SPH 36

3K 166 49
                                    

Nah lah. Kesian aku tengok korang. Ada beberapa org teka betul. Hahahaha



Ariz mundar-mandir di biliknya sambil telefon ditekapkan pada telinga. Dia gelisah memikirkan keberadaan Haura.

Telefon Haura dimatikan. Begitu juga Arfiah. Kedua-duanya dia tidak menghubungi.

"Where are you, sayang." Ariz menyerabutkan rambutnya.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Terjegul wajah Darweena dengan muka masam dan takut-takut.

"Apa kau buat dekat sini?" tanya Ariz kasar.

Darweena menelan air liurnya. Seram dengan Ariz.

"Mama dengan papa saya suruh saya tinggal dengan awak." jawab Darweena perlahan.

"Tinggal dengan aku?"

Ariz mendekati Darweena. Tangannya naik mengcengkam pipi Darweena lalu didongakkan ke atas selari dengan wajahnya.

"Kau. Kau kan yang rancang supaya kita kena tangkap basah."

Darweena terkejut dengan tuduhan Ariz.

"Tak, Ariz. Sumpah saya tak tahu apa-apa. Lepaskan saya. Sakit." balas Darweena.

Dagunya sakit dilakukan begitu.

"Penipu." Ariz melemparkan Darweena ke sofa biliknya.

Darweena terduduk di atas sofa. Ariz berjalan ke arah Darweena lalu menindihnya. Sekali lagi dagu Darweena dicengkam.

"Kau jujur dengan aku. Kau kan yang rancang semua ni?"

"Tak."

Air mata Darweena mula mengalir. Semakin lama, semakin laju. Ariz tergamam.

Buat kali kedua dia membuat Darweena menangis. Dia bangun dari menindih Darweena.

Darweena menangis teresak-esak di tempatnya berada. Masih terasa kekasaran yang Ariz lakukan kepadanya.

"I'm sorry."

Ariz keluar dari bilik itu. Dia perlu menenangkan dirinya dan mencari Haura di rumah Arfiah.

🌼🌼🌼🌼🌼

"Aku dah berjaya, Pia. Aku boleh pergi dengan tenang."

Arfiah memandang sahabat baiknya yang terlantar di atas katil pesakit. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis.

"Kau kuat, Haura." kata Arfiah.

Bertahun dia kenal Haura dan dia sangat tahu Haura orang yang kuat. Buktinya, keluarganya semua telah meninggal dunia akibat kemalangan beberapa bulan lepas.

Dan sekarang. Dia korbankan rasa cinta dia supaya Ariz dapat penggantinya apabila dia sudah tiada. Kini dia terlantar di atas katil dan masih bertahan.

Haura disahkan menghidap kanser limfoma sejak beberapa tahun lalu. Kansernya kini menganjak ke tahap 4 dan sudah tidak mampu bertahan.

Arfiah menggenggam tangan Haura. Setitik air matanya menitis. Dia menyayangi Haura seperti adiknya.

Semasa Haura merancang untuk membuat Ariz dan Darweena berkahwin, dia sangat tidak bersetuju. Namun Haura berkeras.

Tiba-tiba seseorang memasuki bilik itu. Tak perlu toleh, dia sudah tahu siapa. Hanya mereka berdua saja yang tahu tentang keadaan Haura.

Tengku Aril Zeyyan.

Haura berbincang dengan Aril tentang hal tersebut. Aril juga terkejut pada awalnya. Namun dia bersetuju. Tak sanggup melihat Haura yang merayu dengannya.

Tambahan pula dia tidak mencintai Darweena. Hanya menganggap Darweena sebagai kawan baik dan adiknya.

Aril mendekati katil lalu berdiri di sebelah Arfiah.

"She's gonna be fine." kata Aril bagi memberi semangat kepada Arfiah.

"Tapi doktor cakap dia dah tak boleh diselamatkan. Dia akan..." Arfiah tak dapat menghabiskan ayatnya.

"Semua manusia dekat dunia ni akan mati. Cepat atau lambat, semua orang akam merasainya."

"Aku tahu."

Arfiah memandang Haura.

'Aku sayang kau, Haura.'

🌼🌼🌼🌼🌼

Buat sekian kalinya Ariz mengeluh sambil memandang ke luar tingkap keretanya. Air matanya yang mengalir setitik demi setitik dibiarkan mengalir tanpa mengelapnya.

"Where are you, Haura. Jangan buat abang macam ni please."

Ariz meletakkan kepalanya pada stereng. Buntu di mana harus mencari Haura. Di rumah Arfiah juga tiada.

Tiba-tiba matanya terpandang pada dashboard kereta. Entah kenapa hatinya menyuruhnya membuka dashboard tersebut. Lampu kereta turut dibuka.

Dia terus membukanya dan hatinya benar. Ada sesuatu dalam dashboard tersebut. Satu kotak baldu dikeluarkannya bersama sekeping kad.

Ariz membukanya kotak tersebut.

"Ni..."

Cincin perkahwinan mereka. Macam mana boleh ada di dalam keretanya. Sepatutnya cincin ini dipakai oleh Haura.

Jantung Ariz semakin berdegup kencang. Dia mencapai pula kad itu.

Maafkan Haura abang. Haura terpaksa. Haura harap abang bahagia tanpa Haura.

Ariz menekup mulutnya. Fikirannya mula memikirkan macam-macam.

Adakah Haura yang merancang semuanya. Apa tujuan Haura sebenarnya?

"Tak. Takkan lah Haura nak buat semua ni."

Ariz gelisah. Dia memandang semula kad itu.

"Tapi ni tulisan Haura."

Dia kenal tulisan Haura. Tulisan Haura kecil dan kelihatan sangat kemas.

Air mata menitis.

"Haura. Kenapa buat abang macam ni?"

Ariz menumbuk stereng keretanya kuat. Air mata mengalir laju.

Lama dia berada di situ sehingga tidak sedar masa berlalu dengan pantas.

Jam menganjak ke pukul 12 malam. Ariz meraup wajahnya beberapa kali. Dia harus pulang.

Ariz memandu pulang ke rumah miliknya yang diduduki bersama Haura. Darweena... Biarkan je lah dulu.

Esok saja lah dia datang mengambil Darweena.

Sampai di rumahnya, dia terus menghempas badannya ke atas sofa. Hari ni hari yang malang baginya.

"Abang tunggu Haura."

Dia terlena di atas sofa itu.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang