SPH 35

2.7K 157 67
                                    

Telefon pintar milik Tengku Atif di meja dapur berbunyi nyaring meminta diangkat. Haura mencari kelibat mama mentuanya.

"Ma, telefon mama berbunyi." laung Haura.

Namun tiada sahutan dari mamanya. Dia sendiri pun tak tahu di mana keberadaan mamanya.

Akhirnya Haura mengangkat panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya itu.

"Hello assalamualaikum."

"..."

"Ya itu suami saya. Ni siapa?"

"..."

"Ya Allah. Tak tak mungkin. Suami saya takkan buat macam tu. Encik bergurau kan?"

"..."

Setelah itu talian dimatikan.

Air mata Haura mula mengalir perlahan. Ariz...

"Mama." jerit Haura kuat.

🌼🌼🌼🌼🌼

PANG

Pipi Ariz ditampar kuat oleh Tengku Izam. Berombak dada Tengku Izam menahan  marah terhadap Ariz.

"Apa yang kamu buat pada Darweena, Ariz?" tengking Tengku Izam.

Ariz hanya diam. Entah kenapa mulutnya berat ingin menjawab pertanyaan Tengku Izam. Matanya memandang Haura yang menekur.

Tiba-tiba Darweena berdiri.

"Uncle, Aween dengan Ariz tak buat apa-apa. Ariz cuma tolong Aween pukul lipas je." Darweena mempertahankan diri.

Pada masa yang sama dia geram dengan Ariz yang langsung tidak membuka mulut menceritakan hal sebenar.

Darweena kemudian memandang mama dan papanya yang diambil oleh Aril tadi.

"Mama, papa. Please percaya Aween." ingin saja Darweena melutut di hadapan ibu bapanya meminta untuk dipercayai.

Namun tiada sepatah pun yang keluar dari mulut Tengku Zaheen dan Tengku Dhiya.

"Sekarang ni macam mana? Lagi seminggu perkahwinan Darweena dengan Aril. Tapi hari Darweena ditangkap dengan Ariz." soal Tengku Izam.

"Kahwinkan Abang Ariz dengan Darweena."

Semua mata ke memandang ke arah punca suara. Masing-masing menayangkan riak terkejut.

"Haura." Ariz dan Darweena bersuara serentak.

"Apa? Haura cuma nak abang bertanggungjawab dengan apa yang abang buat ni." kata Haura dengan nada tegas.

"No. Abang takkan kahwin dengan dia. Abang takkan sesekali menduakan Haura. Abang sayang Haura." balas Ariz.

"Abang tak payah nak tipu Haura lagi. Selama ni Abang tak cintakan Haura pun. Abang jaga Haura atas dasar tanggungjawab sebagai suami. Selama ni abang cintakan Darweena. Haura tahu semuanya abang."

"Haura..." belum sempat Ariz berkata, Haura memotong percakapannya.

"Haura dapat tengok reaksi abang masa dekat dengan Darweena. Mata abang jelaskan segala-galanya. Abang cintakan Darweena."

"No sayang." Ariz menghampiri Haura dengan wajah sayu.

"Jangan sentuh Haura." Haura menepis tangan Ariz yang ingin memegang bahunya.

"Haura nak abang kahwin Darweena. Papa, mama, uncle, aunty. Kahwinkan Ariz dengan Darweena." tegas Haura bersama air mata yang bergelinangan.

Dia kemudian melangkah keluar dari pejabat agama itu. Kebetulan grab lalu di hadapannya terus saja dia menahan dan pulang ke rumah keluarga mentuanya.

"Jadi macam mana sekarang, Zaheen?" tanya Tengku Izam kepada Tengku Zaheen.

"Ikut cakap menantu kamu kalau itu yang dia nak sangat." kata Tengku Zaheen.

"No papa. Aween tak nak kahwin dengan Ariz. Aril please help me."

Mata dialihkan kepada Aril yang dari tadi mendiamkan diri.

Aril memandang Darweena sayu kemudian dia menggeleng kepala perlahan-lahan.

"Ariz, kahwin dengan Darweena."

🌼🌼🌼🌼🌼

"Aku terima nikahnya Tengku Darweena binti Tengku Zaheen dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai."

Hancurnya hati seorang isteri apabila suaminya sendiri bernikah dengan orang lain. Cemburunya seorang isteri apabila suami sendiri mencintai perempuan lain.

Haura menangis teresak-esak di dalam biliknya dan Ariz. Lutut ditarik rapat ke dadanya. Menggigil badannya melepaskan tangisan.

Apabila tangisannya semakin redha, dia bangun. Bagasi di atas almari baju diambil lalu diletakkan di atas katil. Baju-baju di dalam almari dikeluarkan.

Setelah siap mengemas, dia turun ke bawah. Dia mahu keluar sebelum Ariz pulang ke rumah.

Namun dia terlambat. Apabila dia tiba di luar rumah, kereta Ariz telah berada di situ.

Ariz segera keluar apabila melihat Haura.

"Haura. Sayang nak pergi mana?" tanya Ariz sambil tangannya diangkat ingin menyentuh bahu Haura.

"Jangan sentuh saya, Ariz. Saya nak awak ceraikan saya."

"Apa sayang cakap ni? Abang takkan sesekali lepaskan sayang."

"Tolong lah Ariz. Saya dah penat dengan semua ni. Awak tak cintakan saya. Awak cintakan Darweena dan sekarang awak dah kahwin dengan dia. Untuk apa lagi saya berharap pada awak?"

"Untuk apa? Walau abang dah kahwin dengan Darweena pun, Haura tetap isteri abang dan abang takkan lepaskan Haura." kata Ariz kuat.

Tangannya memegang bahu Haura.

Haura menangis teresak-esak di hadapan Ariz. Dia menepis tangan Ariz.

"Kalau awak tak nak lepaskan saya takpe. Saya pergi dari sini. Saya dah tak nak tengok muka awak lagi. Assalamualaikum." Haura berjalan pergi.

Tiba-tiba sebuah kereta Alza putih berhenti di hadapannya. Pemandu tersebut terus keluar dari kereta.

"Haura." Darweena berlari anak ke arah Haura.

"Haura please. I'm so sorry. Awak nak pergi mana?" Darweena memegang tangan Haura.

"Jangan sentuh lah!" Haura menengking. Dia menjeling Darweena sebelum melangkah pergi.

"Haura. I'm sorry. Awak jangan pergi. Saya janji saya takkan ganggu awak dengan Ariz." kata Darweena.

"Sudah lah. Saya dah penat dengan semua ni."

Haura berjalan pergi.

Dia seberang jalan rumah Ariz, ada sebuah kereta yang menunggunya iaitu kereta Arfiah, kawan baiknya.

Dia terus berlari ke sana.

"Haura. Jangan pergi please." Darweena mengejarnya sehingga tidak sedar ada kereta yang meluncur ke arahnya.

"Aween."

Ariz sempat menarik tangan Darweena sebelum kereta itu sempat merempuhnya.

Mereka berdua memandang kereta Arfiah yang berlalu pergi. Manakala pemandu kereta yang hampir melanggar Darweena keluar dari kereta.

"Cik ok ke? Saya minta maaf pasal tadi." kata pemandu lelaki itu.

"Apa masalah kau nak bawa kereta laju-laju dekat taman perumahan ni?" marah Ariz.

"Saya minta maaf. Saya betul-betul rushing. Saya pergi dulu. Saya minta maaf." pemandu itu berlalu pergi.

Darweena hanya mendiamkan diri. Melihat kereta Arfiah yang semakin menjauhi.

"Haura..." katanya perlahan.

Only You [C]Where stories live. Discover now