Darweena duduk bersila di atas katilnya. Laptop diletakkan di atas pahanya. Niatnya ingin membuka emailnya kerana dia tahu pasti ada email yang dihantar oleh kenalannya terutamanya dari Malaysia.
Ye lah. Di sini dia tidak menggunakan nombor Malaysia. Dia menggunakan nombor lamanya yang digunakan di London.
Satu email yang dikirim oleh kak Wana dibuka. Tersenyum dia apabila membaca email dari kak Wana. Namun senyumannya hilang apabila membaca sesuatu.
20 April nnti tgku ariz akn kahwin dngn pilihan Tengku Atif. Kak wana x thu lah mcm mna nnti sbb kak wana dengan yang lain x blh ikut. Kitorg kena kerja. X silp kak wana, nama permpuan tu Tgku haura aryana. Manis orgnya. Prnh lah sekali trnmpk tgku ariz dgn tgku haura makan dekat sini. Aween sabr lah ye. Mgkin bukan jodoh aween dgn tgku ariz. InsyaAllah ada yg lebih baik untuk aween.
Darweena menekup mulutnya. Mesej itu dihantar 5 hari lalu. Hari ni 21 April. Ariz... Dah kahwin.
Bibir diketap. Air mata yang ingin mengalir dia tahan. Tak guna menangis. Takde apa-apa makna pun kerana dia dan Ariz sudah menjadi orang asing.
Darweena menutup laptopnya. Nafas panjang ditarik untuk menenangkan hatinya yang gundah. Matanya memandang ke luar jendela yang terbuka.
Langit malam tanpa bintang yang menghiasi. Pasti di Malaysia sekarang Ariz sedang berseronok dengan isterinya. Atau mungkin mereka sedang berada di atas pelamin atau di meja makan beradab.
"Selamat pengantin baru Ariz. Semoga awak bahagia hingga ke anak cucu awak. Saya minta maaf. Dan terima kasih untuk masa awak dengan saya selama ni. Mungkin bukan jodoh saya dengan awak."
Darweena mengukir senyuman nipis. Laptopnya diletakkan pada meja belajarnya. Lampu bilik ditutup meninggalkan lampu meja yang masih menyala.
Mata dipejam rapat supaya dia dapat masuk ke alam mimpi dengan lebih cepat. Malas nak fikirkan tentang Ariz lagi. Dan akhirnya dia terlena.
Kalau boleh bila bangun nanti, dia tak mahu ada satu pun memori tentang Ariz dalam fikirannya.
🌼🌼🌼🌼🌼
"Morning mama, morning papa, morning adik-adik." Darweena duduk di sebuah kerusi bersebelahan mamanya.
"Morning."
Air teh dituangkan ke dalam cawannya lalu disisipnya.
"Haih. Nampak happy je hari ni. Ada apa-apa ke?" tegur Dareel.
"Mana adalah. Akak kan memang tiap-tiap hari happy. Kau baru perasan ke?" balas Darweena selamba.
Dareel mengangkat bahunya. Darweena memandang Darneela yang sibuk membaca buku di tangan kirinya. Tangannya kanannya sibuk mencedok nasi goreng masuk ke dalam mulutnya.
"Neela. Ada kelas tak hari ni?" tanya Darweena kepada adiknya itu.
Darneela hanya menggeleng. Matanya masih fokus pada buku. Yeah, Darneela seorang ulat buku. Sebab itulah dia antara yang terpandai di kolejnya. Namanya sentiasa disebut-sebut di kolejnya itu. Cita-citanya ingin menjadi peguam seperti papanya.
"Jom keluar dengan akak nanti."
"Nak pergi mana?" soal Darneela.
"Jalan-jalan. Akak kan dah lama tak balik sini. So nak lah tengok keadaan dekat sini."
"Ok. Pukul berapa?"
"9."
"Okeh."
"Nak ikut." Dareel menyampuk.
Darweena dan Darneela memandang Dareel sebelun berpandangan antara satu sama lain.
"Apa?" Dareel memandang kedua-dua kakaknya itu.
"Bukan sebelum ni kau memang tak berminat ke nak ikut akak dengan kak Aween jalan-jalan." kata Darneela.
"Alah. Sekali sekala kan."
Darneela memandang Darweena.
"Ye lah. Kau tu bersiap cepat sikit. Lambat kalah perempuan bersiap."
"Aku tahu lah."
"Bagus."
Darweena menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.
"Papa, mama."
"Ya." Tengku Zaheen dan Tengku Dhiya memandang Darweena.
"Aween rasa nak buka restoran lah dekat sini."
"Restoran? Bagus idea tu." kata Tengku Dhiya. Dia memandang Tengku Zaheen dan Tengku Zaheen mengangguk tanda setuju.
"Aween ingat sambil jalan-jalan kejap lagi nak cari tempat untuk buka restoran tu nanti."
"Papa tahu satu tempat. Baik punya tempat tu. Kawasan dia dekat-dekat Queen's Park. Owner kedai tu nak jual. Aween nak ke?" kata Tengku Zaheen.
"Betul ke papa? Nak nak."
"Ok. Kejap lagi Areel dengan Neela bawa kakak tengok dekat sana. Korang tahu kan?"
"Tahu." balas Darneela dan Dareel serentak.
"Nanti papa jumpa owner dia. Berapa dia nak jual. Biar papa bayarkan."
"Thanks papa."
"Mama pula nanti akan cari designer yang hebat untuk hias restoran Aween nanti." Tengku Dhiya memegang bahu anaknya itu.
"Wah thanks mama. Aween hargai."
"Alah apa lah sangat benda macam ni. Dah cepat habiskan makanan."
"Kak. Nanti kan boleh aku makan free hari-hari." kata Dareel.
"Haah lah kak. Boleh kan." Darneela membuat wajah comel.
"Banyak lah kau. Bayar lah. Tak untung restoran aku nanti kalau korang asyik makan free je."
Wajah Darneela dan Dareel nampak jelas kecewa. Alahai adik-adik. Maaf ya. Kakak korang ni kejam.
"Dah jangan nak gaduh depan rezeki. Habiskan cepat."
"Ok ma."
🌼🌼🌼🌼🌼
Darweena menarik nafas segar di kawasan Queen's Park itu. Lama betul tak jejakkan kaki di sini.
Keadaan London ketika ini tidak terlalu sejuk kerana sekarang adalah permulaan bagi musim bunga. Berkemungkinan bunga-bunga dari pelbagai warna akan mekar pada awal bulan Jun.
Sebentar dia pergi dan adiknya pergi ke kedai yang akan dijadikan cafenya. Sangat sesuatu tempat itu untuk bangunkan sebua cafe.
"Kaks. Jom pergi makan." ajak Dareel.
"Jom." balas Darneela.
"Nak makan dekat mana?" Darweena menyoal.
"Lebanese Al Arez. Aku rindu kafta meshwi." kata Darneela.
"Ok jom. Akak belanja."
"Yes." Darneela dan Dareel keseronokan.
Ye lah siapa tak seronok dapat makan free. Korang pun mesti seronok kan. Hohoho.
Mereka duduk di meja kosong dan melakukan pesanan. Darweena hanya memilih shish taouk yang berasaskam ayam kerana dia kurang gemar pada daging. Kebanyakan makanan di restoran ini berasaskan daging.
Dareel memesan lamb moussaka manakala Darneela memesan kafta meshwi kegemarannya.
"Nak pergi mana lepas ni?" tanya Darneela yang menyuapkan salad ke dalam mulutnya.
"Korang nak pergi mana?" Darweena bertanya semua.
"Aku nak pergi Clarks."
"Kau nak beli kasut lagi ke? Bukan kau baru beli ke minggu lepas."
"Alah itu untuk kawan aku. Ni aku punya."
Darneela menjulingkan mata ke atas. Menyampah dengan adiknya seorang itu.
"Ok." ujar Darweena.
Night ✨😴

YOU ARE READING
Only You [C]
RomanceTengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk...