SPH 44

4.5K 218 38
                                    

IMPORTANT ‼️‼️

Aku dah malas nak simpan lama ii draft ni. Esok pun dah start kelas balik So i think anytime vote dah smpai 55+ aku akan update. But chapter sebelum ni. Baru sikit, takpe aku maafkan lagi aku update je terus untuk inform dekat korang.

Please baca dan vote dulu chapter 43 bagi yang belum baca. Jangan lah skip terus.

And

SEDIAKAN TISU GUYS ‼️‼️



Darweena duduk bersantai di ruang tamu rumah. Dia baru saja selesai menanam pokok di luar rumahnya.

Matlamatnya ingin membuat satu taman bunga mawar pelbagai warna di laman rumah Ariz. Mesti cantik nanti.

Majalah masakan diselaknya satu persatu. Sebagai seorang chef, buku resepi masakan itu adalah buku paling menarik.

Telefon Darweena berbunyi menandakan ada mesej masuk. Nama Ariz tertera pada skrin. Malas pula dia nak buka.

Dia dan Ariz masih lagi dalam peperangan dingin. Tertunggu juga adakah Ariz akan memujuknya tapi hampeh. Buat tak tahu je.

Kting
Kting
Kting
Kting

Darweena menghempas majalah masakan itu ke atas meja kopi. Geram dengan bunyi mesej yang tak berhenti masuk.

Dia akhirnya membukanya mesej dari Ariz. Dasar spammer. Tag sikit member-member yang suka spam orang.

Mr Ariz Zeyyan

Darweena

Bersiap malam ni. Aku nak bawa
kau pergi somewhere

Pakai baju yang aku dah letak
dalam almari. Beg kertas merah.

Pukul 8 aku ambil kau. Solat
maghrib dulu.

Faham tak?

Sharp 8 malam. Pakai cantik²
Solat dulu.

Jangan lah bluetick je.

Darweena

K

Darweena menutup telefonnya. Cukup lah 'K'  tu. Haih malas pula nak bersiapnya.

Darweena memandang jam di dinding. Elok lah kalau dia mandi dulu. Darweena meletakkan majalah itu di tempatnya semula.

Dia menaiki tangga ke tingkat atas untuk membersihkan diri.

🌼🌼🌼🌼🌼

"K je dia balas. Sampai hati." Ariz berkata dengan nada tidak puas hati.

Dia menutup aplikasi whatsapp yang dipasang pada komputer pejabatnya. Dia mula menyambung kembali kerjanya.

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 7.30, Ariz bersiap-siap mengemas barangnya lalu pergi ke bilik solat untuk menunaikan solat maghrib.

Selepas solat, dia akan menukar vaju dahulu sebelum pergi mengambil Darweena di rumah lalu dibawa ke sini semula untuk makan malam bersama.

🌼🌼🌼🌼🌼

Darweena menilik dirinya pada cermin di pintu wardrobe miliknya. Cantik juga baju yang dipilih oleh Ariz. Memang sesuai pada dirinya yang berbadan ramping.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang