SPH 17

2.3K 165 32
                                    

Ariz termenung di balkoni biliknya. Cuaca mendung dan berangin memberi sedikit ketenangan kepada dirinya. Fikirannya serabut. Hatinya retak.

Teringatkan Darweena membuatkan perasaannya bercampur baur. Antara marah, rindu, cinta, kecewa.

Semasa mereka terserempak di lobi pagi tadi, Darweena sedikit pun tak memandangnya. Tapi takpe lah. Kerana dirinya pun tidak memandang Darweena.

Mereka berdua seolah-olah menjadi orang asing dalam diri masing-masing.

Dia menunduk memandang taman mini di bawah. Matanya tertancap pada kelibat Tengku Atif yang berada di taman mini itu.

Dahi Ariz berkerut. Pelik kenapa mamanya berada di luar rumah pada waktu begini. Ariz masuk ke dalam bilik. Pintu balkoni ditutupnya.

Dia keluar dari biliknya menuju ke luar rumahnya, di mana Tengku Atif berada.

"Mama."

Tengku Atif berpaling. Wajahnya jelas terkejut. Telefon yang tadinya berada di telinga dijatuhkan.

"Mama buat apa dekat sini malam-malam?" tanya Ariz.

"Takde. Mama cuma saja ambil angin. Ariz pula kenapa tak tidur lagi?" balas Tengku Atif.

"Ariz tak boleh tidur."

"Kenapa?"

"Entah."

"Pasal Darweena?"

Ariz terdiam. Dia duduk bersila di tepi kolam ikan. Matanya jauh merenung air kolam itu.

"Ariz. Mama rasa baik Ariz lupakan je dia. Dia bukan perempuan yang baik."

Ariz tidak membalas hanya keluhan yang dilepaskannya. Hatinya tiba-tiba saja dihurung rasa rindu pada gadis itu.

"Mama dah jumpa calon untuk Ariz. Yang lebih baik dari dia. Yang sama taraf dengan kita. Nama dia Tengku Haura Aryana. Mama nak Ariz kahwin dengan dia."

Ariz terus menoleh memandang mamanya. Terkejut dengan apa yang dikatakan oleh mamanya. Terus disuruh kahwin?

"Kahwin dengan Haura. Lupakan Darweena." kata Tengku Atif lagi.

"Oklah kalau itu yang mama nak. Ariz ikut." Ariz bangun. Dia kemudian terus berjalan masuk ke rumahnya.

"Esok Ariz bersiap. Mama dah tetapkan temu janji untuk Ariz dengan Haura esok. Pukul 3 petang." laung Tengku Atif..

"Ya."

Ariz hilang dari pandangan.

"Bagus. Tak payah lah aku tebalkan muka sebab anak aku kahwin dengan tukang masak dari kampung tu. Tak setaraf langsung." Tengku Atif tersenyum sinis.

Dia memusingkan badan. Langkah diatur memasuki rumahnya.

🌼🌼🌼🌼🌼

Pagi lagi Ariz sudah bersiap. Apa lagi, kerja lah. Hari ini, dia hanya akan bekerja separuh hari memandangkan mamanya berkata temu janjinya dengan Tengku Haura Aryana pada pukul 3 petang.

"Morning Ariz. Jom breakfast. Hari ni mama yang masak."

Ariz memandang ke arah mamanya dan juga Aralyn di meja makan. Niatnya ingin ke hotel terus namun melihat makanan di atas meja membuatkan perutnya lapar.

Ariz melangkah ke meja makan lalu melabuhkan duduk di sebelah adiknya yang kemas berpakaian pengawas sekolah.

Ya. Aralyn baru tingkatan 5.

Mi goreng dicedok masuk ke dalam pinggangnya sendiri. Masakan mama memang tak pernah mengecewakan.

"Ariz nanti tolong hantar Ara pergi sekolah. Papa ada hal nanti." kata Tengku Izam yang baru duduk di kerusi meja makan.

Only You [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang