SPH 49 - LAST

4.8K 214 57
                                    

Tak capai 100 vote tapi takpe lah. Aku pun malas nak simpan lama ii. So guys. There it is. Kalau blh lah... Aku nak korg SUPPORT 3K VOTE.
Hehe. Boleh eh. Muahh.



"Lailahaillallah."

Ariz selesai mengazan dan mengiqamatkan anak lelakinya yang selamat dilahirkan pada lewat tengah hari tadi. Besarnya pengorbanan seorang ibu melahirkan anak-anaknya.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana setelah hampir 9 tahun mendirikan rumah tangga bersama Darweena. Kini mereka sudah mempunyai 4 cahaya mata.

Anak sulung mereka, Tengku Dyan Adriana kini sudah berusia 8 tahun. Gadis comel itu banyak celotehnya. Walaupun begitu, dia tidak susah dijaga jika dibandingkan dengan adik-adiknya.

Dia juga lah yang paling tidak sabar menantikan kelahiran adik lelakinya itu. Setiap malam sebelum tidur, pasti dia datang mencium perut Darweena.

Anak kedua dan ketiganya merupakan sepasang kembar. Si abang, Tengku Zyan Daniell dilahirkan awal 3 minit dari si adik, Tengku Mya Auliya. Mereka berdua kini sudah berusia 4 tahun.

Mereka berdua lah yang paling kecoh dalam rumah. Ada saja yang ingin digaduhkan. Berebut mainan, baling-baling makanan sesama mereka. Penat nak menjaga.

"Abang."

Ariz berpusing apabila mendengar suara Darweena memanggilnya.

"Sayang dah sedar."

"Baby?"

"Ni. Baby kita." Ariz menyerahkan anaknya kepada Darweena.

"Anak mama." Darweena menyambut dengan gembira.

"Kejap lagi family kita sampai. Nak uruskan anak-anak kita yang lain tu ambil masa yang lama. Sayang tahu lah diorang macam mana."

Darweena ketawa mengingatkan anak-anak yang lain. 3 kanak-kanak itu selalu saja membuat kecoh. Paling baik pun si sulung, Dyan Adriana.

Darweena memandang anak kecilnya. Kali ini wajah anaknya mengikut Ariz.

"Comelnya anak mama ni." Darweena mengusap pipi lembut anaknya.

"Besar nanti mesti handsome macam abah dia kan. Kan anak abah kan."

Ariz menggosok lembut kepala anaknya. Ciuman diberikan.

"Dah azankan dia?"

"Dah."

"Jadi anak yang soleh ya, anak mama yang handsome ni."

Tiba-tiba pintu wad dibuka dari luar. Seorang kansk-kanak perempuan berlari masuk ke dalam bilik itu.

"Mama, abah. Mana adik?" suara comel Dyan Adriana kedengaran.

"Dyan. Diam sikit. Adik nak tidur ni." tegur Ariz.

"Sorry abah. Nak tengok adik." Dyan menjenguk ke katil mamanya namun tak dapat dilihatnya kerana pendek.

"Sini abah dukung." Ariz mendukung Dyan supaya Dyan dapat melihat adiknya.

"Wahh. Comelnya adik. Mesti adik jadi budak baik nanti kan?"

"InsyaAllah."

"Mama, papa." Ariz menyalami tangan kedua ibu bapa dan ibu bapa mertuanya.

Juga disalam Dareel dan suami Darneela yang masing-masing mendukung si kembar.

Mata kedua-duanya kelihatan merah dan basah. Bergaduh lah tu. Ariz mendukung dua orang anak kembarnya itu.

Seorang sebelah kanan, seorang sebelah kiri.

"Diorang bergaduh bang. Satu kerja pula nak pujuk." kata Dareel.

"Hey. Anak abah ni gaduh lagi ya. Nak kena ni."

"Abang Jian yang tarik rambut Mya dulu. Mya balas lah balik." kata Mya Auliya.

"Mya tipu, abah. Mana ada Jian tarik rambut Mya. Mya yang tiba-tiba je tarik rambut Jian." kata Zyan Daniell pula.

"Eihh." Mya Auliya mula kegeraman.

"Dah. Jangan gaduh. Nak tengok adik tak?"

"Nak nak." Zyan dan Mya bersuara serentak.

Ariz membawa anaknya bertemu si adik. Kedua-duanya menunjukkan riak teruja. Tak sabar nak melihat adik lelaki mereka.

"Comelnya anak kamu, Ariz. Muka macam kamu pula yang ni. Yang lain semua ikut Aween. Mya je ada sikit-sikit iras kamu." kata Tengku Atif.

"Alhamdulillah ma. Ada juga nanti yang handsome macam Ariz." balas Ariz.

Mereka ketawa.

"Nama apa anak kamu ni?" tanya Tengku Zaheen.

Darweena dan Ariz memandang antara satu sama lain dengan senyuman.

"Nama dia Jackie Chan, pa." jawab Ariz.

"Hah?" si ibu-ibu yang sudah berpangkat nenek menjerit terkejut.

Yang lain sudah ketawa. Tahu lah yang Ariz sebenarnya sedang bergurau.

Ada ke patut letak nama anak Jackie Chan.

"Apa abang ni." marah Darweena berselang tawa. Main bergurau pula suaminya itu.

"Haha. Gurau je. Nama dia..."

Ariz memandang Darweena. Menyuruh Darweena menyambung kata-katanya. Darweena mengukir senyuman lebar.

Matanya memandang anaknya yang berada dalam dukungan.

"Tengku Ryan Darrez bin Tengku Ariz Zeyyan."






























TAMAT

YEAYYY. ALHAMDULILLAH. SIAP JUGA AKHIRNYA SI PEMILIK HATI BY ME. HAHAH. THANKS FOR THE VIEWS AND VOTES.✨✨❤💓🎉🎉

YEAH CERITA AKU NI AGAK MEMENINGKAN RIGHT. ACTUALLY 4 KALI AKU UBAH JALAN CERITA AKU NI BAGI MENARIK. HAHAHA🤧

SO GUYS. I NEED YOUR RATE . KALAU RASA NAK BAGI REVIEW SILAKAN LAH.

RATE

1 - 10

THANKS AGAIN MUAH MUAH MUAH GUYS. SEE YOU AGAIN. BYE.😘

Only You [C]Where stories live. Discover now