SPH 24

2.6K 172 18
                                    

Yeayy. Update lagi. Korg jgn marah ii tau baca chap ni.

Darweena memasukkan tangan dalam kot labuh yang dipakainya. Kaki melangkah ke lobi Hotel Thistle yang betul-betul terletak di Brighton Beachfront.

Tujuan dia ke sini adalah untuk bertemu dengan kliennya yang akan menggunakan khidmat kateringnya untuk makan malam.

Darweena menuju ke tempat makan hotel tersebut. Dia mencari-cari di mana kliennya itu. Kemudian terlihat kelibat seorang lelaki melambai ke arahnya.

Darweena menghampirinya.

"Hi Mr Jackson."

"Miss Darry?"

"Yes, I am."

"Come sit down." pelawa lelaki itu.

Darweena duduk di hadapan lelaki itu. Senyuman mesra diberikan.

"Do you want anything? My treat."

"No thanks. Shall we start now?"

"Sure."

Mereka memulakan perbincangan mereka. Darweena kelihatan sangat berkarisma ketika berbincang dengan kliennya.

"I'll do the best for you. No doubt."

"Thank you so much."

"No problem."

Lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Darweena memandang kekok.

"Ouh sorry. I forgot that you're muslim."

"It's ok Mr Jackson. So may I go. I need to back to my restaurant."

"Yes sure. Thank you again."

Darweena tersenyum dan menunduk sedikir kepalanya. Dia berjalan pergi dari tempat makan itu.

"Wow wow wow. Sugar daddy baru ke tu?" suara itu menjengah telinga Darweena. Terus langkahnya terhenti di lobi hotel itu. Dia kenal suara itu.

"Awak nak apa Ariz?" Darweena memusing badannya menghadap Ariz. Tangan disilangkan pada badannya.

"Takde lah. Aku ternampak kau dengan sugar daddy kau tu. Bila kau keluar aku tegur lah. Alah tak kan lah kenalan sendiri tak nak tegur." sinis saja kata-kata Ariz di telinga Darweena.

Darweena mengetap bibirnya. Berangin rasa tubuhnya ini. Jangan sampai lelaki ini ditumbuknya.

"Awak tahu tak dosa menfitnah lagi teruk dari dosa membunuh. Awak minta maaf lah macam mana pun, tapi orang yang difitnah tu tak nak maafkan, merana lah awak nanti dalam kubur." balas Darweena.

"Darweena... Sejak dari awal aku tak fitnah kau lah. Tapi memang kenyataan kau pergi kelab malam dengan jantan lain. Hari ni kau buat meeting dengan sugar daddy kau. Kau bincang pasal harga tubuh kau ke dengan dia? One night stand berapa ribu kau dapat?"

"Jaga mulut awak Ariz. Saya tak semurah tu untuk jual tubuh saya dekat orang lain. Saya dah cukup serba serbi. Untuk apa pula saya jual tubuh saya." selamba nada suara Darweena. Sedikit pun dia tak melenting kerana dia tahu kebenaran berpihak kepadanya.

"Mana lah tahu. Miskin ke kaya ke semua sama je."

"Suka hati awak lah nak cakap apa Ariz. Suatu hari nanti pasti awak akan melutut depan saya minta maaf."

"Masa tu takkan tiba. Aku takkan sesekali melutut minta maaf dekat kau sebab kau memang perempuan sundal kan."

"We'll see, Bastard. Tu isteri awak dah sampai. Hermm. Isteri cantik, baik tapi suami dia... Bastard. Kesian isteri awak dapat suami macam awak." Darweena tergelak sinis.

"Kau..." jari telunjuknya ditunjukkan di hadapan Darweena.

Selamba Darweena menepis tangan lelaki itu. Dia memberikan senyuman sinis kepada Ariz. Sengaja untuk membuat lelaki itu semakin tercabar.

"Sorry Mr Tengku. Saya tak takut dengan awak." Darweena melangkah pergi.

Namun beberapa tapak, tubuhnya tiba-tiba terasa dilanggar dari belakang. Darweena yang tidak bersedia terus terjatuh.

"Oops. Tak sengaja."

Darweena mendongak. ARIZ!!?

"Ya Allah abang. Kenapa ni?" Haura mendekati Darweena.

"Abang terlanggar dia. Siapa suruh dia berdiri tengah jalan." balas Ariz. Langsung tak rasa bersalah selepas sengaja melanggar Darweena.

"Awak ok tak? Boleh bangun?" tanya Haura kepada Darweena.

Darweena cuba bangun dibantu oleh Haura namun terduduk kembali kerana kakinya terasa sengal. Terseliuh lah ni.

Haura menghampiri kaki Darweena. Dia memegang kaki kiri Darweena.

"Aww." Darweena mengerang kesakitan.

"Kaki awak terseliuh ni. Saya urutkan sikit ya. Awak tahan sakit sikit. Nanti lepas urut, saya bawa awak pergi hospital terdekat balut kaki awak."

"Sayang, kita bawa terus pergi hospital lah. Lepas tu biar je dia dekat sana. Doktor ada. Tak perlu awak susah-susah." kata Ariz.

Haura memandang Ariz. Dia memberikan jelingan tajam kepada Ariz menyebabkan Ariz terdiam. Jelingan Haura sangat menakutkan.

"Tahan sikit. Abang pusing belakang."

Darweena mengangguk. Ariz pula mengikut apa yang dikatakan Haura.

Tangan Haura bergerak mengurut kaki Darweena yang terseliuh itu. Darweena mengerang kesakitan. Sampai menitis air matanya.

"Dah siap. Sekarang kita hospital. Nanti kami hantar awak balik."

Haura memapah Darweena bangun dan berjalan hingga ke kereta. Darweena dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Thank you Haura sebab tolong saya." ucap Darweena apabila tiba di hadapan rumahnya.

"Takde hal lah Aween. Jaga diri tau. Jaga ganas-ganas sangat. Nanti sakit balik."

"Ya. Terima kasih sekali lagi."

Darweena menekan loceng rumahnya. Seketika kemudian wajah Darneela terjegul di pintu rumah.

"Ya Allah kak. Kenapa dengan kaki ni?" Darneela membantu memapah kakaknya.

"Terseliuh sikit."

"Terima kasih kak Haura tolong kak Aween."

"Takde hal lah. Saya balik dulu."

Darneela mengangguk. Dia dan Darweena menghantar pemergian Haura dan Ariz dengan pandangan mata.

Darneela memapah kakaknya ke sofa.

"Ish. Macam mana boleh terseliuh ni?" tanya Darneela sambil membelek kaki Darweena yang berbalut itu.

"Sikit je lah. Nanti baik lah. Mama mana?"

"Mama keluar jumpa kawan."

Darweena mengangguk faham. Rasanya siapa lagi kalau bukan Tengku Atif. Kawan lama kan.

"Esok kau ada kelas tak?" tanya Darweena sambil dia membuka kot yang dipakainya.

"Petang."

"Cantik. Tolong akak boleh?"

"Tolong apa?"

"Ambil kereta akak dekat Hotel Thistle."

"Lah jauhnya."

"Takde lah jauh mana. Sejam je kan dari sini ke Brighton."

"Kau ni lah. Ye lah. Aku ajak Dareel esok."

"Thank you my girl."

"My girl lah sangat. Dah aku nak masak tengah hari. Kau nak duduk sini atau naik bilik?"

"Duduk sini je lah. Nanti naik atas kena turun balik."

"Ok."

Darneela berlalu pergi untuk masak makanan tengah hari untuk keluarga. Tengku Dhiya kemungkinan pulang lambat. Tengku Zaheen petang baru balik. Dareel ke kolej, Darweena pula sakit. Dia je lah yang tak buat apa-apa sekarang.

Darweena memandang kakinya yang berbalut. Tak guna punya Ariz. Sebab dia lah kakinya kini berbalut.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang