SPH 43

4.1K 170 24
                                    

Ariz dan Airina serentak menarik kerusi meja makan yang memuatkan dua orang. Seorang pelayan menghampiri mereka untuk mengambil pesanan.

Setelah mengambil pesanan, pelayan itu berlalu pergi. Airina mengalihkan pandangannya ke arah Ariz.

"Wife you tak marah ke kita selalu keluar berdua?" tanya Airina.

Ariz mengeluh sebelum menjawab pertanyaan Airina.

"Marah. Semalam kitorang gaduh."

"What?"

"Yeah. Tapi salah aku juga. Aku buat macam dia tak wujud dalam rumah tu. Dia marah aku." ujar Ariz.

"Ariz. Kenapa you buat dia macam tu? Dia wife you tau Ariz."

"I know. I know. Tapi entah lah. Aku perlukan masa untuk terima semua ni. Aku kahwin dengan dia secara tiba-tiba and pada hari yang sama Haura pergi." cerita Ariz.

Airina sudah pun mengetahui kisah-kisah Ariz sejak dari pertama bertemu Darweena hingga mereka dikahwinkan kerana ditangkap berdua-duaan di dalam rumah.

Turut diketahuinya tentang cincin dan kat di dalam kereta Ariz.

"Ini semua takdir lah, Ariz. You should accept it. Dah hampir 3 minggu you dengan Darweena menikah. Tak cukup ke masa tu untuk you terima dia sepenuhnya? Lagipun mesti ada sebab Haura buat macam ni."

"Aku..."

"Stop. Biar I habiskan dulu."

Ariz terpaksa membiarkan Airina berkata-kata.

"Ariz, perempuan ni hati dia lembut tau. Mudah terasa. Kita kena jaga elok-elok. I think dah banyak kali kan you sakitkan hati dia."

Ariz diam menunggu kata-kata seterusnya. Benat. Banyak kali dia sakitkan hati Darweena.

"Apa yang jadi bukan kehendak dia. Semuanya telah ditentukan oleh Allah. Kita sebagai hambaNya kena terima dengan hati terbuka. Memang dah tertulis jodoh you dengan Darweena.

Takde manusia yang tak buat salah Ariz. Lagipun you sendiri dah tahu kan benda yang lepas tu bukan salah dia. Semua dah dirancang. Just maafkan dia. Berbaik dengan dia." panjang bebelan Airina.

Dia diam menunggu apa respon Ariz.

Ariz menghela nafas panjang. Dia meletakkan tangannya di atas meja sambil memandang Airina.

"What should I do?" tanya Ariz.

"Make her surprise."

🌼🌼🌼🌼🌼

Kereta dipandu cermat memasuki garaj rumah besar di hadapannya. Setelah mengunci pintu keretanya, dia melangkah ke pintu rumah.

Loceng rumah ditekannya. Beberapa saat kemudian, terjegul wajah yang dirinduinya itu.

"Assalamualaikum, mama." Darweena menyalami tangan mamanya.

"Waalaikumsalam, Aween. Datang seorang je ke? Ariz mana?" balas Tengku Dhiya.

"Ariz kerja lah ma. Aween datang seorang."

"Ouh. Ha masuk lah. Mama buat air."

"Eh takpe lah ma. Kalau Aween nak Aween buat sendiri nanti."

"Ye lah. Duduk lah."

"Sunyi je rumah ni ma. Mana yang lain?" tanya Darweena sambil memandang sekeliling rumah.

"Papa pergi kerja. Adik-adik ke kolej."

"Lah mama sorang je lah ni."

"Eh tak lah. Ada malaikat ni kiri kanan." Tengku Dhiya membuat loyar buruk.

Darweena terus ketawa. Pandai mamanya buat loyar buruk.

"Macam mana Aween dengan Ariz?"

Riak Darweena berubah mendengar pertanyaan Tengku Dhiya namun cepat-cepat dia mengawal.

"Ok je ma."

"Kalau ok, boleh lah kan bagi mama cucu secepatnya."

"Ish mama ni. Kitorang sebenarnya takde lah ok sangat. Masih cuba nak terima diri masing-masing. Ye lah. Kahwin express macam tu. Siapa je yang tak terkejut." balas Darweena.

"Takpe lah mama faham. Tapi mama harap, kamu berbaik lah. Cuba jadi macam dulu balik." kata Tengku Dhiya.

Darweena memandang mamanya dengan pandangan terkejut.

"Mama tahu?"

"Mama tahu semua tentang anak-anak mama. Tengku Atif pun dah cerita semua dekat mama dengan papa dan dia minta maaf pada kita. Dia dah minta maaf dekat Aween juga kan." balas Tengku Dhiya.

Darweena mengangguk perlahan. Fikirannya mula teringat pada Ariz. Dia dah tahu ke pasal semua tu?

"Ariz dah tahu." ujar Tengku Dhiya tiba-tiba.

"Dia dah tahu?"

"Ya. Tengku Atif sendiri yang bagitahu masa hari Haura keguguran."

"Dia tak cakap apa-apa pun dekat Aween." Darweena menunduk.

"Lelaki ni lain Aween. Dia susah nak ucap kata maaf. Tapi mama yakin, dia rasa bersalah dan nak minta maaf dekat Aween."

Darweena tidak membalas. Dia menggigit bibirnya.

"Aween nak makan dekat sini ke macam mana? Kejap lagi papa balik makan tengah hari. Neela pun katanya habis kelas awal."

"Ermm. Aween makan dekat sini juga lah. Aween tolong mama masak."

"Elok lah tu. Ajak lah Ariz sekali."

"Ariz. Dia... Tak balik lunch."

"Oh macam tu. Jom lah kita pergi dapur."

Mereka berdua bersama-sama menuju ke dapur.

🌼🌼🌼🌼🌼

"Make her surprise."

"Surprise apa?"

"Candle light dinner. Bawa pergi bercuti ke."

Ariz memusing-musingkan kerusinya sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh Airina.

"Betul juga. Sampai bila aku nak beralasan belum terima sepenuhnya. Dia dah sah jadi isteri kau Ariz. Lagipun kau masih cintakan dia kan." Ariz berkata sendiri.

Ariz memandang ke luar cermin hotel. Pandangannya memandang ke arah bangunan-bangunan pencakar langit.

"Candle light dinner."

Ariz memusingkan kerusinya. Telefon pejabat ditekannya.

"Faz, malam esok saya nak awak sediakan table untuk candle light dinner dekat rooftop. Lepas tu minta ketua chef arahkan anak buah dia untuk sediakan makanan. Pastikan sedap."

"Baik Tengku."

"Thanks."

Ariz meletakkan kembali ganggang telefon. Dia membuka laci mejanya lalu mengambil satu sampul surat yang baru diterimanya. Ariz kembali berpusing ke arah dinding cermin.

Sampu surat tersebut dibukanya lalu isinya dikeluarkan.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang