SPH 12

2.1K 133 11
                                    

Selepas mengunci pintu rumah, Darweena terus berjalan memasuki kereta BMW milik Ariz yang setia menunggu di laman rumahnya.

"Morning."

Dia hanya memberi senyuman sebagai balasan kepada Ariz. Ariz mula memandu keretanya ke destinasi.

"Awak suka bunga mawar ke?" Ariz memulakan bicara setelah 5 minit berdiam diri.

"Mana awak tahu?" soalan dibalas soalan.

"Dekat rumah awak banyak pokok mawar."

"Ouh. Ya. Saya suka bunga mawar. Kalau bolwh saya nak ada satu taman bunga mawar nanti. Sekarang masih belum kesampaian sebab kerja."

"Kalau macam tu, kahwin dengan saya. Saya sediakan satu taman untuk awak tanam bunga mawar dekat rumah kita nanti."

"Banyak berangan lah awak. Saya muda lagi nak kahwin." Darweena ketawa.

Dia masih belum bersedia nak kahwin. Masih ada lagi impiannya yang masih belum tercapai. Tunggulah dua atau tiga tahun lagi.

"Apa yang muda. Sepatutnya umur macam awak ni dah ada seorang anak tau."

"Jodoh saya belum sampai lagi."

"Jodoh awak dah ada. Tapi awak yang tak dia lagi?"

"Awak nak cakap awak ke jodoh saya tu."

"Ye lah. Lama saya kejar awak tau." suara Ariz mendayu. Mulutnya dimuncung-muncungksn

"Saya tak sedia lagi."

"Saya sanggup tunggu awak."

Mereka berdua diam.

"Awak nak makan dulu?" tanya Ariz.

"Saya dah makan dah dekat rumah. Kalau awak nak makan dulu takpelah. Saya ikut je."

"Okey saya pun dah makan sebenarnya. Kita cari baju dulu lepas tu kita pergi makan."

"Ok."

Sampai di shopping mall, Darweena dan Ariz terus menuju ke ke sebuah butik mewah yang menyediakan pelbagai jenis pakaian yang sangat cantik dan eksklusif.

"Selamat datang." ucap pekerja butik itu sambil tersenyum manis.

Darweena memandang ke sekeliling butik yang luas itu. Banyak baju-baju yang cantik dan bergaya.

"Encik dan puan cari apa?" tanya dia ramah.

Puan?

"Sa..." belum sempat Darweena berkata, Ariz memotong.

"Kami nak cari sut dan dress yang sesuai untuk majlis di hotel." kata Ariz.

"Encik nak cari sut atau dress dulu."

"Dress dulu."

"Ok. Mari ikut saya."

Ariz mengikut langkah pekerja itu sambil tangannya menarik tangan Darweena berlapik hingga ke kawasan tergantungnya dress yang cantik dan pelbagai warna.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang