SPH BONUS CHAPTER

2K 86 2
                                        

Hello guys. Rindu aku tak? Tak? Sampai hati. Kemurungan jap.

Jk jk

Aku senarnya saja je buat bonus sebab aku rindu diorang berdua ni. Sambil-sambil tu aku nak promote book baru aku.

MR SWEET

Boleh check dekat profile aku. Please support okey.

Tu je selamat membaca.







SPH BONUS CHAPTER : Pertemuan Pertama Antara Darweena dan Ariz.

"Weh. Jom study kat rumah aku." Tengku Aril Zeyyan menyapa sahabatnya.

"Rajinnya kau nak study." Tengku Darweena yang sedang mengunyah biskut tiger membalas. Matanya tidak beralih dari buku novel yang dibacanya.

Tiba-tiba kepalanya ditunjal.

"Aku tahu lah bebal tu free tapi tak payah nak bolot semua. SPM lagi sebulan bongok. Study lah."

"Lambat lagi."

"Tchh. Pandai boleh ah bawa bincang." kata Aril tak puas hati.

"Eh. Bukan kau kata aku bebal ke tadi." seloroh Darweena.

"Tak payah lah menganjing aku. Jom lah study rumah aku petang ni. Jangan risau. Kembar aku dengan maid aku ada kat rumah."

"Ok. Nanti aku datang. Ready jajan nak mengunyah." Darweena bersetuju.

"Makan je kerja kau kan."

"Biasa..."

Mereka berdua ketawa. Beberapa pasang mata memandang ke arah mereka. Macam-macam ekspresi wajah dapat dilihat.

Cemburu lah tu. Sejak dia datang sekolah ni, ramai yang tak berpuas hati dengannya. Tambahan pula dia rapat dengan pelajar hot sekolah ni. Siapa lagi kalau bukan Aril Zeyyan.

Ada beberapa orang cuba nak jatuhkan dia namun tak berjaya kerana dia lain dari yang lain.

"Takde orang cari pasal pula dengan kau hari ni." ujar Aril sambil memandang sekeliling.

Darweena hanya mengangkat bahu. Dia juga pelik. Takde orang cari pasal dengan dia hari ni. Selalunya ada je yang tak kena.

"Serik kot." tebak Aril.

Darweena mengangguk-angguk. Maybe. Lepas kes yang dia belasah budak lelaki yang cuba mencabulnya, semua takut nak dekat dengannya.

Teruk juga lah kena belasah budak lelaki tu. Ibu bapa lelaki itu mahu failkan saman terhadap Darweena. Namun tidak berjaya kerana bukti menunjukkan anak mereka yang salah.

Terus digantung sekolah budak tu dua minggu.

"Jom." Darweena bangun dari bangku yang didudukinya.

"Pergi mana?" tanya Aril.

"Fly away." Darweena mengangkat keningnya sambil tersengih di hadapan Aril.

"Jom." Aril membalas sambil tersenyum sinis.

🌼🌼🌼🌼🌼

"5 kuasa dua 25 lah bongok." Darweena mengetuk kepala Aril menggunakan pembaris kayu kepunyaannya.

"Aku tahu lah. Tersasul je." Aril menggosok kepalanya yang diketuk.

Tangannya mencapai correction tape lalu memadam bahagian yang salah.

"Weh aku dahaga lah." ujar Darweena. Air yang disediakan oleh Aril sudah habis.

Mana tak nya kalau dia sediakan sekotak air milo je.

"Ambil lah sendiri kat dapur." balas Aril.

"Takpe ke? Nanti orang ingat aku ni buat batak macam rumah sendiri pula."

"Pergi je. Kalau ada maid kat dapur kau cakap je nak minum air." Aril berkata sambil tangannya seperti menghalau.

"Fine." tanpa banyak bunyi lagi, Darweena melangkah meninggalkan ruang tamu di mana mereka belajar.

Sesampai di dapur, dia lihat tiada sesiapa. Dia mencapai gelas di rak lalu pergi ke mesin air.

Semasa sedang membasuh gelas, dia terdengar bunyi kerusi seakan ditarik. Darweena terus menoleh. Gelas yang dicuci diletakkan di tepi singki untuk dikeringkan.

Aril?

Eh bukan. Tadi Aril pakai T-shirt berwarna putih. Tetapi manusia yang duduk di kerusi itu memakai jersi berwarna biru.

Ariz ke? Kembar Aril.

Sama gila muka. Itu kali pertama dia melihat kembar Ariz.

"Ambil air oren dalam peti ais."

"Ha what?" Darweena tercengang. Dia suruh aku ke?

"Ambil air oren dalam peti ais. Pekak ke?" ulang Ariz tanpa memandang siapa di hadapannya

"Ambil lah sendiri." jawab Darweena selamba.

"Kau nak kena pecat ke? Mentang-mentang mak bapak aku takde, kau naik kepala macam rumah ni rumah kau." dingin suara itu berkata.

Eh eh. Nak minta menyepak ni. Darweena masih berdiri statik di tempatnya.

Ariz bangun menuju ke peti ais. Lalu air yang dimintanya diminum. Dia memberikan jelingan kepada Darweena lalu berjalan pergi.

Darweena membuat roll eyes. Satu je yang dia rasakan tentang Tengku Ariz Zeyyan...

SOMBONG!!!

🌼🌼🌼🌼🌼

"Pa, siapa maid yang batak macam rumah sendiri tu?" Ariz bertanya semasa mereka sedang makan malam.

"Maid yang mana satu?" tanya Tengku Izam.

"Yang putih-putih pendek-pendek tu. Tadi Ariz minta ambil air dia boleh cakap ambil sendiri."

Dahi Aril berkerut mendengar kata-kata kembarnya.

"Yang..." belum sempat Tengku Atif bersuara, Aril menyampuk.

"Yang pakai baju hitam, shawl merah tu ke?"

"Haah."

"Tu kawan aku bongok."

Free je kepala Ariz diketuk oleh Aril. Ada ke patut dia kata Darweena tu maid? Kemain cantik kawan tu. Ada pangkat Tengku lagi tapi dipanggil maid.

"Lah. Mana lah aku tahu. Aku tak tengok dia betul-betul."

"Pakai speck. Dasar rabun."

"Aku tak tengok je. Bukannya aku rabun."

Maka berlaku pertelingkahan kecil antara si kembar itu.

"Dah dah. Jangan gaduh depan rezeki. Cepat makan." Tengku Atif menghentikan pertelingkahan itu.

"Sorry mama." kata mereka serentak.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang