Darweena mencari suaminya di sekitar dalam rumahnya. Namun hampa kelibat Ariz langsung tidak dijumpainya.
"Mana suami aku ni?"
Darweena mula melangkah ke luar rumah. Dari jauh dia dapat melihat pancuran air yang dipancur ke arah pokok bunga mawar yang ditanamnya.
"Abang." panggil Darweena apabila dia sudah berada dekat dengan Ariz.
Secara tiba-tiba, Ariz memancurkan air tersebut kepada Darweena.
"Apa abang ni. Sayang dah mandi lah." marah Darweena sambil cuba melarikan diri dari disimbah.
Ariz ketawa.
"Nah basah lagi." semakin galak Ariz ketawa melihat Darweena yang kebasahan.
Darweena menghampiri Ariz setelah Ariz berhenti menyimbahnya. Darweena merampas paip air dari tangan Ariz.
"Siap lah abang. Sayang basah, abang pun kena basah. Hiarghh."
Darweena memancurkan air kepada Ariz. Ariz melarikan dirinya dan Darweena mengejarnya.
Tiba-tiba Ariz berhenti. Dia teringat sesuatu. Cepat-cepat dia berpusing ke arah Darweena.
"Sayang. Jangan lari. Nanti jatuh."
Serentak itu, kaki Darweena tergelincir apabila menjejak rumput basah yang licin. Dia jatuj terduduk.
"Arghh."
"Sayang."
Ariz berlari menghampiri Darweena.
"S-sakit." Darweena mengerang sambil memegang perutnya. Rasa perit mengcengkam perutnya.
Baby...
Tanpa menunggu lagi, Ariz mengendong Darweena masuk ke dalam kereta.
"Sayang tunggu sekejap abang tukar baju dan ambil baju lain untuk sayang."
Ariz terus berlari masuk ke dalam rumah. Mengambil baju dan tudung sarung Darweena. Juga menukar bajunya yang basah.
Setelah itu, dia kembali lalu memandu laju ke hospital.
"Sakit abang."
"Kejap. Tahan."
Sempat Ariz memandang darah yang mengalir di kaki Darweena.
Rasa menyesal terbit di hati. Menyesal dia menyakat dengan Darweena tadi. Kalau tidak, mesti Darweena tidak jatuh.
Sampai di hospital, Ariz meminta bantuan kepada beberapa orang nurse. Darweena segera dibawa ke bilik kecemasan.
Ariz menunggu di luar. Risaunya menggunung. Dia tak mahu kehilangan kedua-duanya.
Ariz memgeluarkan telefonnya untuk memaklumkan hal itu kepada ahli keluarga yang lain.
Beberapa jam kemudian, doktor keluar dari bilik kecemasan itu. Ariz segera menghampirinya.
"Doktor, macam mana dengan isteri dan anak saya?"
"Isteri dan anak Encik baik-baik saja. Pendarahan yang dialami oleh isteri encik tidak lah terlalu serius." kata doktor wanita yang merawat Darweena.
YOU ARE READING
Only You [C]
RomanceTengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk...