SPH 3

2.5K 161 86
                                    

Darweena meletakkan beg ke dalam lockernya di bilik persalinan. Bajunya ditukar kepada baju chefnya.

Tudung dibetulkan sebelum memakai topi chef yang dihadiahkan oleh ketua chef beberapa bulan lepas.

Dia kemudian duduk di bangku. Telefon pintar dikeluarkannya. Lagi 20 minit, waktu kerjanya bermula. Sempatlah duduk sebentar.

Aplikasi instagram dibukanya. Bukannya ada apa pun. Setakat gambar-gambar yang dikongsi. Akaun miliknya baru mencecah 400 follower. Ya. Dia bukannya famous.

Tak lama kemudian, pintu bilik persalinan dibuka dari luar. Darweena menoleh.

"Eh Aween. Morning. Awal datang." tegur kak Wana yang masuk bersama Intan.

"Morning. Saja nak datang awal." balas Darweena bersama senyuman.

"Macam ada apa-apa je datang awal ni." ujar Intan.

"Ada apa?"

"Ye lah. Orang tu kan dah jadi pemilik hati Tengku Ariz. Pandang pertama pula tu." perkataan pemilik hati ditekankan oleh Intan.

"Takdenya. Aween tak minat lah Tengku Ariz tu. Sikit pun tak. Tak nak kenal pun dia."

"Ye lah Aween. Jangan nanti Aween jatuh hati pula dengan Tengku Ariz tu. Masa tu pula, Tengku Ariz dah berpunya. Habis lah Aween."

"Takde nya kak." Darweena mambalas kata-kata Kak Wana.

"Suka hati lah. Jom masuk dapur. Kang marah pula ketua chef kita tu." ajak Kak Wana.

Darweena menyimpan semula telefonnya. Masa untuk bekerja. Lets go Darweena.

Pagi-pagi ini, selalu disediakan makanan sarapan pagi. Makanan yang ringkas saja perlu disediakan. Contohnya, nasi goreng, mi goreng, nasi lemak dan roti.

Selalunya hidangan sarapan pagi ni uncle Rafiq yang buatkan. Turut dibantu oleh pembantu chef dan juga dirinya sendiri.

Darweena mengeluarkan ikan bilis untuk dibasuh. Seterusnya, sayur frozen dimasukkan ke dalam bekas dan turut dibasuh. Kemudian dia meletakkannya pada satu sudut dapur.

"Darweena."

Darweena menoleh. Uncle Rafiq menghampirinya.

"Hari ni ada 2 tempahan makan malam. Pukul 8 malam dan 10 malam." kata Uncle Rafiq.

"Okey. Aween kena OT lah hari ni."

"Takpe dapat bonus nanti Tengku Izam bagi. Masyuk masyuk."

Mereka berdua ketawa.

"Ok lah. Uncle nak menggoreng. Karang lambat pula nak siapkan sarapan dan makan pagi dekat penghuni hotel ni."

"Ok Uncle. Aween nak potong yang lain ni."

Mereka berdua mula berpecah untuk melakukan kerja masing-masing. Ye lah. Nanti lambat pula. Marah penghuni hotel.

Tepat pukul 7.30, segala siap terhidang oleh waiter dan pembantu chef. Laju je kan buat kerja.

Memang semua pekerja di sini dipuji ramai kerana menyediakan hidangan dengan pantas dan sedap. Sebab itulah hotel ini menjadi tarikan orang lain untuk menginap di sini.

"Semua. Ni uncle ada masak lebih. Meh makan dulu sikit." panggil uncle Rafiq.

"Yeay makan." Fina keseronokan. Dia ni memang kuat makan tapi badan tak naik.

"Nanti lepas makan buat kerja balik." tiba-tiba, suara ketua chef yang entah dari mana menyampuk.

Semua yang sudah duduk kembali berdiri memberi hormat. Ketua kot.

Only You [C]Where stories live. Discover now