SPH 7

2.2K 144 27
                                    

Kereta diparking di kotak parking seperti biasa. Beg galasnya disandang pada bahu kirinya. Pintu kereta dikunci sebelum berjalan ke pintu masuk tempat makan hotel.

Sedang melangkah, tiba-tiba tangannya ditarik. Mulutnya ditekup kuat. Tubuh kecilnya pula diangkat gaya penculik menculik puteri.

"Aaaaa iiii oooo (apa ni woih)." kata-kata Darweena tidak jelas kerana mulutnya ditekup. Dia meronta-ronta.

Orang yang menculiknya itu meletakkan tubuhnya ke dalam kereta. Ketika itu baru lah Darweena dapat lihat siapa yang menculiknya.

"Ariz, apa awak buat ni?" tanya Darweena kasar.

"Culik awak. Duduk diam-diam." Ariz menutup pintu keretanya lalu menuju ke tempat duduk pemandu.

"Awak. Saya kerja lah awak. Mana boleh awak buat saya macam ni. Nanti ketua chef dan Tengku Izam marahkan saya sebab tak datang kerja tanpa alasan." bebel Darweena.

Eiii geram je dengan Ariz ni.

"Alah jangan risau. Saya dah bagitahu papa yang saya nak culik awak hari ni. Dia bagi awak cuti."

"What?? Kenapa awak tak bagitahu saya?" Darweena terjerit.

"Lah. Ada ke penculik yang nak bagitahu dulu sebelum menculik. Kalau dia bagitahu memang tak lah orang yang sebagai mangsa tu nak keluar rumah." Ariz berkata selamba.

Darweena terdiam. Bibir diketap. Dia memandang ke luar cermin tingkap kereta. Hatinya menyumpah Ariz dengan penuh geram.

Ariz yang sedang memandu memandang Darweena di sebelah. Dia menghembus nafas.

"Awak janganlah marah. Saya just nak bawa awak jalan-jalan je. Awak hari-hari dekat dapur je. Tak best lah kat dapur je dating hari-hari. Dah lah ramai dalam dapur. Sekali sekala nak lah pula dating berdua." Ariz berkata.

'Sabar Aween, sabarrrrr.' Darweena menarik nafas panjang.

"Kita nak pergi mana?" Darweena berpaling kepada Ariz.

"Ha. Ini yang saya nanti-nantikan dari awak. Kita akan pergi ke..."

Bunyi dram sikit....

Darweena mengangkat keningnya. Menunggu kata-kata seterusnya dari Ariz.

"Kahwin lari."

"What??"

Jeritan Darweena memenuhi ruangan kereta. Fuh, siapa yang dengar ni boleh pekak agaknya.

"Awak ni lahir dalam gua ke dulu? Berdesing telinga saya tau." Ariz menggosok-gosok telinganya.

"Awak dah gila ke? Kalau ya pun nak kan saya. Tak payah lah sampai nak bawa kahwin lari. Awak berhenti kereta ni sekarang."

"Jangan lah marah-marah. Saya gurau je lah. Kita pergi jalan-jalan je. Takdenya saya nak bawa anak orang kahwin lari. Saya bukannya orang yang macam tu."

"Abah awak. Bagitahu lah awal-awal. Lepas tu boleh main culik je. Kalau saya kena culik betul-betul macam mana? Awak yang risau." kata-kata Darweena diperlahankan pada ayat yang terakhir.

"I'm sorry ok. Saya janji ni kali terakhir saya culik awak. Lepas ni tak buat dah. Tapi saya akan ikat terus awak... Dalam hati saya." Ariz tersenyum manis.

Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya menyerlahkan lagi kemanisa senyumannya. Macam mana lah orang tak terpikat.

Darweena menyimpan senyum. Dia memandang ke luar tingkap. Keadaan di luar masih gelap kerana jam baru menunjukkan pukul 6.57 pagi.

"Kita nak pergi mana ni?"

"Adalah. Tunggu je. Nanti kita sampai lah."

Darweena menguap. Bosan lah pulak duduk dalam kereta lama sangat. Dia memejam matanya. Lena dulu lah.

Ariz memandang Darweena yang kelihatan sudah terlena. Dia tersenyum kecil dan memberhentikan kereta di tepi jalan.

Jaket berzip yang berada di seat belakang diambil lalu diletakkan di atas badan Darweena. Pasti dia kesejukan.

Tubuh Darweena bergerak-gerak menyelesakan kedudukannya. Nampak tenang je wajahnya yang sedang tidur

"Tidur lah. Nanti dah sampai saya kejut awak." bisik Ariz.

🌼🌼🌼🌼🌼

"Aween, bangun. Kita dah sampai." kejut Ariz lembut. Tapi Darweena tidak mempunyai tanda-tanda ingin bangun.

"Darweena. Bangun." Ariz menjerit di tepi telingan Darweena.

Celik terus mata Darweena. Dia menggosok-gosok matanya bagi memghilangkan rasa mengantuk.

"Arghhhh."

PANG

"Auwww."

"AWAK BUAT APA DEKAT SAYA HAH?" Darweena menolak kuat tubuh Ariz.

Dia terkejut apabila buka saja mata, wajah Ariz terpampang di depan mukanya. Tangannya disilangkan pada dadanya.

"Mana ada saya buat apa-apa. Saya nak kejut awak je." balas Ariz sambil menggosok-gosok pipinya yang perit akibat tamparan padu daripada Darweena.

"Kita dah sampai ke?" tanya Darweena sambil memandang sekelilingnya. Macam pernah tengok tapi tak pernah tengok.

"Dah. Keluar lah. Kita pergi makan dulu." suara Ariz dingin.

Darweena mengalih pandangan ke arah Ariz. Arh sudah. Merajuk pula mamat ni. Kena pujuk lah nanti ni.

"Kita dekat mana sekarang?" soal Darweena setelah dia keluar dari kereta Ariz.

"Bagan Lalang." jawab Ariz. Nadanya masih dingin.

Darweena berjalan di belakang Ariz yang ingin menuju ke sebuah kedai makan.

"Ermm. Ariz."

Ariz meng-hmm-kan saja. Merajuk kan. Hahaha. Nasib kau lah Darweena. Siapa suruh tampar mamat tu.

"Saya minta maaf. Saya tak sengaja." Darweena menunduk. Sempat matanya memadang belakang tubuh Ariz yang sedang berjalan. Dia juga berjalan.

"Auchhh."

Darweena menggosok dahinya. Dia memandang ke hadapan. Tubuh Ariz. Ermm dada Ariz. Yang sasa.

"Lain kali jalan pandang depan. Kan dah dapat sakit." Ariz membongkokkan badannya agar menyamai tinggi Darweena.

"Saya minta maaf tampar awak tadi."

"Takpe lah. Sikit je. Setakat tapak tangan awak yang kecil ni. No hal lah." Ariz tersenyum.

"Tapi pipi awak merah."

"Jangan lah tegur. Jatuh air muka saya sebagai lelaki yang macho." Ariz menegakkan kembali badannya. Mulutnya dimuncungkan.

Darweena ketawa.

"Dah lah muncung tu. Kata nak makan jom."

"Ok. Lepas ni kita jalan-jalan dekat pantai."

"Menurut perintah Tengku." tabik Darweena.

Sepanjang hari itu mereka berseronok sehingga tiba waktu pulang. Kedua-dua mereka kelihatan seperti pasangan kekasih yang bahagia. Sampai orang ingat diorang dah kahwin.

Sampai di tempat parking hotel. Darweena mengucapkan terima kasih kepada Ariz. Dia kemudian pulang ke rumahnya. Ariz mengatakan bahawa Tengku Izam memberikan dia cuti pada hari itu. Jadi balik je lah.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang