Yeayy. Update lagi.
"Kau jaga diri dekat sana. Jangan buat benda pelik-pelik. Sampai nanti call aku. Kau still simpan kan nombor Malaysia aku." pesan Aril kepada Darweena.
"Ya ada. Kau jangan risau lah. Nanti aku call kau selalu ya, Aril." balas Darweena.
"Bagus." Aril mengangkat kedua-dua ibu jarinya di hadapan Darweena.
"Dah lah aku masuk dulu. Kau pun jaga diri dekat sini."
"Ya aku tahu."
"Bye Aril."
"Bye Weena."
Darweena berjalan ke arah balai pelepasan.
"Jap Weena."
Darwerna menoleh. Sebelah kening diangkat kepada Aril.
"Aku sayang kau... Sebagai kawan dan adik aku."
Darweena mengukir senyuman nipis.
"Aku pun sayang kau sebagai kawan dan abang aku."
Mereka berdua berbalas pandangan.
Darweena melambai kecil ke arah Aril sebelum masuk ke balai pelepasan penerbangan Malaysia ke London.
Keluarga Darweena telah masuk terlebih dahulu kerana Darweena ingin bercakap sedikit dengan Aril.
Aril memandang Darweena sehingga hilang dari pandangannya. Aril berpusing ke belakang untuk berlalu pergi.
Langkahnya terhenti apabila ternampak kelibat seseorang yang berdiri di sebalik tiang. Mata lelaki itu memandang ke balai pelepasan.
Sekali pandangnya saja. Aril sudah tahu siapa. Well, manusia dan ego memang tak boleh dipisahkan. Bila dah terlambat... Dapat tengok dari jauh je lah.
🌼🌼🌼🌼🌼
"Apa hal nak jumpa aku?" tanya Ariz apabila duduk di kerusi hadapan Aril.
Aril menyerahkan satu air Starbucks kepada Ariz yang duduk di hadapannya itu. Dia memandang Ariz tanpa perasaan.
"Jangan tengok aku macam tu. Nanti orang fikir kita gay dan aku curang dengan kau. Tak pasal-pasal jatuh air muka handsome aku ni." kata Ariz berselang dengan tawa.
Aril menggulingkan bebola matanya. Tubuhnya dari bersandar ditegakkan.
"Jangan nak merepek. Dah sah-sah lah diorang tahu kita adik beradik sebab muka kau tu copy muka aku." balas Aril.
"Eh. Apa pula aku copy muka kau. Kau yang copy muka aku. Ingat sikit eh. Aku lahir dulu dari kau." Ariz memandang Ariz atas bawah.
Aril berdecit perlahan lalu memandang ke luar cermin Starbucks.
"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" soalan yang tergendala akibat perbalahan kecil ditanya kembali.
"Aku nak tanya pasal Weena. I mean Darweena." balas Aril.
"Kenapa dengan dia?"
"Kau masih cintakan Darweena kan?"
Wajah Ariz terus berubah. Dari wajah biasa terus menjadi serius.
"Kenapa kau tanya?"
"Salah ke aku tahu apa perasaan kau dekat bakal isteri aku?" soalan dibalas soalan.
Dapat dirasakan suasana tegang antara Ariz dan Aril. Mata masing-masing bertatapan tajam antara satu sama lain.
"Soalan kau ni macam tak sesuai lah." ujar Ariz lalu bersandar pada kerusi.
Aril mengangkat sebelah keningnya.
"Aku dah ada Haura. Buat apa lagi aku nak simpan perasaan dekat Darweena. Tambah-tambah pula dia akan jadi milik kau. Kembar aku sendiri. Takkan lah aku nak rampas dia kot." terang Ariz panjang lebar.
Aril mengangguk-angguk.
"Bagus lah kalau macam tu. Bukan apa bro, aku kesian dekat Haura. Dia cuma bergantung pada kau je lepas semua family dia meninggal haritu." kata Aril.
"Aku tahu." Ariz mengangguk-angguk.
"Herm. Kau dah minta maaf ke belum dekat Weena?" tanya Aril.
Ariz mengeluh perlahan. Dia menekur ke arah airnya.
"Belum. Aku takde peluang nak jumpa dia lagi. Lagipun segan aku. Lepas apa yang aku buat dekat dia. Aku menyesal. Kalau semua benda ni tak jadi, dah lama aku bahagia dengan dia."
"Semua yang berlaku ada hikmahnya. Walau macam pun, bro. Kau kena minta maaf juga dekat dia."
"Aku tahu tu. Tapi aku belum bersedia lagi nak bersemuka dengan dia."
"Takpe lah. Aku faham."
🌼🌼🌼🌼🌼
Badan digolekkan ke kiri dan ke kanan. Sesekali dia merengangkan badannya yang sengal akibat terlalu lama di dalam kapal terbang.
Jam di dinding menunjukkan pukul 5 petang. Hampir dua jam juga lah dia tidur.
Darweena sekeluarga selamat sampai di London pada pukul 3 petang waktu London. Dalam keadaan penat, mereka pulang dan terus merehatkan diri maaing-masing.
Darweena mengambil telefon pintarnya yang diletakkan bawah bantal. Dia membuka aplikasi Whatsapp lalu mencari contact Aril.
Dia sendiri tidak pasti sama ada Aril audah tidur atau belum. Kerana di waktu Malaysia ketika itu semestinya pukul 12 malam.
Tapi melihatkan perkataan online di bawah bama Aril, terus Darweena menekan-nekan pad kekuncinya. Butang send ditekan. Beberapa minit kemudian, Aril membalas.
ARIL ZEY📌
onlineYow. Aku dah sampai. Dua jam lepas.
Lepas tu aku tidur.Bagus lah. Good day. Aku dkt sini
goodnight.Ye lah. Gn. Sweet dream.
K
Darweena keluar dari chat Aril. Matanya terlihat satu chat dari nombor peribadi. Terus dia membuka chat tersebut.
Have a safe flight✨
Dahi Darweena berkerut. Dia hanya meninggalkan bluetick lalu menutup telefonnya lalu membawa ke meja belajarnya untuk dicas.
Dia mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan tubuhnya yang terasa berlengas.
Selepas mandi dia ingin menyediakan minum petang untuk keluarganya dan pergi ke restoran miliknya.
Macam mana lah keadaannya setelah 3 hari meninggalkan restorannya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Only You [C]
RomanceTengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk...