yang berada di London. Keluarganya semua tinggal di London. Tinggal dirinya yang berada di Malaysia atas permintaannya yang ingin menjadi chef di sini.
"Assalamualaikum Ma."
"Waalaikumusalam Aween. Sihat ke?"
"Sihat je. Mama sihat? Papa? Adik-adik?"
"Semua sihat je. Cuma ni hah Dareel demam sikit. Nanti baik lah dia."
"Baguslah."
"Kerja macam mana?"
"Ok je ma. Ramai puji masakan Aween sedap. Buat kerja pun laju."
"Elok lah tu. Aween ni bila nak bawa menantu untuk mama? Nak kata tak pandai masak, dah jadi chef hebat. Kemas rumah, basuh baju tu, mestilah dah pandai."
"Nanti lah ma. Aween baru 25. Muda lagi lah."
"Muda lagi Aween cakap? Mama dulu umur 25 dah lahirkan Neela dah. Aween? Tak kahwin lagi. Lambat lagi lah mama nak bercucu."
"Mama ni... Nanti bila Aween dah ada pilihan hati, Aween bagitahu mama."
"Ye lah. Jangan lambat sangat. Mama tak sabar nak ada cucu ni."
"Oklah ma. Aween tutup dulu. Kirim salam dekat papa dan adik-adik. Cakap Aween rindu diorang."
"Ye lah. Jaga diri dekat sana."
"Ok ma. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Darweena menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar yang dipakainya. Beg galas jenama Gucci digalas lalu keluar dari bilik persalinan menuju ke luar hotel di mana dia memparkir keretanya.
Kereta Nissan Almera merah miliknya dipandu menuju ke rumahnya. Disebabkan dia hanya tinggal seorang di rumah, dia hanya membeli rumah tidak berapa besar. Cukuplah untuk dia seorang.
Sampai di rumahnya, dia melepaskan lelah di sofa rumahnya. Mata dipejam untuk merehatkan minda setelah seharian bekerja. Dan akhirnya dia terlena di situ.
🌼🌼🌼🌼🌼
"Okeh siap. Yeay, balik Malaysia." Tengku Ariz Zeyyan melompat seperti kanak-kanak riang. Apa nak jadi lah dia ni.
"Woi Riz. Bergegar rumah woi." jerit Tengku Hazim dari bilik sebelah.
"Aku excited gila." balas Ariz.
"Aku pun balik Malaysia juga. Tapi takde lah excited gila macam kau." Hazim menggulingkan matanya.
"Eleh. Ye lah tu. Padahal dalam hati tu tak sabar nak jejak Malaysia. Al maklumlah, ada tunang dekat Malaysia."
Tiada balasan dari Hazim. Ariz ketawa. Macam lah dia baru kenal Hazim sebulan. Dah 5 tahun tau. Seluar dalam Hazim pun dia dah tahu warna apa.
Lagi 7 jam flightnya akan berangkat ke Malaysia. Tak sabar rasanya nak pulang ke tanah air. Rindu terhadap keluarganya semakin menebal.
5 tahun dia menyambung pelajaran di kota London ini. Balik pula setahun sekali atau dua kali sahaja setahun. Manusia mana yang tak rindu keluarga sendiri.
Sekarang dia sudah habis belajar. Tiba masanya untuk dia mengambil alih hotel milik papanya. Papa dah tua dan tak larat nak uruskan hotel.
"Nak cari jodoh sekali lah." Ariz tersengih lebar sambil memeluk kuat bantal peluknya.
"Nanti ada isteri tak payah peluk bantal ni dah. Peluk isteri je."
Gila dah Ariz ni. Hazim yang mendengar kata-kata Ariz menggeleng. Dia ketika itu baru ingin masuk ke bilik Ariz. Mendengar kata-kata itu terhenti terus langkahnya.
"Banyak berangan kau Riz. Suka hati kau lah. Asalkan kau bahagia." Hazim membatalkan niat untuk masuk ke bilik Ariz.
Malas nak kacau mood kawannya seorang itu. Baik pergi minum hot coklat sambil usya awek dekat Cafe Makan. Hohoho.
YOU ARE READING
Only You [C]
RomanceTengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk...