SPH 13

1.8K 127 4
                                    

Aku tahu sebenarnya buku aku ni banyak typo. Tapi xpelah. Ada masa nanti aku edit balik. Sesungguhnya aku malas nak check. Uhukk.

Telefon pintar Darweena berbunyi nyaring. Terkapai-kapai tangan Darweena ingin mencapai telefonnya yang diletakkan di meja lampu.

"Hello."

"Weena. Sorry ganggu kau tidur. Tapi aku nak minta tolong."

"Tolong apa?"

"..."

"Aku dah cakap dah aku tak nak terlibat dengan mamat tu lagi."

"Please Weena. Ni last. Lepas ni aku tak libatkan kau dah."

"Ye lah aku datang sekarang."

Darweena bangun dari katil. Dia bersiap ala kadar dan mengambil kunci keretanya. Dia memandu keretanya ke destinasi.

Seseorang melambai ke arah Darweena. Darweena terus memberhentikan keretanya. Kakinya menjejak tanah keluar dari kereta lalu menghampiri 2 orang yang dikenalinya.

"Thanks Weena sebab datang." kata gadis yang memimpin seorang lelaki yang sedang mabuk.

Darweena memandang sekeliliing dengan pandangan jijik. Kelab malam. Kemudian memandang gadis di hadapannya.

"Kau nak aku tolong apa?" tanya Darweena kasar.

"Tolong hantar kitorang balik."

"Habis kau datang naik apa tadi?" Darweena bengang.

Nak bawa lelaki yang mabuk berbau dalam kereta. Habis kereta kesayangannya nanti.

"Kitorang pergi dengan kawan. Tapi diorang dah balik dulu. Please Weena."

"Harap kau dengan Dafi pernah jadi kawan aku je, Maya."

Maya menunduk. Ya salah dia dulu kerana terpesong terlalu jauh. Salah dia dulu kerana memutuskan persahabatannya dengan Darweena demi cintanya.

"Cepat."

Maya mengangguk kemudian dia teringat sesuatu.

"Weena aku tertinggal barang lah. Kau jagakan Dafi dulu."

Tanpa balasan Maya terus masuk semula ke dalam hotel. Dafi yang terhuyung hayang terpaksa dipegangnya.

Keluar saja Maya terus mereka bertukar tangan. Maya memasukkan Dafi ke dalam seat belakang kereta Darweena.

Darweena di tempat memandu terpaksa menahan nafasnya apabila bau arak menusuk je hidungnya. Jijik.

"Thanks Weena. Kau banyak tolong aku walaupun aku pernah jahat dengan kau." Maya berkata dengan penuh sesalan.

Dia tahu. Untuk kembali ke sahabatnya seorang itu sangat susah kerana Darweena keras orangnya. Tak mudah memaafkan seseorang.

Dia mengeluh kesal. Nasi dah jadi bubur. Dirinya pula seakan sudah sebati dengan budaya hidup barat. Itu salah satu sebab Darweena susah ingin menerimanya kembali.

🌼🌼🌼🌼🌼

Dia melepaskan keluhan. Hari ini sudah 2 hari Ariz tidak datang menemuinya di dapur. Mungkin sibuk barangkali.

Darweena melakukan kerjanya seperti biasa. Wajahnya ditayang tanpa riak tapi hatinya terselit rasa rindu buat jejaka itu.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9.15 malam. Kesemua tempahan makanan sudah siap dilakukan dibantu oleh Fina dan Intan. Dia membasuh tangannya pada singki.

"Ketua chef, Aween balik dulu." kata Darweena kepada ketua chef yang sedang membantu mengemas.

"Ya. Elok-elok." balasnya.

Darweena menunduk kecil dan masuk ke dalam bilik persalinan untuk menukar bajunya. Darweena keluar. Lobi hotel dilaluinya untuk mencari keberadaan Ariz di situ. Tapi hampa.

Dia masuk ke dalam keretanya. Telefon pintar di dalam beg gucci miliknya diambil. Nombor Ariz dicari lalu ditatap.

Patut ke dia call? Macam mana kalau Ariz tengah sibuk.

Call je lah sekejap. Laju butang call pada skrin ditekan lalu telefon itu ditekapkan pada telinga.

Darweena terkejut apabila panggilannya ditolak. Dia memandang lama nombor Ariz. Bibir diketap sebelum menekan call lagi. Kali ini panggilannya diangkat.

"Assalamualaikum. Kenapa awak tolak panggilan saya?"

"Waalaikumsalam. Aku busy nanti aku call balik."

Tutt

Darweena terpempan. What? 'Aku'? Dia tutup terus? Suara dingin kasar? Apa ni?

Dia menatap lama ni Ariz itu sebelum melepaskan keluhan berat. Mengapa saat dirinya mula jatuh hati, Ariz menjauhkan diri secara tiba-tiba.

Darweena meletakkan telefon pintarnya pada laci dashboard sebelum memulakan pemanduannya pulang ke rumah.

🌼🌼🌼🌼🌼

"Kau pasti ke dia memang macam tu?"

"Aku tak tahu tapi gambar tu..."

2 hari lalu...

"Ariz."

Ariz yang baru duduk di sofa ruang tamu memandang Tengku Atif yang turut berada di ruang tamu itu.

"Ariz masih rapat dengan Darweena?" tanya Tengku Atif.

Ariz diam tidak menjawab. Hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mama dah bagi amaran jangan dekat dengan Darweena lagi. Kenapa Ariz degil tak nak dengar cakap mama?" suara Tengku Atif naik seoktaf.

"I can't mama. Ariz cintakan Darweena."

"Ariz. Darweena bukan perempuan yang baik. Pergi club dengan lelaki lain malam-malam. Ariz nak ke isteri yang macam tu? Datang bandar untuk kikis duit orang kaya."

"Apa yang mama cakap ni? Darweena bukan orang yang macam tu lah. Tak baik fitnah orang, mama."

"Mama bukan fitnah. Mama ada bukti." Tengku Atif melemparkan beberapa keping gambar di atas meja kopi ruang tamu.

Dahi Ariz berkerut. Dia mengambil gambar-gambar itu lalu dilihatnya. Matanya membesar. Dia tergamam. Gambar Darweena bersama seorang lelaki yang mabuk di luar club.

"Tengok tu. Malam-malam pergi club. Pakai baju tak senonoh macam tu. Ariz nak ke dia jadi isteri Ariz? Entah-entah dah kena tebuk dah."

Ariz mengetap giginya. Dia bangun dari sofa lalu berjalan ke tangga untuk naik ke biliknya. Gambar-gambar yang dilempar oleh Tengku Atif dibawa bersama.

Back to real...

"Aku tahu nak percaya ke tak."

"Aku rasa lah kan. Better kau siasat dulu. Takut jadi fitnah nanti."

Ariz memandang wajah yang terpapar pada skrin laptopnya menerusi Skype. Dia mengeluh.

"Aku tak tahu."

"Mana mama dapat gambar tu?"

"Yang tu pun aku tak tahu. Dah 2 hari aku tak cakap dengan mama. Dua hari juga aku tak jumpa... Dia."

"Siasat betul-betul Riz. Mungkin ada yang cuba nak pisahkan kau dengan dia."

"Kau nak cakap mama yang cuba pisahkan aku dengan dia?"

"Aku tak cakap lah mama. Tapi kau sendiri cakap dekat aku yang mama tak suka dia."

"Aku tak tahu. Dah lah aku nak off dulu. Nanti apa-apa aku roger kau. Thanks Ril. Sebab selalu ada dengan aku."

"No problem lah. Aku pun ada hal kejap lagi."

"Ok. Good day Ril."

"Good night Riz."

Ariz menutup laptopnya. Dia bersandar pada kerusi meja belajarnya. Matanya memandang gambar Darweena yang ditampal pada dinding hadapan meja belajarnya.

"Betul ke awak memang macam ni, Darweena? Awak sama macam perempuan lain dekat luar sana?"

Only You [C]Where stories live. Discover now