Ramai nak tahu kesudahan Aril. So... Here it is. Tapi ini masa Aril umur 31 tau. Kiranya 5 tahun kemudian. Bukan 9 tahun.
Aril berjalan di lobi syarikat menuju ke pintu keluar syarikat yang kini menjadi tempatnya bekerja sebagai CEO.
Apabila semakin menghampiri pintu keluar, tiba-tiba saja tubuhnya dirempuh dari belakang sehingga menyebabkan Aril maju beberapa langkah.
"Eh eh. I minta maaf. I nak cepat." ucap seorang wanita yang melanggarnya.
"Mata kau letak kat mana?" tengking Aril kepada wanita yang berpakaian menutup aurat namun sedikit diva.
Wanita itu tersentak apabila ditengking sebegitu. Panas pula rasanya ni. Dah lah hari ni mood swing.
"I dah minta maaf kan. Lagipun I tak sengaja. I nak cepat." balas wanita itu.
"Tak cepat pun takkan tak nampak aku yang besar ni berjalan dekat sini." bidas Aril.
"I. Minta. Maaf." katanya satu persatu.
"Kalau aku tak nak maafkan?"
"You ni kurang ajar lah. You tahu tak I siapa? I ni pemegang saham terbesar dekat syarikat. You sebagai pekerja bawahan sepatutnya hormat I."
Kata-kata wanita itu membuatkan Aril ketawa besar. Jarinya diangkat menunjal dahi wanita itu.
"Hey. Don't you dare to touch me." wanita itu menepis kasar tangan Aril.
"Pekerja bawahan? Kau tengok muka aku ni betul-betul. Ada macam pekerja bawahan ke?" soal Aril.
"Yes. Muka you macam cleaner dekat sini je."
Aril tersenyum. Kemudian matanya terlihat salah seorang pekerja yang berjalan menuju ke kaunter reception.
"Liana." panggil Aril.
Pekerja yang bernama Liana terus menoleh. Dia menghampiri Aril.
"Ada apa Tengku?" tanya Liana.
Mata wanita tadi terus membulat. Tengku?
"Siapa ni?" tanya Aril sambil menunjuk ke arah wanita itu.
"Ini Cik Puteri Aysara Alyah. Dia adalah pemegang saham kedua terbesar syarikat ni."
Aril mengangguk faham.
"Cuba awak jelaskan dekat dia ni siapa saya. Tadi dia kata saya ni cleaner dekat sini."
Liana mengemam mulut menahan tawa. Alahai cik Aysara ni.
"Cik Aysara, ni Tengku Aril Zeyyan. Dia CEO dekat syarikat ni. Bukan cleaner." ujar Liana.
Aysara mengetap bibir sambil memandang tajam ke arah Aril. Aril yang menarik senyum sinis membuatkan Aysara tercabar.
Dengan kasut tumit tingginya, dia memijak kaki Aril lalu berjalan pergi.
"Aww. Hey perempuan. Suka hati kau je pijak kasut aku. Kasut ni mahal tau." jerit Aril tidak puas hati.
Namun Aysara hanya membuat tidak tahu lalu memasuki kereta yang menunggunya di hadapan pintu masuk.
Setelah kereta itu hilang dari pandangan. Satu senyuman terbit di bibir Aril. Hatinya terasa berbunga-bunga apabila mengingatkan Aysara.
"Hermm Tengku. Jatuh cinta pandang pertama ke tu?" kata Liana di sebelahnya yang menyedari senyuman Aril.
"Ish karut lah. Tak minat lah saya dekat minah psycho macam dia." balas Aril.
"Ye ke tu Tengku. Mulut boleh menipu, hati tak boleh menipu tau. Kalau suka, baik cepat-cepat. Nanti kena sambar orang."
"Dah lah merepek je awak ni. Sambung kerja."
"Aip aip Tengku."
🌼🌼🌼🌼🌼
"Puteri Aysara Alyah."
Aysara membuat roll eyes apabila namanya dipanggil dari tingkat bawah. Dia yang berada di tangga menuruninya semula.
"Nak apa?" tanya Aysara acuh tak acuh kepada wanita dan lelaki di hadapannya.
"Duduk dulu, Sara." kata lelaki itu yakni ayahnya, Dato Mustaqim.
Aysara tanpa bantahan duduk di sofa bertentangan dengan sofa yang ayahnya duduk. Dia menjeling menyampah wanita yang duduk di sofa double bersama seorang kanak-kanak perempuan.
Memang dari dulu dia tidak menyukai wanita yang bergelar ibu tirinya itu. Datin Sarina. Juga adik sama ayah lain ibu, Puteri Natasya Sari.
"Papa dah buat keputusan. Minggu depan kita pindah ke Paris." kata Dato' Mustaqim.
"Pindah Paris? For what?" balas Aysara bersama kerutan di dahi.
"Kita buka cawangan syarikat dekat sana."
"Sara tak nak ikut. Sara nak duduk Malaysia."
"Sara nak duduk dengan siapa dekat sini?" tanya Dato' Mustaqim kerana dia tidak menyetujui Sara.
"Sara boleh duduk seorang lah. Sara bukan budak kecil lagi. Tahun ni dah 27 dah."
"Papa tak benarkan. Sara kena ikut kami."
"No. Sara nak duduk dekat Malaysia." tegas Sara.
Aysara dan Dato Mustaqim berbalas pandangan. Tiba-tiba Datin Sarina menyampuk mereka.
"Biar je lah abang Sara duduk sini. Dah besar dah pun budak tu. Pandai lah dia jaga diri." kata Datin Sarina.
Dato Mustaqim berdiam diri. Otaknya lugat berfikir tentang Aysara. Berat hati ingin meninggalkan Aysara kerana dia adalah anak kesayangannya.
Tambahan pula Aysara adalah seorang perempuan. Macam mana kalau...
"Baik lah. Papa benarkan. Tapi dengan satu syarat."
Wajah Aysara kelihatan riang apabila mendapat kebenaran tetapi kembali muram apabila mendengar perkataan syarat.
"Apa dia pula."
"Dalam masa seminggu ni, papa nak Sara cari lelaki yang sesuai untuk jadi suami Sara. Pendek kata, papa nak Sara kahwin supaya ada orang yang akan jaga Sara dekat sini."
"What??" Aysara berdiri kerana terlalu terkejut.
"Kalau dalam masa seminggu Sara tak dapat jumpa calon suami, Sara kena ikut tinggal dekat Paris. Takde bantahan." kata Dato Mustaqim. Sejurus itu dia terus berlalu pergi.
Diikuti juga Datin Sarina dan Puteri Natasya.
Aysara mengetap bibir tidak berpuas hati. Mana dia nak cari calon suami. Selama ni pun dia tidak mempunyai kawan rapat lelaki.
Walaupun dia seorang perempuan yang agak diva namun dia bukan seseorang yang jenis berfoya-foya dengan lelaki.
"Macam mana ni?" Aysara buntu.
YOU ARE READING
Only You [C]
RomanceTengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk...