Keadaan di restoran Darweena agak sunyi kerana tidak ramai pelanggan. Dapur restoran yang selalunya kedengaran pelbagai bunyi juga sunyi sepi.
Darweena memandang sekeliling restorannya. Hanya ada dua orang pelanggan saja di restoran mereka.
Tiba-tiba loceng pintu restoran Darweena berbunyi menandakan ada pelanggan yang masuk ke kedai mereka.
"Selamat datang." ucap Naaila selaku pelayan baru restorannya.
Darweena memandang ke arah pelanggan wanita yang sarat mengandung memasuki restorannya sekilas sebelum kembali duduk di tempatnya.
Wanita itu mengukirkan senyuman pada Naaila lalu memilih tempat duduk.
Setelah beberapa lama kemudian, wanita itu menghampiri kaunter untuk membayar makanannya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Darweena di hadapannya.
"Darweena... Kan."
Darweena terus mendongak. Dahi berkerut mengecam wanita hamil di hadapannya. Seketika, matanya membulat.
"Maya."
Darweena terus berdiri.
"Ya Allah lainnya kau. Pipi macam pau." kata Darweena.
Sungguh berbeza penampilan bekas sahabat baiknya itu. Dari pakaian menjolok mata kini memakai pakaian sopan dan manis bertudung labuh.
Maya ketawa. Jarang-jarang Darweena menegurnya sebegini.
"Pembawakan budak." balas Maya.
"Berapa bulan dah?" Darweena memandang perut Maya.
"7 bulan. Maaflah masa aku kahwin tu, aku tak bagitahu kau. Aku tak tahu nombor kau dekat sini. Email kau pun aku tak ingat."
"Takpe lah. Kau kahwin dengan siapa?" tanya Darweena.
"Dafi. Kitorang sama-sama berhijrah. Tak nak ulang dah benda lepas."
"Alhamdulillah. Jom lah kita duduk dulu. Sembang. Kau datang sini bercuti ke?"
Mereka berdua duduk di salah satu meja makan.
"Tak. Dafi ada kerja dekat sini. So, dia ajak aku ikut sekali sambil-sambil bercuti. Hari ni Dafi ada hal dengan syarikat, so aku sorang-sorang je lah. Terasa lapar makan dekat sini. Tak sangka pula kau owner restoran ni."
"Ya. Dah setahun dah aku dekat sini. Uruskan restoran ni lepas kes dekat Malaysia."
"Kes? Maksud kau?"
"Ada lah."
Darweeena ketawa kecil.
"Baby kau ni boy ke girl?" tanya Darweena.
"Baby boy. Excited Dafi bila dapat tahu." jawab Maya beselang tawa.
"Mesti handsome macam bapak dia."
Mereka berdua kemudian diam. Masing-masing takde topik untuk dibicarakan. Bila dah lama terpisah memang lah jadi awkward.
"Weena."
"Herm."
Maya mencapai sebelah tangan Darweena lalu dimain-mainkannya. Wajahnya turut kelihatan muram.
"Aku nak minta maaf pasal benda lepas." ucapnya.
Darweena mengukirkan senyuman.
"Takpe lah. Benda dah lepas. Aku dah maafkan kau dah pun. Dari dulu, cuma aku tak bersedia lagi nak bersemuka dengan kau. Apa-apa pun aku happy dengan perubahan kau." balas Darweena.
"So, kita kawan balik?"
"Mesti lah."
Mereka berdua saling membalas senyuman.
"Kau bila nak kahwin?" tanya Maya.
"InsyaAllah bulan depan. Aku dah tunang." kata Darweena sambil menunjukkam cincin di jarinya.
"Ye ke. Wah tak lama lagi lah. Dengan siapa?"
"Aril."
"Aril? Tengku Aril Zeyyan?"
"Ya."
Maya menekup mulutnya.
"Tak sangka pula korang berdua berjodoh ya. Dari kawan sampai ke kahwin. Tahniah." Maya teruja.
"Thank you. Nanti kau datang lah. Majlis buat dekat rumah parents aku dekat Malaysia."
"InsyaAllah. Anak korang nanti mesti cantik dan handsome punya."
"Kau pun apa kurangnya. Mesti handsome orangnya nanti."
Mereka berdua ketawa bersama.
"Weena. Nanti kan, kita boleh jodohkan anak-anak kita. Kita jadi besan."
"Tengok dulu lah. Kalau aku dapat baby girl nanti."
Mereka berdua berbual panjang sehingga tidak sedar masa sudah berlalu dengan pantas.
"Aku balik dulu lah, Weena. Takut nanti Dafi cari aku." pamit Maya.
"Ok. Makanan kau tu tak payah bayar lah. Aku belanja."
"Betul ni?"
"Ya."
"Thank you. Bye."
"Bye."
Darweena melambai ke arah Maya.
🌼🌼🌼🌼🌼
Kaki yang tersarung kasut joging jenama Adidas itu mula melangkah berlari di sekeliling kawasan Hyde Park, London.
Tasik yang indah bersama bunga-bunga yang baru saja ingin mekar menjadi tarikan kepada orang di sini.
Setelah beberapa round, dia berhenti. Nafas segar dan nyaman disedut masuk ke rongga hidungnya.
Tiba-tiba telefon pintar miliknya berbunyi meminta diangkat. Melihat nama yang tertera pada skrin terus dia mengangkat.
"Hello ma."
"Aween dekat mana?"
"Hyde Park. Joging."
"Balik sekarang. Kemas barang-barang Aween."
"Kenapa ma?"
"Aween akan balik Malaysia hari ni. Ada benda yang Aween dengan Aril kena settlekan sendiri."
"Kenapa awal sangat? Bukan sepatutnya Aween balik minggi depan. Benda-benda tu semua settle minggu depan."
"Takpe lah balik awal pun. Settle awal-awal nanti tinggal akad je. Dah cepat balik kemas barang Aween."
"Baik ma."
Tengku Dhiya mematikan talian. Darweena mengeluh. Penat lagi lah macam ni. Baru seminggu lebih dia di sini kena balik Malaysia balik.
Darweena membuat panggilan kepada Nur untuk memaklumkan hal tersebut. Dia berpesan supaya menjaga restoran itu sepanjang ketiadaannya.
Darweena kemudian berjalan kaki pulang ke rumahnya yang tidak terlalu jauh dari Hyde Park tersebut.
"Malaysia, I come for you... Again."
Terpaksa lah dia hadap lagi penerbangan yang memenatkan itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/267642542-288-k927715.jpg)
YOU ARE READING
Only You [C]
Storie d'amoreTengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk...