SPH 23

2.4K 180 56
                                    

Hujung minggu tiba. Darweena bersiap dengan malas kerana malam itu keluarganya akan pergi makan malam di rumah kawan mamanya. Siapa lagi kalau bukan Tengku Atif.

Mereka memasuki kereta milik Tengku Zaheen. Kereta dipandu ke rumah kawan Tengku Dhiya.

Kereta Tengku Zaheen berhenti di sebuah rumah banglo yang besar. Kehadiran mereka disambut ramah oleh seorang wanita yang sedia menunggu mereka di hadapan pintu.

"Hai Dhiya." Tengku Atif memeluk cium Tengku Dhiya.

"Eh jom lah masuk. Kita berbual dekat dalam. Mari mari." dia mengajak.

Semua mula berjalan masuk ke dalam rumah besar itu dekorasi tema bali membuatkan rumah itu kelihatan tradisional.

"Dhiya. Anak-anak kau ke ni?" tanya Tengku Atif apabila mereka berkumpul di ruang tamu. Matanya asyik-asyik memandang Darweena.

"Ya. Ni yang sulung Tengku Darweena. Kau dah pernah jumpa hari tu. Nombor dua, Tengku Darneela. Dan anak bongsu aku ni Tengku Dareel."

"Ouh. Cantik dan handsome anak kau ya."

"Zaheen." satu suara mencelah. Tengku Izam kelihatan menuruni tangga rumah menuju ke rumah tamu.

"Izam." Tengku Zaheen bersalaman dengan Tengku Izam.

"Apa khabar? Lama tak jumpa."

"Sihat. Alhamdulillah. Kau?"

"Sihat."

Tengku Izam memberikan senyuman kepada tetamunya dan bersalam dengan Dareel. Kemudian matanya terpandang Darweena.

"Eh. Darweena kan?" soalan itu ditujukan pada Darweena.

"Kau kenal anak sulung aku ke?" tanya Tengku Zaheen lagi.

"Betul lah ya Darweena. Dulu jadi chef dekat hotel aku." kata Tengku Izam.

"Lah. Hotel kau ke dia bekerja dulu?"

"Ya. Tak sangka pula dia anak kau ya."

Mereka berdua ketawa.

"Atif. Makanan dah siap ke? Kalau dah siap, jom lah kita pergi makan." kata Tengku Izam kepada Tengku Atif yang dari tadi memerhati.

"Ya dah siap. Jom lah Dhiya, anak-anak kita pergi makan. Abang, panggilkan anak-anak kita turun." balas Tengku Atif.

Baru saja Tengku Izam ingin melangkah naik ke atas, suara orang bercakap di tangga kedengaran. Siapa lagi kalau bukan anak menantunya.

"Ha turun dah tu." kata Tengku Izam.

"Papa." Aralyn menghampiri papanya.

"Tetamu dah sampai tu. Jom lah kita makan sama-sama." kata Tengku Izam.

Mereka menuju ke ruang tamu di mana tetamu mereka sudah menunggu bersama Tengku Atif.

"Wah. Anak menantu kau ke Atif?" soal Tengku Dhiya.

"Ya. Ini yang sulung, Tengku Ariz Zeyyan nombor 2 kembar dia, Tengku Aril Zeyyan dan anak bongsu aku Tengku Aralyn Zeyyan."

Dahi Darweena berkerut. Kembar? Dia menoleh. Jantungnya mula berdegup kencang apabila melihat Ariz. Wajah Ariz juga terlihat terkejut melihatnya. Dia memandang pula gadis di sebelah Ariz.

"Dan yang ni menantu aku, Tengku Haura Aryana."

Sinis senyuman di bibir Ariz apabila Tengku Atif memperkenalkan Haura. Pastinya Darweena cemburu.

Darweena membuat wajah tidak kisah. Dia tahu Ariz mengharapkan yang dia cemburu melihat kemesraannya dengan Haura.

Ariz nampak tidak puas hati dengan pandangan Darweena. Dia mahukan Darweena cemburu melihat dia dan Haura bersama.

"Ouh. Cantik juga menantu kau ni."

Tengku Dhiya dan Tengku Atif ketawa bersama.

"Ha semua. Ini kawan baik mama, Tengku Dhiya. Ni anak-anak dia. Tengku Darweena. Tengku Darneela dan Tengku Dareel."

'What?? Tengku?'

Giliran Darweena pula tersenyum penuh makna. Keluarga Tengku Atif mula mengambil tempat di meja makan.

Darweena memandang sedikit manusia yang duduk di depannya. Ini sengaja nak buat dia cemburu ke macam mana ni?

Haura mencedok nasi ke dalam pinggan Ariz. Dia juga mencedok lauk untuk Ariz. Ariz sedar akan pandangan Darweena menarik senyum dalam diam.

"Thank you sayang." Ariz berkata agak kuat. Nak tarik perhatian lah tu.

Darweena menarik senyum dalam diam. Dia takkan cemburu. Dia mengalih pandangan kepada lelaki yang wajahnya serupa seperti Ariz. Namun dia lebih kurus dari Ariz. Style rambut juga berbeza.

Ariz berambut kemas manakala Aril berambut kusut ala ala badboy. Alah macam trend sekarang.

Tanpa sedar, perbuatan Darweena diperhatikan oleh dua pasang mata. Mereka berdua tersenyum sesama sendiri.

"Ha makan lah. Biasa-biasa je saya masak." kata Tengku Atif.

"Takde biasalah Atif. Terlebih dari biasa ni." balas Tengku Dhiya. Mereka berdua ketawa.

Setelah selesai makan malam, mereka berkumpul di ruang tamu untuk berbual. Darweena berasa tidak selesa kerana dia merasakan seperti diperhatikan.

"Ermm. Aween nak pergi toilet kejap." pintq Darweena.

"Pergi lah. Aril, tunjukkan toilet untuk Darweena." balas Tengku Atif sebelum menyambung berbual dengan yang lain.

Darweena bangun dari sofa lalu mengikut langkah Aril a.k.a kembar Ariz ke arah tandas. Aril kelihatan selamba berjalan sambil bermain game.

Dia berhenti di laluan ke dapur.

"Jalan terus, belok kanan. Tandas belah kiri." dia terus berlalu pergi setelah berkata tanpa memandang Darweena.

Dahi Darweena berkerut. Lain betul perangai si Tengku Aril Zeyyan ni. Setelah keluar dari tandas, mata Darweena disapa oleh lelaki yang membuatkannya rasa seperti nak bagi penampar.

"Well well well. Look who is here." Ariz berkata sinis.

Darweena menarik senyum. Ariz boleh kasar, dia pun boleh kasar. 2 kali ganda lebih kasar...

"Do i know you?"

"Wow. Berani juga kau ni."

"Herm. Takut kerana salah. Berani kerana benar." selamba Darweena membalas.

"Tak sangka kan kau sebenarnya Tengku Darweena. Aku ingatkan kau ni perempuan kampung. Tapi... Takde beza pun miskin ke kaya. Kalau dah perangai entah apa-apa tak boleh buat apa juga." kata Ariz. Seperti tadi, nadanya kedengaran sinis.

"Cakap dengan cermin ke?" kini Darweena pula tersenyum sinis.

"Tchh. Kalau macam ni lah kan perangai kau, aku rasa tak sia-sia aku kahwin dengan Haura. Haura, 10 kali ganda lebih baik dari kau."

"Ya, Haura baik tapi suami dia..." Darweena memandang Ariz atas bawah sebelum berhenti pada wajah Ariz.

"Bastard."

Darweena memberikan senyuman sinis lalu berjalan pergi. Well, this is the real Tengku Darweena. Bekas pembuli tanpa jejak ketika bersekolah.






Surprise tak surprise tak? Hohoho

Only You [C]Where stories live. Discover now