Darweena memberhentikan keretanya di hadapan rumah. Kunci kereta dikunci selepas dia keluar dari perut keretanya.
Langkah diatur ke pintu rumah. Dahi berkerut apabila melihat banyak kasut yang berada di hadapan rumahnya.
Dia menoleh. Ada sebuah kereta yang bukan milik keluarga. Ada tetamu lah ni. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah.
Benda pertama dia lihat adalah tetamu yang berada di ruang tamu. Tengku Atif dan keluarga. Baru minggu lepas saja mereka berjumpa dan hari ni berjumpa lagi.
"Aween. Duduk sini." panggil Tengku Dhiya memanggilnya duduk di sebelahnya.
Darweena hanya mengikut tanpa kata. Dia melabuhkan duduk di sebelah Tengku Dhiya. Sempat dia memberikan isyarat kepada Darneela dan Dareel bertanyakan ada apa mereka di sini.
Mereka berdua serentak mengangkat bahu.
"Darweena ok ke? Katanya beberapa hari lepas kaki terseliuh?" tanya Tengku Atif.
"Dah ok dah. Terseliuh sikit je."
"Alhamdulillah."
"Aween. Aween kenal kan dengan Aril? Minggu lepas kita jumpa." Tengku Dhiya berkata.
Darweena memandang Tengku Dhiya di sebelahnya.
"Tak juga. Kenal macam tu je lah. Kenapa?" balasnya.
"Macam ni." Tengku Dhiya menggenggam tangan Darweena.
"Mama, papa, aunty dengan uncle cadang nak jodohkan Aween dengan Aril." sambungnya.
Mata Darweena membulat.
"What?" Darweena bersuara perlahan sambil memandang Tengku Dhiya.
"Ya. Mama dengan papa dah setuju. Jadi Aween pula macam mana? Aril pun setuju juga." kata Tengku Dhiya teruja.
Siapa je tak teruja bila bestfriend sendiri akan jadi satu keluarga nanti. Gosip memanjang siang malam.
Darweena tidak membalas. Dia memandang wajah Tengku Atif yang juga seperti berharap. Bukan kah sebelum ni dia tak sukakan Darweena.
Mata Darweena teralih pada Ariz yang duduk di sebelah isterinya, Haura. Dia kelihatan menggenggam tangannya sendiri. Darweena memandang pelik. Tak puas hati ke?
Perlahan-lahan bibir Darweena menarik senyum dalam diam. Let's play Tengku Ariz Zeyyan. Saya akan pastikan awak kalah dalam game awak sendiri.
"Oklah. Aween setuju." Darweena mengukir senyuman manis kepada mama dan papanya serta Tengku Atif dan Tengku Izam.
"Alhamdulillah." mereka di situ mengucapkan syukur.
Darweena memandang Aril yang sejak tadi berdiam diri. Bersama wajah tanpa riaknya. Apabila mata mereka bertemu, Darweena mengukirkan senyuman manis.
'Maaf Aril. Saya terpaksa gunakan awak.' bisik hati Darweena.
"Jadi sekarang, Aween dan Aril dah bertunang." Tengku Atif bangun bersama satu kotak baldu di tangannya.
Tengku Dhiya memberi ruang untuk Tengku Atif menyarungkan cincin tunang pada jsri Darweena. Dareel pula maju ke depan mereka sebagai jurugambar tak berbayar.
Tengku Atif menarik Darweena ke dalam pelukannnya. Darweena tersentak apa diperlakukan begitu. Pelukan Tengku Atif tidak dibalasnya.
"Maafkan aunty pasal benda sebelum ni. Aunty yang rancang semuanya. Gambar-gambar tu... Aunty dah sedar kita tak sepatutnya menilai seseorang hanya dengan pandangan mata. Maafkan aunty. Terima kasih sebab sudi terima Aril. Ni salah satu tanda aunty minta maaf sebab pisahkan Aween dengan Ariz." bisik Tengku Atif di telinga Darweena.
Jantung Darweena gugur mendengarnya. Tengku Atif yang merancangnya? Darweena menahan perasaannya.
Tengku Atif melepaskan pelukan. Kedua-dua belah pipi Darweena disentuhnya.
"Saya maafkan." Darweena memberikan senyuman.
Teringat pesan mamanya, kalau orang minta maaf, maafkan je lah. Sedangkan nabi pun maafkan umatnya. Takkan lah kita ni pula nak sombong.
"Terima kasih."
"Eh jom lah kita makan. Nanti sejuk tak sedap." kata Tengku Dhiya.
Semua mula bangun ke meja makan. Darweena berjalan ke dapur. Tiba-tiba dia seperti mendengar sesuatu di telinganya.
"Kau perempuan sundal tak layak dalam keluarga aku." suara itu berbisik ke padanya.
Darweena menoleh sedikit.
"You wanna play? Let's play. Saya akan pastikan awak yang melutut minta maaf pada saya." Darweena tersenyum sinis.
"Ha jemput lah makan."
"Wah. Nampak sedap je ni Dhiya." puji Tengku Atif.
"Takde lah. Masakan kau pun apa kurangnya."
Mereka berdua ketawa. Sepanjang mereka makan, Darweena perasan dirinya asyik diperhatikan. Siapa lagi kalau bukan Ariz yang tidak puas hati padanya.
🌼🌼🌼🌼🌼
"Mama papa." panggil Ariz setelah mereka masuk ke dalam rumah mereka.
Tengku Atif dan Tengku Izam memandang ke arah Ariz dengan wajah pelik. Dah kenapa anak seorang itu. Balik-balik terus nak melenting.
Haura juga pelik dengan sikap suaminya yang tiba-tiba berubah.
"Kenapa mama dan papa nak jodohkan Aril dengan Darweena?" tanya Ariz sedikit kuat.
"Kenapa? Salah ke?" balas Tengku Atif.
"Mama. Mama tak ingat ke perempuan sundal tu. Yang pergi kelab malam dengan jantan lain. Lepas tu mama nak jodohkan dia pula dengan Aril." jerkah Ariz. Timbul urat-urat di dahi dan lehernya.
"Ariz. Jangan tinggikan suara kamu pada kami." Tengku Izam membalas kuat.
"Abang." Haura menghampiri Ariz. Dia ingin memegang lengan Ariz supaya suaminya itu bertenang.
Namun tindakan Ariz menepis tangan Haura menyebabkan Haura jatuh terduduk di atas lantai.
"Arhh."
"Kak Haura."
"Haura."
Tengku Atif dan Aralyn menghampiri Haura. Dia memegang tangan Haura untuk membantu Haura bangun namun Haura tidak mampu bangun.
"Mama... Sakit." Haura memegang perutnya yang sakit.
"Haura. Kenapa? Sakit dekat mana?" tanya Tengku Atif.
"Sakit." Haura seakan-akan ingin meraung. Air matanya mengalir keluar.
Ariz pula hanya diam berdiri kaku di tempatnya. Matanya terpandang darah yang mengalir dari Haura.
"Ya Allah abang. Darah." Tengku Atif kalut. Tengku Izam menghampiri.
"Tunggu apa lagi? Call ambulans." kata Tengku Izam kuat.
Ariz segera mengeluarkan telefonnya lalu menelefon hospital terdekat. Setelah menelefon dia menghampiri Haura.
"Sayang please tahan. Abang minta maaf." Ariz mencium tangan isterinya.
"Sakit." air mata Haura mengalir laju.
Ini ke yg korang nanti-nanti kan? Hahahah. Wait for the next chapter...

ANDA SEDANG MEMBACA
Only You [C]
RomanceTengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk...