SPH 8

1.8K 130 6
                                    

"Hachum."

Sretttt

Tisu yang berhingus itu dicampak ke dalam tong sampah yang diletakkan di atas meja kecil dia hadapannya.

Ini semua gara-gara hujan semalam. Kalau tak kerana perut lapar, tapi tiada makanan di rumah, dia takkan keluar. Dan sudah tentu lah dia takkan dibasahi dengan hujan.

Menyesal dia ke kedai untuk membeli maggi hanya dengan berjalan kaki. Terpaksa juga lah semalam dia berjalan pulang dalam keadaan basah akibat hujan.

"Hachum."

"Benci lah demam ni." Darweena menghentak kakinya tanda geram.

Air lemon suam di atas meja kecil itu diambil lalu dihirup. Dia membaringkan badannya di atas sofa. Selimut tebal tang dibawa dari katilnya ditarik hingga ke paras bahu.

TV yang terpasang ditonton tanpa perasaan. Takde cerita best. Matanya kian layu. Ditambah pula dengan kebosanan bersendirian di rumah itu.

Ting tong

Baru saja ingin terlelap, loceng rumahnya berbunyi. Terbuka terus mata Darweena. Dia mengetap bibirnya.

"Siapa pula yang datang ni. Aku dah lah tak larat." Darweena merungut.

Kakinya mencecah lantai lalu berjalan ke pintu rumah. Sempat dia mencapai tudung sarungnya yang disangkut pada penyangkut yang diletakkan pada dinding.

Pintu rumah dibuka kasar dan terlihatlah figura di hadapannya. Matanya membulat.

"Awak buat apa dekat sini? Macam mana awak tahu rumah saya dekat... Hachumm." Darweena terbersin tanpa sempat menghabiskan ayatnya.

"Itu lah awak. Dah demam jangan lah bebel. Dah lah suara macam orang sengau." figura di hadapannya ketawa.

"Macam mana awak tahu rumah saya dekat sini?" tanya Darweena sekali lagi. Cuma kali ni nadanya agak tenang.

"Ni Ariz Zeyyan lah. Mesti lah saya tahu."

"Awak ikut saya?"

"Maybe." Ariz tersengih.

"Lepas tu apa awak buat dekat sini?"

"Kamarul cakap awak demam, so saya datang bawakan awak makanan dan ubat. Supaya awak cepat sembuh."

Ariz dengan selamba masuk ke dalam rumah Darweena. Tak sempat Darweena nak menghalang.

"Awak keluar lah. Tak elok lah kalau orang tengok kita berdua-duaan dalam rumah ni. Nanti diorang fikir lain."

"Alah buka lah pintu. Lagipun saya tak buat apa-apa pun lah. Awak duduk lah. Takkan nak berdiri. Awak dah lah sakit. Kena rehat."

Darweena membuka pintu seluas-luasnya. Dia menghampiri Ariz yang duduk di sofa dengan wajah tidak selesa.

Ariz yang perasan dengan wajah Darweena itu segera bertanya.

"Awak tak selesa ke saya duduk dekat sini?"

Darweena diam.

"Kalau macam tu saya duduk sana lah. Saya tahu awak tak selesa dekat dengan saya." Ariz menunjuk kepada kerusi yang turut berada di ruangan itu.

Dia kemudian bangun dan duduk di kerusi itu. Darweena tersenyum kecil lalu duduk di sofa.

"Awak makan lah bubur tu. Saya sendiri tau yang masak."

"Awak masak?" soal Darweena tidak percaya. 2 bekas makanan yang dibawa oleh Ariz tadi dibuka. Ada bubur nasi dan sup ayam.

"Awak tak percaya ke? Boleh tanya semua dekat dapur hotel tu. Diorang saksi saya yang masak semua ni." kata Ariz.

Only You [C]Where stories live. Discover now