SPH 26

2.6K 170 40
                                    

Ariz menumbuk kuat dinding hospital. Air mata lelakinya mengalir apabila Haura dikhabarkan keguguran.

"Sabar." Aril menenangkan abang kembarnya. Dia turut bersimpati atas kehilangan itu.

"Semua salah perempuan sundal tu."

"Ariz." Tengku Atif memanggil kuat.

"Ini bukan salah Darweena. Tapi salah Ariz sendiri. Ariz yang tolak Haura sampai jatuh." katanya.

"Tapi kalau perempuan tu tak wujud, benda takkan jadi macam ni. Ariz tak kan sakit sebab dia, Haura takkan keguguran sebab dia. Semua salah dia." tengking Ariz.

"Ariz. Ini hospital. Jangan bising sangat." kini Aril pula naik hantu. Geram dengan abangnya yang menyalahkan orang lain sedangkan salah diri sendiri.

"Kau diam lah. Kau tak tahu apa yang aku rasa."

"Aku tak tahu apa yang kau rasa? Ariz, aku kembar kau. Apa yang kau rasa, aku pun rasa. Tapi dalam hal ni kau yang salah sebab kau sendiri yang tolak isteri kau."

"Kau pun nak bela perempuan tu?" Ariz bertindak mencengkam kolar baju yang dipakai Aril.

"Abang, lepaskan abang Aril." Aralyn cuba meleraikan abang-abangnya. Dia sangat benci melihat pergaduhan.

"Ke tepi Ara. Abang Aril boleh selesaikan." arah Aril. Aralyn akur menghampiri Tengku Atif.

"Lepas Ariz. Kawal kemarahan kau." kata Aril perlahan tetapi keras.

"Macam mana aku nak kawal kalau semua orang asyik nak bela perempuan tak guna tu je." Ariz berang.

"Kitorang tak bela dia, Ariz."

"Ariz. Semua salah mama. Mama yang rancang semuanya." Tengku Atif bersuara.

Perlahan-lahan Ariz melepaskan cengkaman kolar baju Aril. Dia memusing badannya memandang mamanya yang sudah berjuraian air mata.

"Apa maksud mama?" tanya Ariz.

"Mama sebenarnya rancang nak pisahkan Ariz dengan Darweena. Jadi mama upah orang untuk edit gambar Darweena dengan lelaki lain. Tapi bila orang upahan mama cakap dia nampak Darweena dekat kelab malam dengan lelaki, mama suruh dia tangkap gambar terus. Jadi plan nak edit gambar tu terhapus. Kami guna gambar di kelab tu sebagai modal nak pisahkan Ariz dengan Darweena." cerita Tengku Atif panjang.

"Mama..."

"Atif."

Empat suara bergabung dalam nada terkejut dan tegas.

"Tapi mama dah sedar. Mama tak sepatutnya buat macam tu. Mama hancurkan kegembiraan anak mama sendiri. Mama minta maaf." usai Tengku Atif menangis teresak-esak.

"K-kenapa mama buat macam ni?" suara Ariz mengendur. Dadanya berombak kencang.

"Sebab dulu mama tak suka Darweena. Jadi mama nak pisahkan Ariz dengan Darweena."

"Sampai hati mama buat Ariz macam ni mama. Sebab mama..."

"Sebab mama lah Ariz hina orang yang Ariz sayang dulu." sambungnya.

"Mama tahu mama salah. Maafkan mama."

Tengku Atif menghampiri Tengku Izam.

"Abang. Maafkan Atif." Tengku Atif mencium tangan Tengku Izam.

"Bukan minta maaf abang. Minta maaf pada Darweena dan juga Ariz. Kamu menganiaya dia."

"Atif dah minta maaf pada Darweena tadi. Dia maafkan Atif."

"Bagus lah macam tu." Tengku Izam menggosok kepala isterinya.

Tengku Atif memandang anak lelakinya. Ariz mengetap bibirnya lalu dia berlari pergi.

"Aril pergi ikut dia." Aril membuka langkah berlari mendapatkan Ariz.

Ariz berhenti apabila tiba di kawasan luar hospital. Dinding hospital ditumbuknya kuat sehingga menyebabkan tangannya berdarah.

"Ariz." Aril menahan Ariz dari menumbuk dinding hospital itu.

"Sudah lah kau ni. Benda dah jadi."

"Aril. Dulu aku kehilangan Darweena, Aril. Dan sekarang aku kehilangan anak aku sendiri." keadaan Ariz ketika itu sangat tidak teurus.

"Semua orang buat salah, Ariz. Kau maafkan mama. Lepas tu kau pergi minta maaf dekat Darweena."

"Macam mana aku nak minta maaf, Aril? Aku hina dia, aku hancurkan hati dia. Aku buat dia sakit. Nak ke dia maafkan aku."

"Itu letak tepi dulu. Yang penting kau minta maaf dekat dia. Minta maaf juga dekat mama sebab kau tinggikan suara dekat dia."

Ariz diam. Hanya kedengaran suaranya teresak-esak menangis. Aril memeluk kembarnya itu untuk menenangkannya.

"Aku teman kau nanti."

🌼🌼🌼🌼🌼

Ariz mencium tangan isterinya yang berbaring tidak sedarkan diri. Rasa bersalah kerana menolak Haura sehingga menyebabkan mereka kehilangan anak mereka.

Tiba-tiba dia merasakan tangan Haura bergerak-gerak. Perlahan-lahan mata itu terbuka.

"Haura... Sayang." Ariz mendekati wajah Haura. Kepala Haura digosoknya.

"Abang..."

"Sayang ok? Nak apa-apa ke?"

"Air."

Ariz menuangkan air di dalam jug ke dalam gelas. Badan Haura ditegakkan supaya memudahkan Haura meminum air.

Setelah minum, Haura kembali berbaring.

"Abang minta maaf sayang." ucap Ariz penuh kekesalan.

"Kenapa abang nak minta maaf? Abang tak sengaja kan."

Ariz menggeleng.

"Anak kita... Dah takde." kata Ariz perlahan.

"Anak kita? Apa maksud abang ni?" Haura kehairanan.

"Sayang... Keguguran."

"What?"

Air mata Haura mula bertakung. Tangannya menekup mulut. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh suaminya.

"Abang minta maaf sayang."

Ariz menggenggam tangan Haura. Namun Haura menepisnya. Dia tak mahu disentuh oleh Ariz.

"Jangan sentuh saya. Awak keluar."

"Sayang please. Abang minta maaf."

"Keluar!!" jerit Haura.

Pada masa yang sama pintu wad Haura dibuka. Aralyn dan Aril masuk dalam keadaan kalut.

"Kenapa ni? Kak Haura." Aralyn mendekati.

"Halau lelaki ni keluar. Dia bunuh anak kak Haura."

"Kak sabar kak. Abang Ariz keluar dulu. Tunggu keadaan redha sikit." kata Aralyn.

Aril pula menarik tangan Ariz untuk keluar dari bilik.

"Ciao dulu bro. Jangan keruhkan keadaan. Ganggu pesakit lain nanti." Aril terus mengheret abangnya itu.

"Abang minta maaf Haura." hati bagaikan disiat-siat melihat Haura yang menangis itu.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang