SPH 19

2.3K 153 17
                                    

Double update today. Enjoy..


"Aween. Jom."

"Ah ok."

Darweena berjalan bersama Tengku Dhiya menuju ke deretan kedai di Queen's park. Hari ni dia akan bertemu dengan interior designer untuk hiasan dalaman restorannya.

Seminggu masa diambil untuk mengubah suai restorannya. Sepanjang seminggu itu juga, Darweena datang untuk melihat perkembangan.

"Aween. Kenalkan ini Kelly. Interior designer yang akan tolong Aween hias cafe ni nanti. And Kelly, this is my daughter, Darweena. You can just call her Aween. Or else Darry."

"Yeah. Darry is more easier. Hai. I'm Kelly." Kelly menghulurkan tangan kepada Darweena. Darweena menyambut huluran itu.

"So, here i have a some samples if want to see. You can tell me the theme, the decoration that you like. I will make sure you love my touch."

Darweena mengangguk faham. Dia memandang Tengku Dhiya yang tersenyum ke arahnya.

Setelah berbincang, Darweena memilih tema klasik yang pada pendapatnya agak sesuai untuk cafenya nanti.

Tengku Dhiya dan Kelly juga nampak bersetuju dengannya. Dapat dirasakan imaginasi Darweena terlalu luas untuk mendekorasikan cafe.

Dia juga ingin menambah bunga-bunga mawar sebagai tarikan.

"Aween dah ada nama untuk restoran Aween ni nanti?" tanya Tengku Dhiya kepada Darweena yang ralit memandang sekeliling kedai itu.

"Belum lagi lah, ma. Tengah berfikir."

"Aween suka bunga mawar. Jadi letaklah nama yang berasaskan bunga mawar." cadang Tengku Dhiya.

Darweena memandang mamanya.

"Ye lah kan. Kalau macam tu... De Mawar Restaurant?"

"Nice."

"Yes. Thanks mama bagi idea."

"No problem. Dah siapkan semua ni?"

"Dah."

"Jom pergi makan."

"Ok."

🌼🌼🌼🌼🌼

Darweena menghirup teh tarik kaw kaw. Dia bersandar pada kerusi setelah kekenyangan melahap nasi lemak ikan bilis dan sate ayam.

Cafe Makan yang terletak di 270 Portabello Road menjadi tarikan kerana terdapatnya pelbagai jenis makanan melayu di sini. Pemilik kedai ini adalah orang Inggeris yang berkahwin dengan orang Melayu.

"Aween."

"Ye ma."

"Mama nak tanya betul ke Aween balik sini sebab Aween nak balik? Dan betul ke Aween berhenti kerja dekat sana?"

Soalan itu seperti menjerut leher Darweena. Otaknya ligat berfikir jawapan yang sesuai agar tidak kantoi.

"Aween. Firasat seorang ibu tak pernah salah Aween. Mama tahu Aween ada masalah dekat Malaysia. Sebab tu Aween balik dekat sini." kata Tengku Dhiya.

Darweena menunduk. Apa yang dikatakan oleh Tengku Dhiya benar-benar belaka. Mamanya seorang yang hebat dapat meneka sesuatu di fikirannya.

"Ada benda nak share dengan mama?" tanya Tengku Dhiya.

"Aween ada salah faham sikit dengan seorang lelaki dekat sana." ujar Darweena perlahan.

"Boyfriend aween?"

"Bukan. Dia anak pemilik hotel tempat Aween kerja. Aween kenal dia masa pemilik hotel tu buat makan malam mereka sekeluarga. Dia... Suka kan Aween tapi Aween tolak. Dia cuba rapat dengan Aween. Tapi Aween anggap dia kawan je selama kami rapat." cerita Darweena.

"Aween suka kan dia?"

"Tak. Aween anggap dia kawan je." laju-laju Darweena menggeleng. Walhal itu semua tipu.

"Jangan tipu mama Aween."

Darweena diam menunduk.

"Betulkan. Aween cintakan dia?"

Perlahan-lahan dia mengangguk. Dia tak boleh menipu dengan mamanya. Menipu mamanya bagaikan membuang sampah merata-rata tanpa orang lihat tapi ada cctv yang merakam. (author merepek)

"Lepas tu apa jadi antara Aween dengan dia?"

"Kitorang ada salah faham. Dia langsung tak nak dengar penjelasan Aween. Dia marah Aween, tengking, hina. Lepas tu dia... Pecat Aween dari hotel tu."

"Sebab tu Aween balik sini. Aween nak jauh dari dia. Nak lupakan dia. Aween nak mula hidup baru."

Tengku Dhiya mengangguk faham.

"Lupakan je. Itu lebih baik. Mama tak nak Aween fikirkan lagi. Benda macam ni boleh bawa kemudaratan dekat diri kita."

"Ya mama." Darweena mengangguk dan tersenyum nipis.

"Lepas ni. Mama nak Aween fokus dengan masa depan Aween. Jangan toleh belakang lagi. Yang lepas, biarkan lepas."

"Thank you mama. Mama is the best." Darweena menunjukkan kedua-dua ibu jarinya ke arah Tengku Dhiya.

Mereka berdua ketawa.

🌼🌼🌼🌼🌼

Malam yang gelap sunyi tanpa bintang. Ariz berdiri di balkoni biliknya sambil memandang langit kosong itu.

Pintu bilik yang terbuka membuatkan dia menjeling sedikit ke belakang. Gadis manis bertudung berjalan perlahan mendekatinya.

"Ermm awak."

"Nak apa?" balas Ariz malas.

"Mama panggil turun bawah. Makan malam." kata Haura takut-takut.

Entah kenapa dirinya takut berada dekat dengan Ariz. Pandangan mata Ariz terhadapnya membuatkan jantungkan bagai nak pecah.

"Kau turun dulu lah. Nanti aku turun."

"Tapi mama cakap seka..."

"Aku kata nanti tu nanti lah. Kau tak faham bahasa ke?" tengking Ariz kuat.

Akibat tengkingan itu, bahu Haura terangkat dan dia terundur setapak ke belakang. Dia menunduk sebelum berpusing ke belakang lalu melangkah keluar dari bilik.

"Kejap."

Langkah Haura terhenti. Dia memandang Ariz semula.

"Aku minta maaf." ucapnya kesal. Dia kemudian mendekati Haura.

Semakin dekat semakin menjauh Haura berundur. Ariz sempat menangkap tangan Haura sebelum Haura keluar dari bilik.

"Aku minta maaf sebab tengking kau tadi dan apa yang buat sebelum ni dekat kau."

Ariz sedar sepanjang seminggu dia dan Haura bernikah, dia tak pernah melayan Haura dengan baik. Disebabkan itu, dia ingin memberikan apa yang seharusnya Haura sebagai isteri dapat. Kasih sayang seorang suami.

"Aku janji lepas ni aku takkan layan dengan teruk dah. Kita jadi suami isteri macam orang lain. Aku akan bimbing kau sampai ke syuga." Ariz mengukir senyuman manis.

Dia memeluk tubuh Haura erat. Kepala direhatkan pada bahu Haura. Manakala Haura masih blur dengan apa yang berlaku.

Perlahan-lahan dia membalas pelukan Ariz. Belakang Ariz ditepuknya perlahan dan menyandarkan kepalanya pada dada Ariz.

"Jom turun. Lama pula mama tunggu nanti."

"Jom."

Mereka berpegangan tangan keluar dari bilik.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang