SPH 11

1.8K 125 2
                                    

Semalam aku tak update. So hari ni aku double update.

Pagi yang dingin dengan cuaca hujan lebat di luar. Darweena memandang ke luar tingkap rumahnya yang terbuka. Rasa dingin menerpa tubuhnya. Tapi dirinya masih tidak mahu beranjak.

Jam di dinding menunjukkan pukul 6.15 pagi. Dia baru sahaja menunaikan solat subuh dan bersiap untuk ke tempat kerjanya.

Dia mengeluh. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya sejak semalam. Tapi dia sendiri tidak pasti apakah itu.

Dia mencapai telefon pintarnya lalu duduk bersila di atas katilnya. Selimutnya ditarik menutup kakinya bagi menghangatkan kakinya.

Dia membuka telefonnya dan membuka aplikasi Whatsapp. Dia mencari contact adiknya, Dareel.

Malaysia dan London mempunyai perbezaan waktu selama 7 jam. Jika sekarang pukul 6, di London mungkin pukul 1 pagi. Dan mungkin pada waktu itu, hanya Dareel lah yang masih berjaga.

DAREEL BROTHA

Reel

Tidak berbalas. 2 minit kemudian, baru lah Dareel membalas mesejnya.

Apa dia?

Saja. Kau asal tak tidur lagi.

Baru nak tidur. Kau pulak asal
tak tidur?

Malaysia pukul 6 pagi lah. Kejap
lagi akak kerja

Ouh. Aku lupa tak sama waktu.

Ok lah aku ciao dulu. Jaga diri kat
sana.

Ye. Nanti kirim salam dekat
mama n papa

Noted.

Darween bangun. Dia turun ke dapur untuk mengalas perut sebelum ke tempat kerja. Dua keping roti gardenia dimasukkan ke dalam toaster.

Selesai bersarapan, dia keluar dari rumah dan memandu ke tempat kerjanya. Selesia meletakkan kereta, payung yang dibawanya dibuka lalu berjalan menuju ke tempat makan hotel.

"Good morning Aween." kak Wana menegur ketika Darweena memasuki bilik persalinan.

"Morning too." balas Darween lalu berhenti di hadapan lokernya.

Beg galas yang selalu dibawanya diletakkan di dalam loker itu. Baju chef miliknya disarungkan pada tubuh beserta topi diletakkan di atas kepala.

"Aween."

"Ya." Darweena memandang Kak Wana yang duduk di bangku.

"Semalam, Kak Wana nampak Aween masuk Restoran Seri Ayu semalam. Aween jumpa siapa? Kak Wana tak nampak dia sebab dia membelakangi akak."

"Aaa.... Jumpa mak saudara je kak."

"Macam serius je berbual."

"Takde lah. Mak suadara Aween tu memang banyak problem." kekok Darweena membalas. Terpaksa menipu.

"Ouh. Patut lah. Tengku Ariz?"

"Hah? Kenapa dengan dia?" soal Darweena.

"Ye lah. Dia kan tak masuk dapur semalam sampai ada orang tu rindu gila-gila dekat dia." Kak Wana tersengih-sengih.

Only You [C]Where stories live. Discover now