SPH 40

3.4K 175 30
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Tapi Ariz masih belum pulang. Apa benda yang lelaki itu buat dari pukul 5 petang keluar tak balik-balik lagi?

"Ish. Mana dia ni?" Darweena mundar-mandir di ruang tamu rumah mereka yang luas itu.

Risau memikirkan keberadaan Ariz. Ok ke dia? Kena culik ke? Accident ke? Ehh. Nauzubillah. Tak baik kata macam tu, Darweena.

Buat sekian kalinya Darweena menguap lagi. Penat tunggu encik suami balik. Dia duduk di sofa.

Hampir saja ingin terlena, dia mendengar pintu rumah dibuka dari luar. Terus matanya segar lalu dia berdiri.

Matanya memandang ke arah Ariz yang berjalan masuk ke dalam rumah setelah dia mengunci pintu.

Laju Darweena berjalan ke arah Ariz.

"Awak pergi mana?" tanya Darweena kepada Ariz.

"Suka hati aku lah nak pergi mana. Kau sibuk apa hal aku?" jawab Ariz agak kasar.

Darweena sedikit tersentap. Kenapa Ariz tiba-tiba marah?

"Saya tanya je. Perlu ke nak marah-marah? Soalan saya pun senang je." kata Darweena.

"Bising lah kau ni. Berambus lah." marah Ariz lalu berjalan pergi.

'Apa pula masalah Ariz ni?' desis hati Darweena.

Darweena naik ke bilik mereka. Pancuran air kedengaran dari bilik air memberi isyarat bahawa Ariz sedang membersihkan diri.

Mata Darweena kian memberat. Dia menuju ke katil. Niat hati nak menunggu sampai Ariz habis mandi. Tapi dah ngantuk sangat.

Darweena akhirnya terlena.

Selesai mandi, Ariz keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang basah. Matanya memandang Darweena yang sudah terlena.

Rasa bersalah kerana memarahi wanita itu. Pukul 5 tadi dia keluar berjumpa dengan Airina memandangkan mereka sudah lama tidak berjumpa.

Terasa seperti menjadi remaja kembali. Keluar balik lewat malam, pergi karaoke, jalan-jalan.

Dia duduk di birai katil sambil memandang Darweena. Wanita yang yang dahulunya memenangi hatinya.

Kini masih di hatinya. Walaupun sudah menikahi Haura, masih ada secebis rasa cinta di hatinya buat Darweena.

Dia tidak pernah berhenti mencintai wanita itu. Malam sebelum ni dia berdendam kerana tak puas hati dengan apa yang dilakukan Darweena setahun lalu.

Tak sangka it semua rupanya cadangan mamanya sendiri untuk pisahkannya dengan Darweena.

Rasa bersalah terbit di hati mengenangkan dirinya memarahi Darweena dengan teruk. Tanpa memberi peluang kepada Darweena untuk menjelaskannya.

Keluhan dilepaskan. Kalau benda ni tak berlaku, kemungkinan dia sudah bahagia dengan Darweena dulu.

Haura...

Arghh. Dia masih tidak faham apa yang Haura maksudkan di dalam kad tersebut.

Ariz berbaring menelentang di atas katil bersebelahan Darweena. Matanya yang sudah memberat ditutup.

Jikalau dulu ketika tidur, dia akan memeluk Haura. Sekarang, dia dengan Darweena. Ego masih menguasai diri.

Segan nak minta maaf pada Darweena. Mungkin belum masa lagi.

Akhirnya dia terlena.

🌼🌼🌼🌼🌼

Nasi goreng cina bersama telur hancur diletakkan di atas island table yang memuatkan 4 orang.

Buat apa nak guna meja makan sedangkan mereka hanya berdua di rumah itu. Cukuplah island table.

Setelah membasuh tangan, Darweena naik ke bilik untuk memanggil Ariz turun bersarapan.

Pintu bilik mereka diketuk sebelum Darweena membuka pintu bilik itu. Ariz yang sedang mengikat tali leher mengalih pandangan ke arah Darweena.

"Biar saya tolong." Darweena menghampiri Ariz untuk membantu.

"Tak payah lah. Aku boleh buat sendiri." balas Ariz.

Seperti biasa, nadanya dingin dan kasar. Sentiasa menyentap hati Darweena.

"Biar lah saya tolong. Saya kan isteri awak."

Darweena memegang tali leher Ariz. Nampaknya Ariz terpaksa membiarkan.

"Dulu-dulu saya selalu tengok mama lipat tali leher papa. Macam seronok, jadi saya belajar. Saya cuba buat satu and menjadi. Lepas saya dah pandai tu, saya selalu tolong Dareel lipat tie dia. Lepas-lepas tu pun Dareel selalu minta saya lipat tie dia." Darweens bercerita.

"Ouh." balas Ariz sepatah.

Heartless betul.

"Ok dah siap." Darweena menepuk bahu Ariz.

"Hmm."

"Welcome." kata Darweena. Dia tahu Ariz takkan mengucapkan kata terima kasih.

"Jom turun makan. Saya dah siapakan sarapan."

"Kenapa susah-susahkan diri kau nak uruskan aku? Aku bukan budak-budak. Aku boleh uruskan diri sendiri. Kau buat je hal kau. Aku buat hal aku sendiri."

"Tapi saya isteri awak. Tanggungjawab saya untuk jaga makan pakai awak."

"Tanggungjawab?" sinis Ariz.

"Kau ingat tak kita kahwin ni sebab apa?" sambungnya.

"Saya tak lupa benda tu. Walau macam mana pun cara kita kahwin, saya tetap isteri awak." balas Darweena.

"Kau..."

"Saya tak nak dengar apa-apa. Sekarang, kita turun makan."

Darweena menarik tangan Ariz keluar dari bilik mereka dan turun ke tingkat bawah. Ariz terpaksa mengikut.

Darweena mencedok nasi ke dalam pinggan Ariz. Telur hancur diletakkan di atas nasi Ariz. Teh O dituangkan ke dalam cawan.

Melihatkan Darweena yang tidak makan sekali dengannya membuatkan Ariz bertanya.

"Kau tak makan?"

"Tak. Saya takde selera nak makan. Awak makan lah." jawab Darweena.

Ariz tidak membalas.

"Awak."

"Hmm."

"Hari ni saya nak keluar dengan Maya boleh? Pukul 10 pagi."

"Pergi lah. Kau nak balik pukul berapa pun aku tak kisah. Tak nak balik pun takpe."

Sentap lagi. Nampak sangat Ariz langsung tidak menghiraukan keberadaannya.

"Ok awak. Sebelum tengah hari saya balik. Saya masak tengah hari untuk awak."

"Tak payah masak. Aku makan dekat hotel tu je. Malas aku nak ulang alik rumah dengan hotel."

"Alah." Darweena kecewa.

"Kalau macam tu, saya masak tengah hari, hantar dekat awak?" Darweena mencuba nasib.

"Tak payah."

"Please."

"Ish. Suka hati kau lah."

"Yes. Thank you awak."

"Hmm. Aku pergi dulu."

Ariz bangun dari kerusi dan mengambil blazer miliknya. Darweena turut bangun. Menghantar Ariz hingga ke hadapan pintu.

"Awak, salam." Darweena menghulurkan tangannya.

Ariz memandang tangan Darweena yang dihulur itu.

'Jangan ego, Ariz. Dia nak salam je. Dia isteri kau.'

Ariz menyambut. Darweena melambai ke arah Ariz sebelum kereta Ariz hilang dari pandangan.

"Jom kemas rumah." kata Darweena penuh semangat.

Dia memasuki rumahnya lalu mengunci pintu.


Hambar en.

Only You [C]Where stories live. Discover now