SPH SPECIAL ARIL 3

2.3K 128 3
                                        

10 minit berlalu. Orang yang dinantikan tidak juga datang. Aril memandang kerusi kosong di sebelahnya. Lambat betul lah minah seorang ni datang.

"Tuan, apa kata kita mulakan sekarang. Dah lama dah ni." setiausaha Aril berkata.

Aril mengangguk. Dia menekan mikrofon untuk memulakan mesyuarat pemegang saham pada pagi itu.

"Ass..."

"Assalamualaikum. Maaf saya terlambat." seseorang mencelah serentak dengan pintu bilik mensyuarat yang dibuka dari luar.

"Waalaikumusalam, cik Aysara. You're lucky meeting ni tak mula lagi. Lepas ni please alert masa awak." kata Aril tegas.

"Sorry." balas Aysara lalu duduk di kerusi.

Tanpa menunggu masa lagi, Aril memulakan mesyuarat pada pagi itu.

Tamat saja mesyuarat, semua orang mula bersurai. Aysara berdiri di pintu. Menunggu kesemuanya keluar kerana dia ingin mengatakan sesuatu kepada Aril.

"Kau tak nak keluar ke?" tanya Aril.

Aysara memandang je arah Aril. Dia menghampiri Aril dengan wajah angkuh. Sejumlah duit dikeluarkan dari beg tangannya.

"I nak bayar balik duit you." kata Aysara.

"Duit apa? Kau ada berhutang dengan aku ke?" tanya Aril kehairanan. Seingatnya takde pula wanita itu berhutang dengannya.

"Ya. Hutang tanpa rela. I tak suruh pun you bayarkan makanan I." Aysara meletakkan sekeping not 50 di atas meja.

Aril memandang duit tersebut bersama keningnya yang terjongket. Seketika kemudian dia melepaskan tawa kecil.

Aysara...

Terkaku melihat senyuman Aril. Jantungnya berdetak laju. Rasa macam jantung itu nak terkeluar dari badan.

"Kau anggap je aku belanja kau makan macam member-member je. Aku bukan anggap tu hutang." kata Aril yang membuatkan Aysara tersedar kembali.

"But I still tak nak." tegas Aysara lalu berjalan keluar dari bilik itu.

Aril menggelengkan kepalanya. Not 50 itu dicapai lalu keluar dari bilik. Dia nak mengejar Aysara untuk memulangkan kembali duit tersebut.

"Cik Aysara." Aril memanggil apabila ternampak kelibat Aysara di lobi syarikat. Dia berlari anak menghampiri Aysara.

Aysara gelabah. Dia berjalan laju ke pintu. Tanpa sedar, dia memijak kawasan yang sedang dimop oleh cleaner syarikat.

"Aarghh."

Aysara memejam rapat apabila tubuhnya terasa akan menghempas lantai. Namun setelah beberapa saat, dia merasakan tubuhnya tidak merasakan sakit.

Lantas dia membuka mata. Terbuntang matanya apabila melihat Aril yang menahan tubuhnya dari jatuh. Dia segera bangun lalu menolak tubuh Aril menjauhinya. Tangannya diangkat ingin menampar wajah Aril namun Aril sempat menahan.

"You should thank me babygirl. Bukan tampar." Aril melepaskan tangan Aysara.

"You memang layak ditampar. You sengaja kan ambil kesempatan terhadap I."

Aril menjentik dahi Aysara.

"Auchhh. Sakit lah."

"Auchhh. Sakit lah." Aril mengajuk kata-kata Aysara.

"Eh perempuan. Kalau aku tak selamatkan kau, dah lama kau malu dekat sini tau sebab jatuh. Lagi satu, lain kali jalan jangan guna kaki je. Guna mata juga. Dah jelas-jelas ada papan tanda lantai licin tu nak juga jalan laju-laju." bebel Aril.

Aysara menjeling Aril. Dia membuka langkah untuk berjalan pergi. Tapi belum sempat berjalan, Aril menahan tangannya.

"Apa lagi?" Aysara merentap tangannya.

"Nah, ambil balik duit kau." Aril menyerahkan duit 50 kepada Aysara.

"I tak nak. You ambil je lah." Aysara menghulurkan kembali.

"Ambil lah. Duit kau kan."

"Tak nak."

Maka berlaku sedikit pergelutan di situ. Ramai staf-staf syarikat yang menyaksikan gelagat mereka. Ada yang ketawa, ada yang cemburu kerana buah hati mereka bersama perempuan lain.

Tiba-tiba...

"Puteri Aysara Alyah."

Semua yang berada di situ terus menoleh. Aysara terkejut apabila melihat papanya berada di syarikat Aril. Wajah dingin ditayang.

"Papa buat apa dekat sini?" soal Aysara.

Dato Mustaqim memandang saja anaknya dan lelaki di hadapannya tanpa menjawab soalan anak perempuannya itu.

"Dato Mustaqim." kata Aril lalu menghulurkan tangan ingin bersalam.

"Tengku Aril." Dato Mustaqim menyambut huluran Aril.

"Papa kena Tengku Aril?" soal Aysara kehairanan.

"Mesti lah kenal. Salah satu usahawan termuda dekat Malaysia ni." balas Dato Mustaqim.

"Aysara ni anak dato ke?"

"Ya. Urmm. Tengku ada apa-apa hubungan ke dengan anak saya?" jawab Dato Mustaqim seterusnya bertanyakan soalan kepada Aril.

Aril memandang Aysara dengan seribu satu maksud yang tersirat. Dia kemudian memandang semula Dato Mustaqim. Senyuman lebar diberikan.

"Ya, saya bakal suami Aysara."

Mata Aysara terbuntang.

🌼🌼🌼🌼🌼

"You dah gila ke, Aril? Kita baru kenal, how can you suddenly said you are my future husband?"

"Nope. Aku tak gila lagi. Apa salahnya kalau aku jadi peneman hidup kau? Bukan ke kau tengah cari lelaki yang sesuai untuk jadi suami kau sebab kau tak nak ikut ayah kau pergi Paris."

"How do you know?"

Aril tidak menjawab soalan Aysara. Sia memandang hauh ke dasar kolam. Mereka kini berada di kawasan kolam tingkat 30.

Selepas saja tamat perjumpaan antara Aril dan Dato Mustaqim, Aysara terus saja menariknya ke kolam jauh dari orang ramai.

"Aril, macam mana you tahu?" tanya Aysara lagi. Tidak berpuas hati dengan Aril yang tidak menjawab soalannya.

"Kau tak perlu lah tahu. Tak penting. Macam mana pun, kau akan kahwin dengan aku."

"I tak nak."

"Aku ada bagi pilihan ke?"

You bagi pilihan atau tak, I tetap tak nak."

"Kau cakap tak nak berapa kali pun, benda ni tetap akan berlangsung. Hujung minggu ni aku hantar rombongan meminang. See you, future wife. Jangan lari pula. Kalau kau lari, aku akan cari sampai lubang cacing." Aril memberikan senyuman paling manis kemudian dia berjalan meninggalkan Aysara.

Aysara menghentak kakinya tidak berpuas hati.

"Ish. Aku tak nak lah dekat lelaki poyo macam kau." Aysara menjerit melepaskan geram.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang