Haii. Nak cakap sikit. Mungkin ada beberapa orang terlepas chap 19 yg aku double update sekali chap 20. Huhu. Siapa yg belum baca chap 19 tu, pergi lah baca dan vote dulu.
Darweena menggigit jarinya sambil kehulu kehilir berjalan di dalam biliknya. Hatinya gundah memikirkan keberadaan Tengku Atif di London.
Adakah bermakna Tengku Ariz Zeyyan juga di sini?
Hampir setahun dia tidak menyebut nama lelaki itu. Lelaki yang meretakkan hatinya.
Darweena duduk di birai katil. Dia masih belum bersedia lagi untuk bersua muka dengan Ariz. Tapi jauh di sudut hatinya, dia merindui lelaki itu.
Sejak dari mesej perkhabaran tentang perkahwinan Ariz, Darweena tidak lagi berhubungan dengan sesiapa yang dikenalinya di Malaysia.
Email dari kak Wana juga tidak dibacanya kerana dia tahu kak Wana ada selitkan tentang Ariz dalam emailnya.
Perkahwinan Ariz?
Darweena memandang ke kalendar yang tergantung pada dinding biliknya. Matanya membulat.
"20 April. Anniversary Ariz."
Berkemungkinan mereka di sini untuk menyambut ulang tahu perkahwinan Ariz dan isterinya. Bercuti bersama keluarga.
Darweena menggigit bibirnya. Ada berkemungkinan dia akan berjumpa lagi Ariz di sini. Ariz... Dan isterinya.
Darweena mengeluh. Badan dijatuhkan ke atas katil. Tangan diletakkan di atas dahi. Matanya memandang ke atas.
"Tengku Ariz Zeyyan." sebaris nama meniti di bibirnya.
"Kau masih berharap dekat dia ke Aween?"
"Dia dah kahwin lah. Lupakan dia."
Darweena menepuk-nepuk pipinya. Mata dipejam rapat untuk menghilangkan bayangan Ariz dalam kepalanya.
Tak guna pun fikirkan Ariz. Lelaki itu sudah menjadi hak milik orang lain. Dia bukannya seorang perampas.
Dia bangun lalu beranjak ke belakang dari tempatnya baring. Kepala diletakkan di atas bantal. Selimut ditarik menyelimuti badan.
Let's sleep.
🌼🌼🌼🌼🌼
"Kita nak pergi mana?" tanya Tengku Atif.
"Kau nak pergi mana? Shopping?" soalan dibalas soalan.
"Boleh juga. Lama aku tak datang London. Last datang masa lawat anak aku masa dia sambung belajar dekat sini." kata Tengku Atif.
Mereka berdua mula berjalan kaki menuju ke Oxford Street.
"Anak kau? Ariz ke?"
"Ya dia lah."
"Dengar cerita dia dah kahwin. Betul ke?".
"Ya. Setahun dah berkahwin. Aku ni, teringin nak ada cucu. Tapi takde lagi."
"Belum rezeki lagi lah tu. Sabar lah Atif. Namti-nanti adalah tu. Doa banyak-banyak. Lagipun diorang baru setahun kahwin. Banyak masa lagi. Daripada aku, menantu pun takde lagi."
Mereka berdua ketawa. Ketawa style ibu-ibu gitu.
"Ya. Eh. Kita pergi Selfridges Kejap."
"Ok jom."
Setelah 2 jam membeli belah si tempat tersebut, mereka berjalan ke China Town untuk membeli barang dapur dan menuju ke Fishmonger Kilburn High Road untuk membeli barang basah.
"Segar-segar barang basah dekat sini." kata Tengku Atif.
"Kan. Aku pun selalu beli dekat sini. Beli banyak-banyak simpan dalam peti ais." balas Tengku Dhiya yang sedang membelek udang.
YOU ARE READING
Only You [C]
RomanceTengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk...