Satu tahun kemudian...
"Thank you for coming." Darweena tersenyum ke arah pelanggannya yang melakukan pembayaran.
Dia memandang sekeliling. Keadaan yang tadinya hiruk pikuk kini menjadi lenggang semula. Waktu makan tengah hari sudah berlalu sebab itu lah sudah tidak ramai pelanggan.
Darweena tersenyum. Sudah setahun dia membangunkan restoran ini. Alhamdulillah. Semakin lama restorannya semakin maju. Semakin disebut dan menjadi tarikan ramai.
Selain daripada membuka kedai, dia menyediakan khidmat katering bagi sesiapa yang ingin melakukan majlis.
Tak kira lah masakan apa, semua dia boleh lakukan.
"Haih bos. Tersenyum nampak. Terkenangkan seseorang yang istimewa dalam hati ke?"
Darweena menoleh. Seorang pekerjanya menghampirinya. Nak membawang lah tu. Mentang-mentang pelanggan dah berkurang.
"Banyak lah awak. Siapa lah yang nak dekat saya ni."
"Eh. Apa pula takde yang taknak. Bos ni dah lah cantik bergetah macam ni. Takkan lah tak nak. Ramai yang beratur tunggu bos. Bos je jual mahal."
"Ya. Saya tak sedia lagi untuk sebarang hubungan."
"Alah. Lambat lagi lah kami boleh makan nasi minyak bos." seorang lagi menyampuk.
"Dah dah merapu pulak. Ni yang datang membawang ni takde kerja ke?" Darweena memandang kedua-dua pekerjanya. Nur dan Aizat.
"Takde bos. Semua dah settle." ujar Aizat dengan nada bangganya.
"Ya lah tu."
"Ye lah bos. Kami kan perkerja bos yang berdedikasi. Kerja mestilah mantap."
"Herm. Nak bodek ke apa ni?"
"Eh mana ada bos."
Mereka bertiga ketawa.
"Hoi hoi hoi mate mate. Gelak tak ajak." seorang lagi muncul. Umar seorang pelayan. Dia masih belajar dan bekerja part time sahaja. Umar ni Tengku juga. Tengku Umar Arridzhan.
"Lah. Nak gelak pun kena ajak ke? Bukan kau tu selalu gelak sendiri ke?" balas Nur.
Yeah. Umar ni memang jenis cepat terhibur. Tengok orang gelak dia pun tergelak sama. Agaknya ada lah yang menganggapnya orang gila.
"Bukan tu lah maksud lah maksud aku. Dah lah. Ha apa cerita ni?"
"Takde cerita apa-apa sembang kosong je." jawab Aizat.
Umar mengambil satu kerusi di meja makan dan duduk bersama di kaunter.
"Bos. Weekend ni saya nak minta cuti bos. Saya nak buat persiapan sikit untuk balik Malaysia. Nak lawat keluarga. Kena bawa buah tangan sikit." kata Umar.
"Weekend ni? Hurmm. Saya rasa nak tutup kedai je hujung minggu ni."
"Cantik bos." Aizat menepuk tangan gembira. Fuhh seronok dengar restoran tutup.
"Kau ni pantang betul dengar kedai tutup. Bos, buang je lah Aizat ni." Nur menyampuk.
"Eh. Suka hati aku lah. Yang kau sibuk-sibuk nak suruh bos buang aku kenapa?"
"Sebab otak kau tu asyik cuti je. Kerja malas."
"Eh bila masa aku malas kerja hah? Elok je aku bekerja kau tu je tak nampak aku buat kerja. Asyik nampak yang aku ni malas je."
"Dah dah. Asyik gaduh je. Bagi kahwin nanti kang. Bergaduh lah korang berdua dalam bilik." Darweena mencelah.
Bingit mendengar pertengkaran antara Aizat dengan Nur. Dari dulu sampai sekarang tak berhenti bergaduh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Only You [C]
RomansaTengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk...