SPH 28

2.5K 173 17
                                    

Hujan yang tidak terlalu lebat membasahi kota London itu. Darweena tersenyum nipis. Lama rasanya tak berjalan dalam hujan.

Dia bersiap memakai sweater hitam paras peha dan kot labuh berwarna maroon paras lutut beserta seluar slack hitam.

Kasut ankle boot miliknya yang berwarna hitam dipakai. Kemudian dia mengambil payung yang diletakkan di dalam bakul berdekatan rak kasut.

"Eh Aween. Kenapa tak naik kereta? Hujan ni?" tanya Tengku Zaheen apabila melihat anak sulungnya itu berjalan di luar rumah bersama payung.

"Dah lama tak jalan dalam hujan pa. Sekali sekala." balas Darweena bersama tawa kecil.

"Ish. Tak boleh. Naik kereta. Nanti Aween demam." Tengku Zaheen berlari dalam hujan menghampiri Darweena.

Dia menyelit di bawah payung Darweena. Bahu anaknya itu dipegang lalu ditarik bersamanya ke garaj kereta.

"Alah pa."

"Takde alah-alah. Naik kereta."

Darweena memuncungkan mulutnya. Dia meletakkan payung di seat sebelah pemandu.

"Aween pergi dulu pa." Darweena menyalami tangan papanya.

Tengku Zaheen seperti biasalah mencium dahi anaknya itu. Tengku Zaheen memang murah dengan ciuman kepada keluarganya.

Darweena memandu ke restorannya. Keretanya diparking di tempat biasanya. Kereta dikunci lalu terus masuk ke dalam restorannya bersama payung untuk melindunginya dari hujan.

"Morning bos." kata Nur dan Hazim serentak. Mereka berdua kelihatan sedang mengelap cermin restoran yang berkabus.

"Morning. Kerja tau. Jangan asyik dan berbual." kata Darweena.

Nur tersengih malu. Kemudian memandang Hazim yang menggosok tengkuknya.

Darweena meletakkan barangnya di kaunter kemudian masuk ke dalam dapur untuk membuat persiapan restorannya bersama tukang masak.

Ting

Bunyi loceng pada pintu kaca restoran menandakan ada pelanggan yang mulai datang ke restoran mereka.

"Selamat datang... Eh Aril." sapa Hazim.

Terkejut bukan kepalang melihat kembar kawan baiknya di restoran itu.

"Kau kerja sini ke?" tanya Aril.

"Haah. Kerja sementara je. Sambil-sambil tunggu panggilan kerja yang aku minta minggu lepas."

Aril mengangguk faham.

"Duduk lah. Kau nak order apa?"

"Aku bukan nak makan. Aku nak jumpa Darweena. Dia ada?"

"Kenapa kau nak jumpa dia?"

"Ada hal sikit."

"Ok. Duduk lah aku pergi panggil dia."

Aril mengangguk. Dia memilik meja di tepi dinding. Aril memandang sekeliling restoran. Jam baru menunjukkan pukul 8.30 pagi. Hanya dia saja yang berada di situ.

Seketika kemudian, kelibat Darweena berjalan ke arahnya kelihatan. Senyuman mesra menghiasi bibir comel itu.

"Hazim cakap kau nak jumpa aku. Ada apa?" kata Darweena setelah dia mengambil tempat di hadapan Aril.

Aril hanya diam memandang gadis di hadapannya dengan wajah dingin. Darweena menelan air liur. Seram dengan pandangan Aril.

Tak tumpah macam muka pengetua masa dia kena tangkap ceroboh kawasan larangan sekolah semasa tingkatan 5.

Only You [C]Where stories live. Discover now