SPH 5

2.4K 154 7
                                    

3 tepukan menarik perhatian staff dapur. Semuanya memandang ke arah ketua chef yang menghampiri bersama seorang lelaki di sebelah.

"Ok semua. Hari ni kita ada chef baru. Dia dari Shah Alam. Jadi dia akan jadi sebahagian dari kita. Bagi dia kerjasama untuk suaikan diri dia dekat sini. Ha kamu. Boleh kenalkan diri." kata ketua chef panjang lebar.

"Hai. Nama saya Adam Faris. Boleh panggil Adam. Berusia 26 tahun. Selamat berkenalan." kata Adam.

"Weh. Hensemnya." Intan di sebelah berbisik. Melting lah tu tengok lelaki hensem.

Darweena yang melihat perasan lirikan mata Adam kepadanya. Dalam fikirannya berkata janganlah lelaki itu juga seperti Ariz. Parah hidupnya nanti.

"Ka..." belum sempat ketua chef berkata, ada yang menyampuk dari pintu dapur. Rasa-rasa siapa?

Yes betul. Tengku Ariz Zeyyan.

"Gegegegemorning everyone." kata Ariz dengan cerianya seperti selalu. Dan seperti selalu juga lah. Darweena yang dihampirinya.

"Good morning sayang." ucap Ariz lembut. Darweena membuat roll eyes. Menyampah.

"Morning too Tengku." balas Darweena. Jelas nadanya geram ketika itu.

"Eh. Kan dah cakap semalam. Jangan panggil Tengku. Panggil Ariz je."

Darweena tidak membalas. Malas nak balas. Bosan nak balas. Meluat nak balas.

"Ermm. Kamu boleh lah berkenalan dengan yang lain. Kamu yang lain sambung kerja." suara ketua chef sayup-sayup kedengaran. Semuanya membuat kerja masing-masing.

Adam yang kelihatan tidak terlalu kekok dengan suasana dekat sini menghampiri Kamarul yang juga chef. Dia berbual-bual kecil dengan Kamarul. Sesekali matanya melirik ke arah Darweena dan Ariz.

"Errm. Chef Kamarul. Itu siapa? Yang dua orang tu?" tanya Adam sambil memandang ke arah Darweena dan Ariz.

"Itu Darweena chef dekat sini juga. Lagi seorang tu. Anak pemilik hotel ni. Tengku Ariz."

"Apa hubungan diorang?"

"Takde hubungan. Cuma Tengku Ariz ni sukakan Aween tapi Aween tak layan. Kalau boleh tak nak jumpa langsung. Disebabkan Ariz ni anak pemilik hotel ni. Boleh masuk suka hati, itu yang terpaksa hadap juga."

Adam mengangguk faham sambil melihat keakraban Darweena dan Ariz walaupun mereka berdua sebenarnya sedang bergelut. Ariz nak perhatian namun Darweena tidak melayan.

'Cantik.' hati Adam memuji kecantikan dan aura yang ada pada Darweena.

🌼🌼🌼🌼🌼

"Aween..." mendayu suara Ariz memanggil Darweena yang sedang memcuci tangannya pada singki.

Darweena memandang Ariz tanpa membalas panggilan Ariz.

"Awak takde kerja nak buat kan?"

Darweena menggeleng.

"Jom ikut saya."

"Pergi mana?"

"Kolam. Kita lepak dekat sana. Asyik dekat dapur je. Bosan lah."

"S..."

"Takde alasan." Ariz memotong. Tahu sangat lah Darweena nak cakap apa. Hahaha.

"Ye lah."

Ariz keluar dari dapur diikuti Darweena yang dengan wajah masamnya. Geram dengan Ariz yang mengada ni. Nasib baik hensem.

Ehhh. Macam aneh je ayat tu.

Adam yang sedang memotong lobak memandang Ariz dan Darweena. Niat di hati ingin berkenalan dengan Darweena memandangkan semua sudah dia kenal tapi takde peluang sebab Ariz sentiasa dengan Darweena.

Darweena berhenti apabila langkah kati Ariz yang di hadapan berhenti. Mereka kini berada di kawasan kolam. Agak sunyi kerana, siapa yang nak datang kolam tengah hari rembang ni.

Ariz duduk di set lengkap kerusi meja bersama khemah yang terpacak kemas. Di atas meja sudah tersedia air untuk dua orang.

"Duduk lah. Nak berdiri ke?" kata Ariz.

Darweena tanpa membalas duduk di kerusi bersebelahan meja. Meja itu terletak di antara dia dan Ariz.

"Awak takde kerja ke?" tanya Darweena.

"Kerja apa?"

"Awak takde kerja lain ke selain ganggu saya setiap hari dekat dapur. Nak dekat seminggu tau awak ganggu saya. Awak takde kerja lain ke?"

"Ada."

"Buat lah kerja awak."

"Kerja lain saya tu tengok awak."

Diam.

Darweena menghembus nafas kasar.

"Awak tak suka ke saya dekat dapur dengan awak?" suara Ariz mengendur.

Sudah. Jangan cakap Ariz merajuk pulak dengan dia. Jenuh lah nak kena pujuk balik.

"Bukan. Saya cuma... Rimas."

"Takpe lah kalau macam tu. Mulai esok saya takkan ganggu awak kerja lagi."

Kata-kata Ariz membuatkan Darweena rasa serba salah. Dia menekur. Memikirkan sesuatu untuk memujuk si Tengku ni.

"Awak merajuk ke?" tanya Darweena.

Ariz tidak menjawab. Air lemon di meja diambil lalu disedut membasahkan tekaknya.

Darweena menggigit bibirnya. Itu lah Darweena. Mama dah pesan, jaga mulut. Jangan buat orang terasa dengan kata-kata kita. Lidah ni macam pedang tau. Zupp.

'Apa kau nak buat ni Aween? Think Aween. Think.'

Tiba-tiba mentol menyala di kepalanya. Idea dah datang. Yes.

"Ermm. Awak dah lunch ke?"

Ariz mengalih pandangannya kepada Darweena. Perlahan-lahan dia menggeleng.

"Awak nak saya masakkan sesuatu untuk awak? Sebagai tanda minta maaf." ujar Darweena berhati-hati. Takut lah pula Tengku ni marah.

"Tak kisah. Asalkan awak yang masak." Ariz senyum.

'Kan hensem kalau senyum.' Darweena tersenyum dalam diam.

'Eh. Apa kau merepek tiba-tiba ni Aween.'

"Kalau macam tu saya masak spaghetti lah dekat awak."

"Tak nak. Nak nasi."

"Nasi goreng seafood."

"Boleh lah. Nak sambal kerang sekali."

Darweena senyum. Macam layan budak je bila dengan Ariz ni. Tak padan dengan umur... Ermm berapa eh umur Ariz? Entah. Tak ingat.

"Oklah. Awak tunggu dekat meja sana. Nanti saya datang bawa makanan awak."

"Masak lebih. Untuk awak dan saya."

"Baik Tengku."

"Thank you bakal isteri."

"Siapa cakap saya bakal isteri awak?"

"Saya cakap."

"Siapa sahkan?"

"Saya sah kan."

"Dah lah. Layan awak sampai bila pun tak habis. Saya nak masuk dapur."

"Ok sayang."

Tanpa sedar, ada seseorang memerhatikan mereka berdua. Rasa tidak suka menguasai dirinya melihat keakraban Darweena dan Ariz.

Dia kemudian berlalu pergi. Dia akan uruskan semua tu kemudian.

"Selamat tengah hari Tengku Atif. Nak jumpa Tengku Izam ke?"

"Ya."

"Silakan."

Only You [C]Where stories live. Discover now