SPH 39

3K 159 9
                                    

The answer is 11. But aku dah update chapter ni so lagi 10 chapter

Mata yang berat dipaksa juga buka. Badan yang keletihan juga dipaksa bangun untuk menunaikan solat subuh. Penat, penat juga. Yang wajib jangan tinggal.

Darweena bangun dari katilnya. Dia memandang Ariz yang masih lena di sebelahnya. Berkira-berkira sama ada ingin mengejut Ariz atau tidak.

Lebih baik jika dia bersihkan diri dulu sebelum mengejut Ariz bangun. Darweena bangun dari katil perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan Ariz.

Selesai membersihkan diri dan mengambil wuduk, Darweena keluar dan memakai telekung. Bantal peluk diambilnya lalu menolak-nolak tubuh Ariz.

"Awak, bangun solat subuh." panggil Darweena.

Tiada respon dari Ariz. Lena sangat ni.

"Ariz. Tengku Ariz Zeyyan. Bangun subuh."

Setelah beberapa kali memanggil. Baru lah ada respon dari Ariz. Alhamdulillah, hidup lagi.

"Nak apa?" tanya Ariz mamai.

"Subuh."

"Hmm."

Secara tiba-tiba, Ariz menarik Darweena jatuh ke ke atasnya lalu memeluk erat. Pipi Darweena berlaga dengan bibir Ariz tanpa sedar.

Apa lagi? Membahang lah Darweena. First sebab malu. Second, dia dah ambil wuduk kot. Kena ambil lagi sekali.

"Apa ni Ariz. Saya dah ambil wuduk dah." marah Darweena.

"Kejap lah, Haura sayang."

Darweena terdiam apabila nama Haura disebut oleh Ariz.

Dengan kudrat yang dia ada, dia melepaskan pelukan Ariz lalu bangun. Dia mencekak pinggang di hadapan Ariz.

"Bangun." katanya sepatah sebelum membuka telekung dan masuk ke dalam bilik air untuk berwuduk semula.

Setelah itu, giliran Ariz untuk membersihkan diri dan berwuduk. Mereka berdua menunaikan solat jemaah.

Darweena bangun setelah bersalaman dengan Ariz. Sejadah dilipat. Dilihat Ariz kembali ke katil. Nak sambung tidur lah tu.

Darweena membiarkan. Kalau ikutkan, nak juga dia menyambung tidur, tapi disebabkan mamanya berpesan jangan sambung tidur selepas subuh, terus tak jadi.

Jam di dinding menunjukkan pukul 6.45 pagi. Masih awal. Selalunya Tengku Dhiya akan mula sediakan sarapan ada pukul 7.15.

Jadi kejap lagi lah dia turun untuk menolong Tengku Dhiya menyiapkan sarapan. Ya, Darweena dan Ariz berada di rumah keluarga Darweena.

Darweena duduk di sofa sambil bermain telefonnya. Aplikasi instagram dibukanya. Mencari apa yang menarik untuk dilihat di explore.

Scroll punya scroll, akhirnya dia terlena kerana kebosanan.

(Agak tiber tapi aku kekurangan idea. Hermm. Aku masukkan je lah)

🌼🌼🌼🌼🌼

Darweena tersedar dari tidur.  Dia menggeliat tubuhnya di atas tilam lembutnya.

Tilam?

Bukan semalam... Ehh. Kelam kabut Darweena bangun dari katilnya melihat jam yang tergantung di dinding.

10 PAGI?!

Cepat-cepat Darweena bangun dari katil. Dia memasuki bilik air untuk membasuh mukanya sebelum turun ke tingkat bawah.

Keluar dari bilik, dia terserempak dengan Dareel yang baru saja naik ke tingkat atas. Kening Dareel terangkat memandangnya.

"Dah kenapa kelam kabut semacam ni? Bangun lambat ke?" tanya Dareel.

Darweena hanya menayang giginya sebagai balasan.

"Urm. Abang Ariz mana?" tanya Darweena.

"Ada dekat bawah. Tadi sembang jap dengan dia dekat ruang tamu sebelum naik." jawab Dareel.

"Ok ok. Thanks."

Tanpa menunggu, Darweena terus turun ke tingkat bawah menggunakan lif. Dah lif ada kenapa nak guna tangga?

Sampai di tingkat bawah, terus Ariz yang dicarinya. Dia menghampiri Ariz yang duduk di ruang tamu sambil menonton tv.

"Ariz. Mama mana?" tanya Darweena.

"Keluar."

"Ouh. Ok."

"Mama pesan suruh jangan lupa makan. Pergi makan sekarang. Kalau tak nak makan pun suka hati kau lah. Bukan aku kisah" kata Ariz.

Prakk

Terasa retak hati Darweena.

"Errm. Mama ada cakap apa-apa ke saya bangun lambat?"

"Takde."

Dalam diam, Darweena menghembus nafas lega. Kalau hari biasa, mahu jadi dinasour mamanya itu.

"Nanti bersiap. Petang kita balik rumah." arah Ariz.

"Ok." langkah kaki dibuka ke arah ruang makan.

🌼🌼🌼🌼🌼

Darweena membuka kunci rumahnya bersama Ariz sebelum masuk bersama ucapan salam.

Barang-barang di dalam bonet belakang kereta dipunggah oleh Ariz. Barang apa? Hadiah-hadiah perkahwinan mereka.

Setelah Darweena meletakkan handbagnya di atas sofa, dia keluar untuk membantu Ariz mengangkat barang.

"Tak payah. Aku boleh buat seorang. Kau masuk lah. Buat apa yang patut."

"Eh. Takpe ke?"

"Hmm."

Teragak-agak Darweena masuk kembali ke dalam rumah. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu tentang rumah itu.

"Ke... Kenapa...? ARIZ!!!"

Ariz di luar rumah membuat wajah biasa. Tempoh hari dia tak sengaja menyepahkan rumah kerana mencari dokumennya yang entah letak di mana.

Semasa itu Darweena tiada di rumah kerana tinggal di rumah Tengku Zaheen dan Tengku Dhiya pada sehari sebelum majlis doa selamat itu.

Disebabkan terlalu sibuk, jadi dia tidak sempat mengemas.

Darweena menggigit bibir menahan marah. Hampir setiap ruang rumah bersepah sana sini. Macam tongkang pecah.

Nafas ditarik panjang cuba menyabarkan diri. Dengan lafaz bismillah dia mula mengemas rumah mereka itu.

"Aku nak keluar. Jangan lupa kunci pintu." kata Ariz.

"Nak pergi mana? Awak kena tolong saya sebab awak yang bagi sepah rumah ni." tegas Darweena.

"Kisah?" selamba balasan dari Ariz.

Dia terus keluar dari rumah. Deruan kereta Ariz kedengaran keluar dari garaj kereta.

Darweena mencapai sebatang pembaris yang entah muncul dari mana lalu mematahkannya.

"Nasib baik kau suami aku, Ariz." gumam Darweena.

Tanpa menunggu lagi, dia sambung mengemas rumah itu.


HAMBAR!!
Serius talk aku blank gila nak buat chapter ni.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang