Aysara menjeling Aril di hadapannya. Rasa tidak puas hati masih menguasai dirinya. Nak je dia simbah air dekat pada lelaki itu.
Manakala Aril hanya membiarkan. Malas nak layan. Tapi semakin ditenung, makin rasa tak selesa.
"Kau fikir jeling-jeling aku tu boleh kenyang ke?" tanya lelaki itu.
"Suka hati I lah. Mata I." balas Aysara.
"So kau tak nak makan? Meh bagi aku." tangan dipanjangkan mencapai pinggan Aysara.
"Eh no. I nak makan." laju Aysara menahan.
Dia mengambil pisau dan garfu lalu memotong daging ayam di dalam pinggannya dengan penuh cermat.
Aril tersenyum senget. Macam-macam lah wanita itu
Tentang macam mana dia boleh semeja dengan Aysara, macam ni.
Restoran yang dimasuki oleh Aril ketika itu agak penuh kerana ramai orang. Mungkin kerana waktu lunch hour. Tambahan pula restoran ini agak famous.
Dia memusing mencari meja kosong untuk didudukinya. Alhamdulillah ada. Dia menghampiri meja itu. Sampai sahaja, seorang perempuan menepuk meja itu.
"I sampai dulu. So you cari meja lain."
"Aysara."
Aysara tidak membalas. Kekal dengsn wajah 'ni meja I' . Aril menggeleng kecil sambil tersenyum sinis.
Tanpa kata dia terus duduk di sebuah kerusi di meja itu.
"Hey. Kenapa you duduk sini. I dah kata I yang sampai dulu." kata Aysara.
"So?"
"So... You cari lah tempat lain. I nak duduk sini."
"Tempat lain dah penuh lah. Can't you see it."
"Tu bukan masalah I." tiba-tiba Aysara meninggikan suaranya.
"Why not kita share meja je. Meja ni kan muat untuk dua orang."
"No." sekali lagi suara Aysara meninggi.
Tiba-tiba datang seorang pekerja menegur mereka.
"Ada apa ya?" tanya dia.
"Dia ni. Saya sampai dulu dekat meja ni tiba-tiba dia cop meja ni. Lepas tu duduk." kata Aysara.
Pekerja itu memandang Aysara dan Aril silih berganti. Wajah marah Aysara dan wajah selamba Aril.
"Macam ni lah cik, encik. Apakata kalau encik dan cik kongsi je meja ni. Tempat lain pun dah penuh. Lagipun cik dan encik ni nampak sepadan." kata pekerja itu.
"No." balas Aysara.
"Ish. Takpe lah. Tak jadi I nak makan dekat sini. Jangan harap I akan jejak lagi kaki dekat sini." sambung Aysara. Dia menjeling pekerja itu dan Aril kemudian melangkah pergi.
"Kau keluar, aku cancel saham kau."
Kata-kata itu membuatkan langkah Aysara terhenti.
"What?" tanya Aysara.
"Yeah. Aku boleh je nak cancel kau punya saham and bagi balik apa yang jau sumbangkan dekat syarikat. Itu pun boleh dapat balik 40 percent je."
"Hey..."
"Kalau kau tak nak duduk sini dan makan dengan aku."
Aysara mengetap bibir. Dia mendengus lalu duduk di kerusi di hadapan Aril. Tajam dia menjeling Aril.
Sekarang macam ni lah mereka.
Aril bangun dari kerusi sambil mengelap mulutnya.
"You nak pergi mana?" tanya Aysara.
"Balik lah. Aku dah habis makan. Bukan macam kau. Baru nak makan." balas Aril.
Dia menuju ke kaunter untuk membayaran. Setelah itu dia berjalan pergi.
Aysara mendengus. Tak boleh ke kalau tunggu dia habis makan dulu. Eh. Apa benda kau ni Sara. Dia bukan siapa-siapa untuk tunggu kau.
Setelag selesai makan, Aysara menuju ke kaunter untuk membayar makanannya. Aril bayarkan? Rasanya tak mungkin.
"Makanan cik dah dibayar oleh lelaki semeja dengan cik tadi."
Aysara terdiam. Dia ni kan...
"Ok thanks."
Aysara berlalu pergi. Dia berdecit perlahan. Nampaknya dia kena jumpa dengan Aril untuk membayarnya semula.
"Sengaja lah mamat kerek tu."
🌼🌼🌼🌼🌼
"Serius lah bro." Ariz ketawa kuat.
Kelakar rasanya bila kembarnya yang selalu acah macho itu jatuh cinta. Bukan benda biasa ni. Tapi benda luar biasa.
"Dah lah. Sekurang-kurangnya aku tak macam kau. Muka tak malu mengorat Weena depan orang ramai." kata Aril.
"Eh eh. Benda lama jangan ungkit." ujar Ariz.
Aril membuat roll eyes. Dia menyisip teh tarik yang dipesannya.
"Aku tak tahu lah papa aku tu. Mana lah aku nak cari lelaki yang boleh jadi suami aku." satu suara berkata.
Aril menoleh. Suara macam kenal. Dia memandang ke arah pintu cafe. Memandangkan mereka dekat dengan pintu cafe.
'Suara macam kenal.' bisik hati Aril.
Memang tak salah lagi. Puteri Aysara Alyah.
"Kau nak makan tak?" tanya kawan Aysara.
"Tak nak lah. Aku dah makan tadi."
'Cari lelaki yang boleh jadi suami? Ada peluang ke aku. Apa salahnya kan aku cuba pikat dia. Tapi nanti tak macho lah aku.'
"-Lepas tu dia baling botol susu dia dekat aku. Eh, wei. Kau dengar tak aku cerita apa ni?"
Ariz memanggil apabila Aril tidak memberikan respon terhadap apa yang diceritakannya. Dia melibat Aril yang ralit memandang ke arah satu sudut. Terukir senyuman nakal di bibirnya.
"Itu ke awek yang kau cakap tu?" tanya Ariz dengan nada nakal.
Aril terus menoleh ke hadapan semula. Teh tarik dihirupnya.
"Ye ke tak?" tanya Ariz apabila soalannya tidak dijawab.
"Ye kot."
"Kot? Awek sendiri pun tak kenal?"
"Bukan awek lah gila. Crush je." selambanya Aril mengaku dia crush pada Aysara.
Dengan kembar sendiri kan. Apa je yang dia boleh rahsiakan. Apa yang Ariz tahu, dia tahu. Apa dia yang tahu, Ariz tahu.
"So apa plan kau lepas ni? Nak pikat? Aku boleh ajar kau cara-cara nak pikat. Sama yang macam aku buat dekat Darweena sampai dia fall love dengan aku." kata Ariz.
"Tak nak lah. Aku nak guna cara tersendiri je."
"Suka hati kau lah. Good luck."
ANDA SEDANG MEMBACA
Only You [C]
Romance[Saya tulis cerita ni masa tingkatan 4. Jadi kalau jumpa banyak kekurangan atau kepelikan harap dimaafkan] Tengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulanga...
![Only You [C]](https://img.wattpad.com/cover/267642542-64-k927715.jpg)