SPH 15

2.1K 157 4
                                    

Darweena datang ke hotel seperti biasa. Bukan untuk bekerja, namun untuk mengambil beberapa barangnya yang ditinggalkan di dalam loker.

Darweena hanya mengukirkan senyuman nipis kepada yang berada di dapur. Dia terus masuk ke dalam bilik persalinan.

"Aween." kak Wana, Fina dan Intan yang berada di bilik itu mendekatinya dengam wajah sedih.

"Aween. Betul ke kau kena..." Intan tidak dapat menghabiskan ayatnya. Dia terus menunduk.

"Pecat." ujar Darweena.

Intan menganggguk-angguk.

"Ya."

Esakan dari Fina terlepas. Laju saja tubuh Darweena dipeluknya erat. Darweena menepuk belakang Fina.

"Aween. Jangan lah tinggalkan kitorang."

"Sorry. Aku dah kena pecat. Mana boleh ada dekat sini lagi."

"Kalau macam tu biar aku merayu dekat Tengku Ariz untuk batalkan pemecatan kau."

Darweena memegang bahu Fina. Dia menepuk perlahan dan menggeleng kecil. Senyuman nipis tidak lekang dari bibirnya.

"Tak payah lah. Mungkin setakat ni je rezeki aku dekat sini."

"Aween." kini Intan pula menghampirinya lalu memeluknya. Cuma bezanya dengan Fina, Intan tak menangis. Tapi jelaslah wajahnya sedih.

"Dah jangan lah nangis. Cair makeup nanti." Darweena cuba membuat lawak namun lawaknya dihambarkan. Erkk.

Intan melepaskan pelukan. Dia hanya menunduk menyorok wajah sedihnya.

"Aween." Kak Wana menghampirinya lalu memeluk.

Darweena membalas pelukan wanita yang sudah dianggap kakaknya itu. Dari awal dia bekerja lagi Kak Wana banyak membantunya. Sampai dirinya terasa seperti adik Kak Wana.

"Aween sabar lah ya. Kitorang yakin Aween tak buat semua tu. Kitorang kenal sangat-sangat Aween macam mana." kata Kak Wana selepas dia melepaskan pelukan.

"Ya Aween. Kitorang percaya kau. Sepanjang 6 bulan aku kenal kau, aku dah anggap kau kawan baik aku. Aku tahu kau tak buat macam ni. Ada orang cuba nak fitnah kau." sokong Fina.

"Biar lah. Benda dah lepas. Aween dah tak nak tinggal sini. Aween nak balik rumah parents Aween. Mungkin Aween takkan jejak Malaysia ni lagi."

"Rumah parents Aween dekat mana? Nanti boleh kitorang datang lawat." tanya Kak Wana.

"London."

Kak Wana, Intan dan Fina terkejut.

"London?" wajah Intan seperti tidak percaya.

"Ya. Parents Aween dekat London. Adik-adik pun dekat sana. Tinggal Aween je dekat Malaysia." Darweena ketawa kecil.

Rasa lawak pula melihat wajah terkejut mereka.

"Bila flight?"

"Pukul 10 malam."

"Baguslah. Kitorang nak hantar Aween pergi airport." kata Kak Wana.

"Tak payah lah. Mesti penat nanti baru habis kerja."

"Takpe. Demi kau kitorang sanggup ketepikan rasa penat." ujar Intan dipersetujui oleh Fina.

"Suka hati lah."

"Rumah Aween dengan kereta Aween macam mana?"

"Aween cadang nak jual kereta Aween dan sewakan rumah Aween. Nanti ada orang yang akan uruskan nanti."

Mereka mengangguk.

"Ok lah. Aween nak kemas barang-barang Aween dalam locker."

"Ok. Kami keluar dulu. Nanti Aween, kita berbual lah dekat luar dulu."

"Ok."

Selepas mengemas barang, Aween keluar dari bilik persalinan itu. Barangnya di dalam locker bukannya banyak. Hanya gambar keluarga dan topi chef yang akan menjadi kenangan padanya.

"Aween."

"Aween."

"Aween."

"Aween."

Darweena ketawa apabila hampir satu dapur menyebut namanya. Kemudian mereka memandang antara satu sama lain. Comel betul.

"Aween jaga diri dekat London nanti." kata Uncle Rafiq.

"Ya."

"We will miss you, Aween." kata Adam sayu.

"Me too. Aween nak cakap terima kasih dekat semua. Dari awal Aween datang sini, sampai sekarang. Semua banyak bantu Aween."

"Aween, kita kan satu keluarga." Haikal berkata.

"Aween sayang sangat dengan semua. Aween nak minta maaf kalau Aween ada salah silap selama Aween dekat sini."

"Aween takde salah langsung." Kak Wana memegang bahu Darweena.

"Jangan lupakan kitorang." ujar Riyan sambil menunduk.

"Takkan. Korang dah macam keluarga Aween sendiri." setitik air mata Darweena jatuh. Perpisahan yang memeritkan.

"Kami minta maaf Darweena. Kami tak dapat nak buat majlis perpisahan untuk awak."

"Takpe ketua chef. Dapat jumpa macam ni pun, Aween dah cukup gembira. Gembira sangat."

Keadaan mereka sunyi. Hanya kedengaran esakan dan bunyi masakan dimasak. Itupun terasa hambar.

"Aween nak minta sesuatu."

"Apa dia?"

"Tolong rahsiakan yang Aween dekat London. Aween tak nak sesiapa tahu dekat mana Aween berada terutamanya Tengku Ariz." kata Darweena.

"Baiklah." semua menjawab.

"Hug." Darweena membuka tangannya ke arah Kak Wana, Intan dan Fina. Mereka masuk ke pelukan Darweena. Ya hanya mereka sahaja pekerja perempuan.

"Aween balik dulu."

"Jaga diri." kata ketua chef mewakili semua.

Darweena mengangguk kecil kemudian keluar dari dapur hotel itu... Untuk selamanya... Mungkin.

Dia melintasi ruangan lobi hotel. Matanya menangkap figura Ariz yang berjalan bertentangannya. Tubuhnya lengkap berpakaian sut kerja. Hensem.

Darweena hanya berjalan melepasi Ariz tanpa memandangnya. Begitu juga Ariz. Mereka seakan-akan sudah tidak mengenali antara satu sama lain.

Mungkin itu lebih baik.

🌼🌼🌼🌼🌼

Darweena memasuki kabin pesawat kelas eksekutif. Senyuman diberikan kepada pramugari yang berada di situ. Dia duduk di tempat duduknya yang telah ditetapkan.

Cantik. Tepi tingkap.

Darweena memandang ke luar tingkap. Fikirannya melayang kepada apa yang akan ditinggalkan di bumi Malaysia. Yang akan menjadi kenangan.

Tengku Ariz Zeyyan.

Sebaris nama yang pernah mewarnai hidupnya walaupun sekejap. Namun nama itu juga yang merobek hatinya saat perasaan cinta mula mekar dalam hati.

Jika masa boleh diputar kembali, dia tak mahu kenal dengan Tengku Ariz Zeyyan. Jika masa boleh diputar kembali, dia tak mahu dekat dengan Tengku Ariz Zeyyan.

Namun segalanya terlambat. Kini hanya tinggal kenangan. Kenangan yang menyakitkan. Sungguh dia tak sangka Ariz berubah sebegitu.

Darweena memejam matanya. Nafas berat dilepaskan. Segala tentang Ariz dibuang dari kepalanya. Kalau boleh tak nak ingat langsung tentang Ariz.

'I'm gonna start new life. Without any memories... About him.' bisik hati Darweena.

Ya. Dia akan memulakan hidup baru. Bersama keluarganya. Segala di Malaysia akan dilupakannya terutamanya Tengku Ariz Zeyyan.

Dia akan menjadi Tengku Darweena yang baru.

Only You [C]Where stories live. Discover now