SPH 37

2.6K 176 26
                                    

Sejujurnya aku rasa nak update je semua sampai habis sbb malas dah nak simpan. Tapi... Slow ii je lah. Bagi saspen gitu. Hahaha.

Double update a day ok?


Pagi-pagi lagi Darweena turun ke tingkat bawah untuk bertanyakan tentang Ariz. Tengku Atif mengatakan bahawa dia tidak tahu mengenai Ariz.

Darweena mengeluh. Rasa bersalah terbit di hatinya. Dia merasakan dia adalah punca Haura meninggalkan mereka.

Ya, dia lah punca. Kalau dia tidak ditangkap bersama Ariz, pastinya Haura dan Ariz tidak menjadi begini.

Darweena menuju ke luar rumah. Dia terlibat Aril yang duduk di meja batu taman mini Tengku Izam. Dia menghampiri Aril.

"Aku minta maaf." ucap Darweena.

"Kenapa?"

"Pasal apa yang jadi. Yeah aku sepatutnya jadi isteri kau tapi..." Darweena tidak dapat menghabiskan ayatnya.

"Takpe. Aku terima ketentuan Ilahi. Lagipun kau tahu kan aku cuma anggap kau kawan aku. Aku tak cintakan kau. Aku setuju pun sebab family." balas Aril.

"Ya aku tahu. Aku pun setuju sebab nak balas dekat Ariz je."

"Jadi kiranya kau nak gunakan aku lah ni." tebak Aril.

Darweena tersengih. Memang itu lah tujuan asalnya. Tercabar dengan Ariz yang menyakitkan itu, dia terus bersetuju.

Tiba-tiba wajahnya menjadi sayu.

"Boleh ke aku bahagia dengan dia? Kau rasa dia marahkan aku tak pasal Haura?" soal Darweena.

"Entah lah. Aku sendiri pun kadang-kadang tak faham dengan Ariz. Walaupun aku dengan dia kembar, tapi... Entah lah. Susah."

Darweena mengangguk faham. Dalam hatinya berdoa agak hubungannya dengan Ariz baik-baik saja.

Tiba-tiba mereka berdua terlihat kereta Ariz yang memasuki garaj rumah.

Darweena segera bangun lalu berjalan laju ke arah garaj kereta. Dia menghampiri Ariz.

"Awak pergi mana semalam?" tanya Darweena.

"Suka hati aku lah nak pergi mana pun. Sibuk."

Selepas membalas, Ariz terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Darweena yang tergamam dengan kata-katanya.

Darweena memandang belakang tubuh Ariz yang berlalu pergi masuk ke dalam rumah.

Darweena mengeluh lemah. Apa yang akan terjadi lepas ni?

🌼🌼🌼🌼🌼

Suasana di dalam kereta BMW milik Ariz hanya sunyi sepi. Masing-masing mendiamkan diri tanpa kata.

Sebentar tadi, Darweena meminta Ariz menghantarnya ke rumahnya untuk mengambil barang dan Ariz bersetuju.

Akibat terlalu kebosanan, Darweena akhirnya bersuara kekok.

"Cantik cuaca hari ni. Dah lama tak rasa cuaca dekat Malaysia. Kalau dekat London asyik hujan je." kata Darweena.

Tiada langsung balasan dari Ariz. Dia hanya fokus memandang jalan raya. Matanya pula sikit pun tidak memandang Darweena.

Darweena kembali diam. Tanpa balasan dari Ariz membuatkan dia lebih kekok.

Seketika kemudian, dia mengeluh.

"Saya minta maaf... Atas apa yang berlaku." kata Darweena.

Namun tiada juga balasan dari Ariz.

"Ariz... Please say something." rayu Darweena dan memandang Ariz dengan penuh harapan.

Ariz memandang Darweena sekilas.

"Kau simpan je lah maaf kau tu. Bukan boleh kembali kan Haura pun."

Krakk

Terasa berkecai hati Darweena. Dia menarik nafas cuba menenangkan dirinya.

Sekarang ni salah siapa sebenarnya? Siapa yang masuk rumah siapa? Ok ok salah dirinya juga kerana lupa kunci pintu.

Tapi...

Wajah Darweena mula kemerahan apabila teringat peristiwa di rumahnya. Ariz telah melihat auratnya yang dijaganya dari pandangan mana-mana ajnabi.

Darweena menggigit bibirnya menahan rasa.

Ariz di sebelah mengerling sedikit ke arah Darweena. Pelik melihat Darweena tak senang duduk dengan wajah kemerahan da menggigit bibir.

Dia membiarkan. Malas nak bertanya.

Akhirnya mereka sampai di rumah Darweena. Darweena membuka kunci rumah. Lalu terus masuk untuk mengemas barangnya.

Ariz yang turut keluar menghampiri pintu rumah. Matanya terpandang loceng rumah Darweena.

Fikirannya mula memikirkan peristiwa dia ditangkap bersama Darweena. Dia sudah menekan loceng rumah, adakah Darweena tidak mendengar loceng itu atau buat-buat tak dengar.

Atau... Loceng rosak.

Tangan Ariz bertindak menekan loceng itu beberapa kali.

Tak berbunyi. Betul lah loceng rosak. Patutlah Darweena tidak dengar.

Dia kemudian membuka kasut lalu masuk ke dalam rumah Darweena. Dia mencari kelibat Darweena di dalam rumah itu sebelum terlihat Darweena keluar dari bilik air.

"Erm. Awak duduk lah. Kalau nak air, ada dalam peti. Saya nak kemas barang dekat atas." kata Darweena.

Ariz tidak menjawab. Lalu dia duduk di sofa rumah Darweena. Alat kawalan TV dicapainya lalu membuka television.

Dari satu siaran ke satu siaran ditukarnya. Langsung takde yang menarik. Akhirnya butang off ditekannya.

Dia bangun. Langkah kakinya menuju ke tingkat atas. Nak tahu juga apa yang berada di situ. Dia cuma pernah masuk sekali. Itu pun bawah je.

"Awak buat apa dekat atas ni?" tanya Darweena apabila terlihat Ariz yang naik ke tingkat atas.

Tanpa kata, Ariz terus berbaring di atas katil lembut Darweena dan menutup matanya.

Darweena memandang Ariz kemudian menyambung kerjanya. Biar lah. Suami sendiri.

Setelah selesai, Darweena bangun menyusun barang-barangnya. Dia memandang ke arah Ariz yang sepertinya sudah terlena.

Perlahan Darweena menghampiri Ariz yang berbaring di katil. Wajah tenang Ariz dipandang penuh minat.

Handsome.

Dari dulu sampai sekarang, Ariz tak pernah berubah. Sentiasa kemas, berkarisma. Mempunyai ciri-ciri pemimpin.

Tapi bila dengan orang yang dia rapat, dia jadi... Budak 7 tahun.

Darweena teringat akan Ariz tang setahun lalu. Perangai budak 7 tahun yang menghiburkan hari-hari kerjanya.

Bukan dia saja, malah semua yang berada di dapur itu. Kalau Ariz takde, semua jadi sunyi.

Tiba-tiba tubuh Ariz bergerak. Darweena dari duduk di birai katil terus berdiri. Jantungnya berdegup. Perlahan-lahan Ariz membuka mata.

"Kau dah siap kemas?" tanya Ariz.

Suara serak-serak basah Ariz membuatkan jantung Darweena semakin berdegup kencang.

"Err. Dah. Jom lah." kata Darweena kekok.

Ariz tanpa kata terus bangun. Dia membantu mengambil sebahagian barang Darweena untuk dimasukkan ke dalam bonet keretanya.

Setelah selesai, Ariz memandu keretanya ke arah rumahnya sendiri... Bersama Haura.




Ariz baik  je lah. Hahahaha.
Masih ada lagi ke yang sudi nak baca dan vote book aku?

Only You [C]Where stories live. Discover now