SPH 9

1.9K 123 8
                                    

"Tengku Ariz Zeyyan."

Ariz yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah menoleh setelah namanya dipanggil oleh suara yang sangat dikenalinya. Mama.

"Ye ma." Ariz menuju ke ruang tamu. Papanya, Tengku Izam turut berada di situ.

"Duduk. Mama nak cakap sikit." kata Tengku Atif dengan nada tegas.

Ariz duduk di sofa. Menunggu kata-kata seterusnya yang akan keluar dari mulut Tengku Atif.

"Mama nampak kamu dekat kolam hotel tadi. Dengan Darweena."

"Mama nampak? Darweena tu cantik kan ma. Macam bidadari. Baik pula tu. Pandai masak." kemain Ariz memuji Darweena.

"Tak. Mama tak suka kamu rapat dengan Darweena."

"Tapi kenapa?" Ariz terkejut. Pelik kerana mamanya tidak sukakan Darweena.

Darweena tu elok serba serbi. Memang idaman para jejaka. Kenapa pula mamanya boleh tak suka.

"Ariz. Darweena tu tak setaraf dengan kita. Dia tu orang biasa. Orang kampung je. Tak setaraf dengan kita yang berketurunan kerabat diraja ni."

Ariz tergamam. Langsung dia berdiri dari duduknya.

"Mama. Bukan ke selama ni mama tak kisah Ariz dengan siapa."

"Ya. Tapi asalkan setaraf dengan kita. Bukan tukang masak macam dia tu. Jatuh lah air muka mama bila Ariz pilih tukang masak tu." Tengku Atif juga bangun.

"Ma. Biar lah jadi tukang masak sekali pun janji halal. Taraf tu tak penting lah mama. Ariz tetap nak Darweena."

"Ariz. Dengar cakap mama. Jangan dekat dengan dia lagi. Mama akan cari orang lain untuk Ariz. Yang lebih baik dan setaraf dengan kita."

"No mama."

"Kalau Ariz tak ikut cakap mama..." Tengku Atif menarik nafas panjang sebelum menyambung kata-katanya.

"Jangan panggil mama dengan panggilan mama lagi. Ariz bukan anak mama kalau Ariz tak ikut cakap mama."

Ariz mengetap bibir. Nampaknya dia kena buat pilihan antara Tengku Atif atau Darweena.

"Jadi Ariz pilih siapa? Mama atau Darween?" soal Tengku Atif.

Ariz memandang mamanya tajam mamanya sebelum berlalu ke tingkat atas. Soalan mamanya langsung tidak dibalas.

"Ariz. Jawab soalan mama."

Ariz menghiraukan.

Tengku Atif duduk semula di sofa. Nafas yang seakan hilang diambik kembali. Air teh yang dihidang oleh pembantu rumah dihirup.

"Awak sepatutnya biarkan je Ariz pilih siapa yang dia nak."

KTANG

Cawan kaca itu dihentak ke atas pelapiknya. Tajam panahan mata Tengku Atif kepada Tengku Izam.

"Abang nak bela si Ariz tu ke?"

"Abang tak bela sesiapa. Cuma bagi abang. Biarlah Ariz buat pilihan dia sendiri. Lagipun sesuai apa Darweena tu jadi menantu kita."

"Tak. Sebab Darweena tu tak setaraf dengan kita."

"Taraf tak penting. Yang penting dia boleh jaga Ariz tu."

"Macam mana dengan air muka kita kalau orang tahu kita bermenantukan tukang masak dekat hotel kita tu?"

"Bukannya kerja haram pun."

"Ish. Susah lah cakap dengan abang ni. Entah-entah abang ada affair dengan Darweena tu."

"Kalau ada awak bagi ke abang dengan dia?"

"Ish. Memang tak lah." Tengku Atif bangun dari sofa dan berjalan ke arah tangga untuk ke tingkat atas.

'Semuanya nak bela kau Darweena. Siap kau perempuan. Dasar orang kampung tak sedar diri.'

🌼🌼🌼🌼🌼

Ikan siakap yang dipegang di bawah pancuran air dipandang, namun jauh fikirannya melayang. Melayang kepada seseorang.

Sudah jam 11 pagi. Selalunya pukul 8 dia sudah terpacak dekat dapur ni. Hari ni takde pula. Hatinya merindu tapi otaknya menafikan.

Hampir dua minggu Ariz mengganggunya di dapur itu. Kekadang rasa rimas kekadang rasa suka. Tapi bila takde. Rindu.

'Arhh Darweena. Kau dah jatuh cinta dekat Ariz ke?'

'Jatuh cinta?'

'Tak. Tak mungkin. Kau cuma anggap dia kawan je. Yes. Kau dengan dia kawan je. Tak lebih.'

'Fokus kerja kau Aween.'

Darweena menarik nafas panjang sebelum menyambung kerjanya. Namun fikirannya kembali melayang.

'Aku dah jatuh cinta ke?'

"Termenung si bunga. Mengenangkan si kumbang yang tak datang menemuinya hari ini." Adam bernyanyi kecil sambil memandang sekilas ke arah Darweena.

Ya, Adam. Setelah move on sepenuhnya terhadap Darweena, dia semakin ceria. Makin banyak mulut berbual.

"Tu lah. Kesian cik bunga. Agak-agaknya encik kumbang busy tu. Tak sempat nak jumpa hari ni." Haikal pula mengusik.

"Apa korang merepek ni? Aween dengan Tengku Ariz takde pape lah. Kawan je. Tak bercinta lagi pun. Takde lah nak rindu bagai." kata Darweena.

"Eh ya lah tu Aween. Cara kau pandang Tengku Ariz tu pun aku tahu. Kau dah jatuh cinta dekat dia."

Darweena terdiam. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri. Apakah benar dia hanya anggap Ariz sebagai kawan atau... Sebaliknya. Dia dah jatuh cinta pada Ariz.

Arhh tak mungkin jatuh cinta. Dia cuma anggap Ariz sebagai kawan dan abang. Tak lebih. Perasaan cinta terhadap Ariz takkan pernah wujud.

Tapi... kalau betul cinta?

"Ha Aween. Lama benor mikirnya. Kalau suka tu. Bagitahu ja lah. Toksah dok lambat-lambat. Takut melepas nanti." kata Riyan dengan loghat negerinya.

"Betul. Cepat lah sikit kitorang makan nasi minyak kau dengan Tengku Ariz." sokong Fina.

"Dah jangan mengarut. Aween dengan Tengku Ariz kawan je."

"Tapi Tengku Ariz suka kau. Why not kau terima cinta dia."

"Ish. Intan tolong sambung ni. Aku nak pergi toilet kejap."

Darweena terus berjalan ke tandas. Niat hanya ingin lari dari soalan tentang dirinya dengan Ariz dan menenangkan dirinya.

'Aku tak cintakan Ariz.'

Tiba-tiba telefon pintar milik Darweena berbunyi minta diangkat. Darweena mencapai telefonnya yang diletakkan di dalam poketnya. Panggilan dari nombor yang tak dikenali itu diangkat.

"Hello. Assalamualaikum."

"Ye saya."

"Ouh. Bila tu Tengku?"

"Baik. Saya habis kerja pukul 9.30."

"Baiklah."

Darweena meletakkan kembali telefonnya. Dahinya berkerut. Kenapa... Tengku Atif mahu berjumpa dengannya.

Darweena meletakkan semula telefonnya ke dalam poket. Dia memandang pantulan dirinya pada cermin. Nafas ditarik dan dihembus sebelum keluar dari tandas.

Jangan risau. Tandas tu wangi.

Only You [C]Where stories live. Discover now